"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam." [Surah an Nisaa’: 140]

Jumaat, Januari 30, 2009

Poster Boikot Produk Israel

Read more...

Isnin, Januari 26, 2009

Melayu-Cina : Rasis Atau Benci?

Persoalan hak dan keistimewaan antara Melayu dan Cina masih lagi kedengaran. Akibat kemenangan PR di 5 buah negeri membuatkan hal ini menjadi panas. PR yang didominasi oleh DAP (walaupun PKR yang lebih banyak kerusi parlimen) melaksanakan beberapa projek dan pemberian yang melebihkan orang-orang Cina.

Projek ladang babi, pemberian tanah kepada sekolah Cina, dan hakmilik tanah 999 tahun bagi Kampung Baru menguntungkan siapa? Khusus untuk Cina.

Penghapusan kompaun yang diterima sebelum PRU12, tiket bola percuma di Kedah, dan air percuma 20 meter padu di Selangor. Siapa yang dapat? Semua orang boleh dapat walaupun pendatang asing sekalipun.

Pembelian Camry di Perak dan Selangor. Siapa yang untung? Exco-exco negeri terbabitlah yang untung kerana dapat naik kereta baru yang hebat. (Perenggan ni tiada kena-mengena dengan tajuk ini. Saja suka-suka)

Jadi apakah yang Melayu dapat?

Bila ada seorang Melayu yang lantang bersuara hak-hak Melayu. Maka banyak anjing-anjing (faham-fahamlah sendiri) yang menyalak tanpa mengira jenis dan bakanya. Akibatnya orang Melayu tersebut dikenakan tindakan tanpa ada usaha untuk membela beliau. Melayu dalam parti lain pula menjadi dayus dan hanya menyepi kerana takutkan salakan anjing gila. Lagipun mungkin mereka yang bela anjing gila tersebut.

Bila Cina menghapuskan DEB, mempersoalkan hak keistimewaan Melayu dan menghina kedudukan Melayu, hanya sebilangan orang Melayu yang bangun bersuara. Melayu yang lain terutama dari parti politik lain masih lagi bersembunyi kerana takutkan salakan anjing. Malangnya tidak pula orang Cina tersebut dikenakan tindakan. Bukan seorang Cina yang buat begitu tapi sudah beberapa orang. Ramai.

Kes budak Cina yang menghina lagu Negaraku, Melayu dan agama Islam pun tidak dikenakan tindakan apa-apa. MCA dan DAP bela dia. Pemimpin Melayu takut pada salakan anjing. Kerana itu anjing menyalak tak henti-henti agar Melayu takut untuk ambil apa-apa tindakan.

Lebih malang lagi bila ada sebilangan Melayu yang membela hak-hak Cina (kononnya) disebabkan akal fikiran mereka sudah diselaputi debu-debu ideologi politik yang penuh kekotoran dan kemunafikan.

Seharusnya kita semua menerima perlembagaan yang telah dipersetujui dan menghormati hak masing-masing. Kita mesti hidup saling harmoni dan sentosa bagi membentuk masyarakat penyayang dan negara yang maju. Bukannnya mahu merebut hak orang lain atau menyekat kesenangan orang lain.

Teringat sewaktu zaman di universiti, di bulan puasa. Kami bersahur biasanya antara jam 2 pagi sehingga 3 pagi, tetapi kafetaria telahpun dibuka mulai jam 12 tengah malam. Pelajar Muslim yang turun untuk bersahur pada jam 2 pagi mungkin masih bernasib baik kerana lauk-pauk masih ada, tetapi bagi yang turun pada jam 3 pagi mendapati lauk-pauh sudah habis.

Kenapa begitu?

Jawapannya; pelajar Cina mula turun ke kafetaria mulai jam 12 tengah malam untuk melepak, bersembang dan berkumpul beramai-ramai sambil makan dan minum. Merekalah yang menghabiskan nasi dan lauk-pauk untuk pelajar Muslim makan sahur. Padahal mereka masih dapat makan tengahari dan malam kerana kafetaria masih buka seperti biasa. Jahatnya mereka ni, kan? Itulah yang membuatkan pelajar Melayu benci pelajar Cina yang perangai buruk ni. Cuma mementingkan diri sendiri sahaja.

Kelmarin aku di depan pejabat sambil melihat kenderaan yang mula sesak di bandar Jerteh (dan di jalan-jalan utama di seluruh negara agaknya). Orang balik kampung? Tapi nampaknya semuanya kereta orang Melayu, malah ramai yang rupanya baru sampai dari Johor, KL atau mana-mana negeri luar. Melayu balik kampung sempena Tahun Baru Cina? Cuti panjang agaknya...

Waktu balik ke rumah aku di Pasir Puteh, jalan penuh sesak. Biasanya aku balik dari Jerteh ke Pasir Puteh akan mengambil masa 20 minit tapi kali ini hampir 40 minit. Seperti tadi aku tengok semuanya kereta orang Melayu. Cuma ada beberapa buah kereta orang Cina.

Sewaktu tiba di bandar Pasir Puteh, aku berhenti untuk membeli barang-barang dapur. Jalan sesak. Nak cari tempat parking pun susah. Pasaraya Econjaya pun penuh dengan orang. Orang Melayu yang baru balik kampung dan nak shopping sakan.

Tiba-tiba aku ditegur oleh seseorang. Kakak bos aku rupanya. Shopping ke?

"Ho laa, nok shopping ni. Male ni make besar," kata kakak bos aku tu. Dia berbangsa Cina.

"Nok shopping mace mano rama oghe ni? Nok bayar pun berjujuk oghe beratur," aku berkata.

"Oghe Cino nok rayo tapi oghe Melayu pulok hok sibuk balik kapung, sibuk beli baghe. Kito oghe Cino ni nok jale gi rayo, nok gi mano-mano pun jadi susoh sebab oghe Melayu hok sibuk lebih-lebih. Susoh la gini weh. Nok berjale pun susoh," kata kakak bos aku tu.

Aku cuma tersenyum. Nampaknya kita pun banyak juga menyusahkan orang Cina. Hari ni Tahun Baru Cina. Mereka nak raya. Harap-harap kita tak susahkan mereka lagi hari ni.

Read more...

Isnin, Januari 19, 2009

Jangan Angkuh! - TGNA

Kemenangan calon PAS di PRK P36, Mohd Abdul Wahid Endut mengundang pelbagai perasaan dari hati sama ada penyokong PR mahupun penyokong BN.

Para pemimpin dan penyokong BN tentulah gundah-gulana dan berdukacita atas kekalahan ini kerana BN kehilangan 1 kerusi parlimen. Namun kekalahan ini bukanlah bermakna BN akan terus gagal selamanya kerana ianya akan menjadi pedoman dan teguran kepada BN dan UMNO khususnya untuk memperbaiki kepimpinan, dasar-dasar negara, dan hubungan dengan rakyat.

Dari segi penyokong PR terutamanya para penyokong PAS yang sentiasa bertungkus-lumus bekerja untuk memastikan kemenangan PAS, kemenangan ini disambut dengan penuh keseronokan. Pastinya seluruh pemimpin dan penyokong PAS di serata Malaysia bergembira dan bangga dengan pencapaian ini.

Namun haruslah diingat, kemenangan ini bukanlah lesen yang membolehkan kita untuk bercakap besar atau mengutuk parti lawan. Kemenangan ini adalah tanggungjawab yang diberikan oleh pengundi agar PAS memperkuatkan semangan berkebajikan terhadap rakyat. Janganlah jadikan perolehan kerusi parlimen ini sebagai khayalan mengimpikan kuasa yang makin banyak dalam genggaman.

Kita telah melihat dan mendengar betapa banyak blog-blog pro-PAS dan pro-PR mempersendakan kekalahan BN dalam pilihanraya ini. Tidak kurang juga daripada kalangan pemimpin PAS, PKR dan DAP yang memperlekehkan perjuangan BN dan UMNO. Apalagi daripada kalangan penyokong yang sentiasa menjadi pak turut kepada kelakuan buruk pemimpin yang disanjung mereka. Perangai buruk diikut, perangai baik tak diikut pula.

Tidaklah seorang Mukmin itu suka mencela, dan tidak pula suka melaknat, dan tidak keji mulut dan tidak berkata kotor. (Hadis Riwayat Muslim)

Malu itu bagian dari iman, dan iman itu di surga ; sedangkan ucapan kasar bagian dari sifat kasar, dan sifat kasar itu di neraka. (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Orang yang banyak berkata, akan banyak silap, dan orang yang banyak silap akan banyak dosa dan orang yang banyak dosa ialah neraka lebih layak baginya. (Maksud Hadis)

Orang yang buruk dari kalangan umatku ialah yang selalu makan mewah, berpakaian aneka ragam dan suka bercakap besar.(Maksud Hadis)

Walau apapun teguran dan nasihat Tuan Guru Nik Aziz, rasanya para pemimpin PR dan penyokong-penyokong mereka akan terus bercakap besar dan angkuh kerana politik moden telah membutakan hati mereka. Jangan pula Tuan Guru sendiri yang berkata-kata angkuh nanti. Minta dijauhkan. Moga kita semua diberikan petunjuk dan hidayah daripada-Nya.


MStar - Ahad Januari 18, 2009
Nik Aziz ingatkan pemimpin PAS jangan keluar kenyataan angkuh


KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta pemimpin PAS dan komponen Pakatan Rakyat tidak mengeluarkan kenyataan yang angkuh berikutan kemenangan PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu semalam.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, mengeluarkan kenyataan negatif seperti itu tidak akan membawa gambaran yang baik kepada parti dan menjejaskan persepsi masyarakat terhadap PAS.

"Jangan buat kenyataan yang boleh melukakan hati pihak lawan kerana tujuan kita buat kerja (memperjuangkan parti) adalah kerana dakwah.

"Kalau dia (pihak lawan) terluka, kita nak paut (pikat semula) dia tidak boleh. Jadi kita kena ingat, kerja kita adalah untuk akhirat," katanya di sini hari ini.

Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu apabila calonnya Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu semalam.

Calon Bebas Azharudin Mamat @ Adam hanya memperoleh 193 undi dan hilang wang pertaruhan.

Nik Abdul Aziz yang bersyukur dengan kemenangan PAS itu berkata kemenangan itu adalah petanda perjuangan PAS mula difahami oleh semua kaum termasuk penyokong DAP.

Beliau berkata ini menunjukkan yang mereka memahami bahawa PAS dan Islam tidak menolak kemajuan seperti digembar-gemburkan oleh pihak tertentu sebelum ini.

Ini dibuktikan sendiri dengan kemajuan dan pembangunan yang dibawa PAS di Kelantan mengikut acuan Islam sejak 1990, katanya. BERNAMA

Read more...

Ahad, Januari 18, 2009

Ustaz Diperlukan Segera!

Peluang untuk pemimpin Melayu terutamanya di kalangan ustaz-ustaz di seluruh Malaysia. DAP memerlukan para ustaz untuk mewakili DAP pada masa akan datang.

Keutamaan diberikan kepada para ustaz-ustaz berpengalaman yang mahir membacakan ayat-ayat Al-Quran dan hadis agar pemimpin Cina dan India DAP tidak lagi perlu bersusah payah membacakannya semasa ceramah. Ustaz muda yang menepati kriteria juga diterima.

Kelayakan :
1. Melayu
2. Islam
3. Ustaz

Kekosongan di seluruh negara. Tertakluk kepada keperluan.

Sila hubungi Datuk Ngeh Koo Ham secara terus; atau melalui Personal Assistant kepada Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Saiful LGE di chatroll BPN.


MStar - Ahad Januari 18, 2009
DAP letak ramai Melayu tanding pilihan raya umum

SITIAWAN: DAP Perak berhasrat meletakkan lebih ramai calon Melayu termasuk daripada kalangan mereka yang beragama Islam dan bergelar ustaz bertanding atas tiket parti itu pada pilihan raya umum akan datang, kata Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Katanya suasana politik negara kini sudah berubah dan ia memperlihatkan parti berkenaan mula mendapat tempat di kalangan pengundi pelbagai kaum terutamanya orang Melayu.

"Di sekitar tahun 1990, pengundi terutamanya orang Melayu begitu takutkan DAP sehinggakan poster dan bendera parti menjadi sasaran mereka.

"Tapi kini semuanya berubah, pengundi Melayu mula berlumba-lumba mendekati parti dan mendaftar menjadi ahli termasuk mendirikan cawangan baru yang majoriti ahlinya orang Melayu," katanya selepas majlis penubuhan cawangan DAP Kampung Ayer Tawar di sini, semalam.

Pada majlis itu, pengerusi penaja cawangan DAP Kampung Ayer Tawar, Ahmad Ikram Abdul Karim, 45, menyerahkan 53 borang keahlian baru terdiri daripada pelbagai peringkat umur termasuk wanita yang kesemuanya orang Melayu.

Ngeh berkata dalam ucapan dasarnya pada Konvensyen DAP Perak tahun lepas, parti itu bersetuju untuk menubuhkan cawangan DAP di seluruh pelusuk negeri termasuk di kawasan yang DAP tidak bertanding.

"Kita berharap ahli DAP di kawasan berkenaan akan dapat membantu dan menyumbang kepada calon PAS atau PKR (Parti Keadilan Rakyat) yang bertanding. DAP juga berhasrat meletakkan calon di kalangan ustaz serta peguam," katanya. BERNAMA

Read more...

Hj Hadi Mahu Pak Lah Kekal PM

Kemenangan calon PAS sememangnya dijangka terutamanya melihatkan keyakinan terhadap calon PAS (atau kepatuhan membuta-tuli kepada PR?). Dengan majoriti yang besar, boleh dilihat berlakunya turn-over yang besar dari sokongan dari BN kepada PAS.

Namun saya tertarik dengan laporan akhbar hari ini di Mstar Online di mana Tuan Guru Haji Hadi menyuarakan keinginannya agar Pak Lah kekal sebagai PM selepas Mac ini.

Persoalannya, adakah Haji Hadi ikhlas dalam menyuarakan hal ini atau adakah ini sebagai satu sindiran atas kemenangan PAS di P36? Jika sebelum ini PAS menurut ekor PKR dan DAP untuk memperlekehkan Pak Lah serta memburukkan imej dan kreadibiliti Pak Lah, tiba-tiba nada suara Haji Hadi berubah?

Ikhlaskan Haji Hadi apabila mengatakan Pak Lah berjaya melakukan perubahan dan pembaharuan dalam aspek-aspek kehakiman dan rasuah? Mengapa sebelum ini isu Linggam yang melibatkan Tun Mahathir, Pak Lah juga yang dipersalahkan? Harga minyak naik akibat masalah ekonomi dunia, Pak Lah yang salah. Peniaga naikkan harga barang untuk kaut untung berlebihan, Pak Lah yang salah. Tapi bila harga minyak dan barang turun, tak pula berterima kasih kepada Pak Lah.

Seharusnya kita semua sedar bahawa Pak Lah telah banyak membawa pembaharuan dan perubahan positif sejak beliau menjadi PM kita. Pentadbiran kerajaan semakin telus malah banyak kes rasuah yang melibatkan pegawai tinggi kerajaan berjaya diambil tindakan. Banyak lagi yang diperolehi hinggakan PR sendiri pun boleh lebih selesa berbanding di bawah pemerintahan Tun Mahathir.

Pastinya Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan kenyataan Haji Hadi kerana dia teringin benar menjadi PM. Jika Pak Lah kekal, susahlah beliau nak rebut kuasa. DAP pun pasti tak bersetuju kerana tidak mahu orang sebaik Pak Lah menerajui BN dan kerajaan. Jika PKR dan DAP bersuara nanti, adakah Haji Hadi akan mengubah semula kata-katanya?


MStar Online - Ahad Januari 18, 2009
Hadi mahu Abdullah kekal PM selepas Mac

Oleh G. MANIMARAN

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus kekal sebagai Perdana Menteri selepas Mac ini.

Kata beliau, Abdullah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) perlu kekal untuk meneruskan pembaharuan-pembaharuan dalam aspek-aspek lain selain kehakiman dan rasuah.

"Saya meminta Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus kekal sebagai Perdana Menteri dan meneruskan reformasi yang diperlukan seperti dalam bidang pilihan raya dan beberapa bidang lain," kata beliau.

Abdul Hadi berkata, Pakatan Rakyat akan memberikan kerjasama penuh kepada Perdana Menteri untuk melakukan reformasi baru tersebut.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kemenangan calon PAS dan Pakatan Rakyat, Mohd Abdul Wahid Endut dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, malam tadi.

Abdullah dijadual menyerahkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno pada akhir Mac ini.

Beliau akan digantikan dengan timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Antara perubahan yang dilakukan Abdullah adalah penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman baru-baru ini.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, pihaknya juga gembira kerana terdapat sedikit perubahan dalam sistem perjalanan pilihan raya pada kali ini.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), beliau berkata, pihaknya mahu Perdana Menteri terus kekal bagi meneruskan lagi perubahan dalam sistem tersebut.

Ketika ditanya sama ada beliau yakin dengan sistem pilihan raya di negara ini berikutan kemenangan PAS hari ini, Abdul Hadi berkata, masih ada banyak ruang yang perlu diperbaiki dalam sistem tersebut termasuk sistem pengundian secara pos.

Read more...

Sabtu, Januari 17, 2009

Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu

Peratus Keluar Mengundi:
62,193 (77.52%)

Keputusan Rasmi

Haji Mohd Abd Wahid Endut
PAS : 32,883

Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh
BN : 30,252

Azharudin Mamat @ Adam
Bebas : 193

Undi Rosak : 665

PAS Menang Dengan Majoriti 2,631

* Keputusan Rasmi Pada Pukul 9.30 Malam *

PAS menang sebab banyak minum Kopi Janda agaknya.
Kalaulah letak gambar janda muda, mungkin aku akan minum.

Read more...

Rabu, Januari 14, 2009

Mengapa Umat Islam Terlalu Lemah?

Dipetik dari Utusan Malaysia Online

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?


Jawapannya : Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

Read more...

Mengapa Yahudi Terlalu Berkuasa?

Hasil tulisan Dr Farrukh Saleem. Boleh didapati di http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html

Farrukh Saleem

Dr Farrukh Saleem
Kolumnis bebas di Islamabad
Email : farrukh15@hotmail.com


Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya : Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Read more...

Resolusi 2/2009 Isu Palestin Dan Zionis Serta Pandangan BPN

Resolusi Isu Palestin Diserang Zionis Israel
Dan Cadangan Serta Tindakan BPN

1. BPN dengan ini mengutuk sekeras kerasnya tindakan Israel menceroboh Palestin termasuk membunuh orang awam yang tidak berdosa dengan sewenang-wenangnya.

2. Kami juga mendesak agar rakyat Malaysia bersatu dengan memboikot bagi melemahkan ekonomi semua syarikat yang ada kaitan dengan Israel @ Zionis dan misi memboikot ini hendaklah dilakukan secara serius, dan bukan sekadar sambil lewa untuk perhatian dunia saja.

3. BPN menggesa Mesir supaya terus membuka sempadannya dengan Palestin supaya bantuan kemanusiaan dapat disalurkan dengan kadar yang segera disamping memberi peluang kepada rakyat Palestin untuk berlindung di Mesir.

4. Protes memboikot ini akan diteruskan sehingga Israel @ Zionis akur dengan resolusi-resolusi PBB dan keamanan Palestin dikembalikan seperti sediakala..

5. BPN menggesa Malaysia mengadakan satu sidang tergempar OIC bagi menghantar tentera negara Islam di sempadan Palestin untuk memberi sokongan moral kepada pejuang Palestin.

6. Pertubuhan OIC perlu mengesa Liga Arab memainkan peranan dan tanggungjawab kemanusiaan bagi membantu dalam apa jua bentuk sokongan kepada Palestin.

7. BPN mengesa semua pemimpin pembangkang menyatakan pendirian bersama dan tanggungjawab sosial mereka dengan menyertai pemimpin kerajaan membakar bendera Israel dan US sebagai tanda bantahan keras mewakili pakatan rakyat.

8. BPN menggesa negara-negara OPEC melakukan sidang tergempar bagi menyatakan pendirian bersama dalam menangani krisis Israel dan Palestin.

9. Rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama digesa menyumbangkan sebanyak mungkin wang ringgit untuk rakyat Palestin di samping membaca Yasin sekali sehari bagi orang Islam yang berkesempatan serta mendoakan keamanan dan keselamatan akan kembali pulih di sana.

10. BPN menaruh harapan agar negara kita juga akan selamat dari ditimpa nasib yang malang seperti mereka yang sudah semakin hilang sedikit demi sedikit tanah pusaka warisan keluarga samada dengan rela atau paksa.


Disediakan oleh:
Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com

Read more...

Sabtu, Januari 10, 2009

Minuman Rasmi PRK P36!


Tidak diragui lagi, para petugas parti di Pilihanraya Kecil P36 penuh bertenaga bekerja 24 jam sehari tanpa henti.

KOPI JANDA

Minuman Rasmi Pilihanraya P36

Read more...

Gambar-gambar Menarik Di P36






Read more...

No To Erdogan!

Read more...

Selangor Pun Dapat Camry Juga!!!


Kita sangkakan Perak je yang dapat kereta baru. Rupa-rupanya Selangor pun kemaruk nak pakai Toyota Camry. Pastinya dibeli daripada ejen yang sama dengan kerajaan negeri Perak.

Lepas ni makin bergayalah para exco negeri Selangor, setanding dengan exco negeri Perak. Agaknya bila mereka bertemu nanti, pasti topik keselesaan menaiki Toyota Camry akan dibualkan. Seronok tak terhingga!!! Jadi sebenarnya apakah menjadi kesalahan jika kerajaan Negeri Terengganu mahu menggunakan Mercedes Benz? Oh tidak! Jika kerajaan negeri yang dipimpin oleh BN mahu menggunakan kereta selain Proton Perdana, pasti disalak oleh orang-orang PR (aku tidak terlibat). Pemimpin PR dah ajar para penyokongnya (pun tak termasuk aku) untuk membantah dan tohmah pemimpin-pemimpin BN yang berbelanja lebih, tapi diam bila pemimpin PR kumpul kekayaan dan boroskan duit negeri.

Kepala otak para penyokong PR (aku tak sokong PR, aku ahli PAS) perlu diperbetulkan. Hantar bengkel untuk overhaul. Mungkin jelaga atau karbon monoksida dah penuh dalam otak kosong tu.

Bermula dari sekarang, bersedialah mendengar berita kerajaan negeri lain mahu menukar kereta rasmi kepada kereta import. Lebih selesa dan bergaya. Apa yang mereka tahu, mereka mahukan keselesaan. Kalau tak selesa, tak boleh buat kerja. "Peduli apa dengan kebajikan rakyat," kata para pemimpin PR yang lupa daratan.



Utusan Malaysia - 10 Januari 2009
Selangor juga 'bergaya' dengan kereta baru

SHAH ALAM 9 Jan. - Kerajaan negeri Selangor hari ini menerima 12 daripada 14 buah kereta Toyota Camry yang ditempah bagi menggantikan kereta Proton Perdana V6 Eksekutif yang digunakan sebelum ini.

Utusan Malaysia difahamkan, kesemua 12 kereta berwarna hitam yang dianggarkan bernilai RM2 juta itu tiba di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini kira-kira pukul 3.30 petang.

Dua lagi kereta Toyota Camry yang telah ditempah itu dikatakan akan dihantar dalam waktu terdekat ini.

Kesemua kereta baru tersebut ditempah khas untuk kegunaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, 10 anggota Exco Kerajaan Negeri dan tiga pegawai tinggi kerajaan iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

Penghantaran 12 kereta tersebut sekali gus mengesahkan desas-desus kerajaan negeri akan membeli kereta Toyota Camry untuk kegunaan pegawai tinggi negeri bagi menggantikan Proton Perdana V6 walaupun dinafikan oleh Abdul Khalid.

Pada 12 Disember lalu, Abdul Khalid memberitahu tentang cadangan kerajaan negeri untuk membeli beberapa jenis kereta termasuk Proton, Toyota Camry dan Honda bagi menggantikan 10 buah kereta yang telah digunakan lebih lima tahun oleh Exco dan pegawai-pegawainya pada tahun ini.

Beliau berkata, pihaknya telah memanggil wakil beberapa syarikat kenderaan termasuk UMW Toyota serta Proton bagi membolehkan kerajaan negeri menilai kosnya termasuk daripada segi penyenggaraan sebelum membuat pilihan.

Beliau juga menafikan dakwaan kononnya kerajaan negeri telah melakukan pembaziran dengan menempah 14 buah Toyota Camry tersebut.

Read more...

Exco Perak Mula Guna Camry!

Vroom! Vroom! Syoknya pakai kereta baru...

Betapa seronoknya Exco Perak bila dah boleh mula guna Toyota Camry 2.4 yang diidam-idamkan selama ini. Maka takkan ada lagi isu kos penyelenggaraan mahal atau penutup enjin terbuka. Seronok dapat naik kereta mahal.

Akhirnya Proton Perdana buatan Malaysia telah dihumban entah ke mana oleh para pemimpin yang 'berkebajikan' ini. Demi menjaga 'kebajikan' Toyota dan diri sendiri, mereka menggunakan wang 'kebajikan' rakyat untuk 'kebajikan' mereka.

Kadangkala perkara ini membuatkan kita terfikir sama ada pemimpin yang menjaga kebajikan rakyat atau rakyat yang menjaga kebajikan pemimpin? Pastilah rakyat yang menjaga kebajikan pemimpin kerana mengizinkan pemimpin kerajaan negeri Perak menggunakan wang negeri untuk keselesaan mereka.

Beginilah dunia. Janji yang dilaungkan tidak ditepati. Mengata orang lain yang buruk, tapi diri sendiri yang lebih teruk. Cina dah dapat hakmilik tanah 999 tahun dan tanah untuk sekolah Cina. Melayu Perak belum dapat apa-apa.


Mstar Online - Sabtu Januari 10, 2009
Exco Perak mula guna Camry ganti Perdana V6

IPOH: Anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak hari ini mula menggunakan kereta Toyota Camry 2.4 berwarna hitam menggantikan kereta nasional Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata pembelian sejumlah 16 kenderaan berkenaan bernilai kirakira RM2.56 juta dibuat secara tender terbuka oleh jabatan tender kerajaan negeri.

"Pada hari ini kita terima sembilan buah yang akan digunakan oleh Exco dan pegawai kanan. Baki kenderaan tujuh lagi akan dibekalkan secara berperingkat berdasarkan stok yang ada," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sebelum ini pelbagai kritikan dibuat oleh pelbagai pihak kerana tidak mahu kerajaan negeri membazirkan wang rakyat bagi pembelian kenderaaan itu berikutan pimpinan utama negeri yang diterajui parti DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini meuaruarkan penjimatan wang dan ingin menjadikan kebajikan rakyat sebagai keutamaan.

Terdahulu, seawal 10 pagi tadi kereta Toyota Camry yang pertama dilihat memasuki bangunan pentadbiran kerajaan negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini dengan nombor pendaftaran AFD 33 dan disusuli yang lainnya dibawa masuk secara berperingkat oleh pengedar UMW Toyota ke kawasan letak kereta berbumbung di bangunan berkenaan. Mohammad Nizar berkata harga bagi sebuah Toyota Camry itu kirakira RM160,000 termasuk cukai manakala kenderaan rasmi sebelum ini Perdana V6 Executive ditukarganti dengan nilai antara RM30,000 dan RM40,000 sebuah.

Katanya kereta Perdana V6 yang masih dalam keadaan baik masih digunakan."Kereta saya masih boleh bertahan lagi untuk digunakan, mungkin saya yang terakhir yang akan mula menggunakan kereta itu (Toyota Camry)," katanya.

Kesemua 16 kereta Toyota Camry itu akan digunakan oleh Menteri Besar dan 10 anggota Exco serta lima pegawai kanan kerajaan negeri lain iaitu Mufti Perak, Pegawai Kewangan Negeri, Penasihat Undangundang, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Speaker Dewan Undangan Negeri.

Terdahulu, Mohammad Nizar menerima kunjungan anggota Dewan Undangan Negeri Simpang Pulai Chan Ming Kai yang menyerahkan laporan berhubung proses pemilihan ketua Kampung Baru Gunung Rapat di sini yang berlangsung 1 Jan lepas.

"Saya akan meneliti kandungan laporan ini serta membincangkan dalam mesyuarat Exco...kita sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak semestinya menerima keputusan pemilihan berkenaan kerana hak muktamad bagi melantik ketua Kampung Baru adalah di bawah kerajaan negeri," katanya.

Pada 29 Dis lepas, Mohammad Nizar terkilan dengan tindakan dua wakil rakyat daripada PKR iaitu anggota Parlimen Gopeng Dr Lim Boon Chye dan Chan kerana mengingkari arahan kerajaan negeri supaya pemilihan itu dibatalkan kerana ketua Kampung Baru hanya akan dilantik oleh kerajaan negeri. BERNAMA

Read more...

Khamis, Januari 08, 2009

Karpal Keliru Kenyataan Anwar Pasal Hudud


Berita Harian - 8 Januari 2009
Kenyataan Anwar mengenai hudud mengelirukan: Karpal


KUALA LUMPUR: Kenyataan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) , Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan hukum hudud hanya terpakai kepada orang Islam dan bukannya di seluruh negara adalah mengelirukan, kata Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini.

Kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa tidak perlu menolak hukum hudud kerana ia hanya terpakai kepada orang Islam adalah bertentangan dengan hasrat Pas yang mengakui mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

“Ini memang menjadi pendirian Pas sejak ditubuhkan sepertimana dicerminkan dalam kenyataan oleh bekas dan pemimpin PAS sekarang,” katanya dalam kenyataan di sini.

Karpal Singh menegaskan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, dipetik dalam laporan berita pada 23 Disember lalu sebagai berkata: “Saya tidak nampak kenapa mereka (iaitu orang bukan Islam) tidak dapat menerima hukum hudud yang tidak berbeza daripada undang-undang Barat”.

Karpal, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata untuk hukum hudud diguna pakai, prasyaratnya ialah penubuhan sebuah negara Islam seperti Arab Saudi di mana undang-undang Islam terpakai kepada orang Islam dan bukan Islam.

Adalah penting untuk Anwar mengetahui apakah niat sebenar PAS yang memperjuangkan penubuhan sebuah negara Islam.

Mungkin Presiden Pas (Datuk Seri Abdul) Hadi Awang patut memberikan penjelasan sama ada hukum hudud yang ingin dilaksanakan Pas terpakai kepada orang Islam dan juga bukan Islam sekiranya Pas berjaya menubuhkan sebuah negara Islam. Demi kepentingan orang ramai, beliau patut berbuat demikian,” katanya.

Karpal berkata Malaysia bukan sebuah negara Islam dan kelulusan serta pelaksanaan hukum hudud adalah melanggar Perlembagaan. - Bernama


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

P/S : Karpal Singh memang keras hati. Selagi dia hidup, beranikah pemimpin Islam dalam Pakatan Rakyat untuk 'melangkah mayatnya'? Tentulah melangkah bila Karpal Singh dah tak ada. Tapi rakan-rakannya di DAP masih ada!!!

Read more...

Rabu, Januari 07, 2009

Tentera Politik Bertempur Di P36

Pilihanraya Kecil P36 Kuala Terangganu semakin hampir. Pertandingan 3 penjuru di antara BN, PAS dan Bebas akan menjadikan P36 sebagai medan yang hangat dan menjadi tumpuan selepas Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

Sebaik sahaja BN mengumumkan Datuk Wan Farid sebagai calon mereka, tiba-tiba muncul gambar Datuk Wan Farid berkaraoke dengan seorang perempuan muda (yang dilihat sebahagian dari gambar yang telah dipotong) untuk memburukkan pemimpin tersebut. Mujurlah Datuk Wan Farid pantas menjawab tohmahan tersebut dan kemudian isu gambar tersebut terjawab dengan gambar asal.

Ada seorang perempuan di sebelah Datuk Wan Farid yang
sedang berkaraoke dengan penuh semangat. GRO ke?


Ya, gambar Datuk Wan Farid sedang berkaraoke bersama sanak saudara di rumah salah seorang ahli keluarganya. Bukannya di pusat karaoke seperti yang dicanangkan sebelum ini. Adakah pusat karaoke membiarkan cd-cd bertaburan di meja pelanggan dan pelanggan pasang sendiri lagu yang dikehendaki?

Inilah gambar asal yang menunjukkan Datuk Wan Farid bersama sanak
saudaranya sedang beriadah. Salahkah kita bersama sanak saudara?

Kemudian kecoh dengan penahanan beberapa jentera PKR yang menampal poster Altantuya di Kuala Terengganu sebagai provokasi terhadap BN. Kemudian lantang wakil PKR bersuara bahawa gambarAltantuya tidak berkaitan dengan sesiapa pun dan BN tidak perlu terasa. Begitu bangan kenyataan itu kerana semua orang amat maklum kerana PKR, DAP dan PAS sering mengaitkan Altantuya dengan Dato Seri Najib. Jika ianya hanya tuduhan dan tiada bukti, janganlah memfitnah kerana persahabatan anda dengan PAS tidak menjamin anda masuk syurga. Pemimpin PAS pun belum tentu masuk syurga kerana ramai yang ikut memfitnah serta mengejar harta dan kuasa.

Kes kekacauan dan rusuhan juga sering berlaku terutama di tempat yang ramai penyokong PKR. Jika di sebelah pihak PAS tentulah di Terengganu dan Kelantan. Bermacam-macam kes yang kita dengar terutamanya berita penahanan bas oleh penyokong PKR dan PAS dengan dakwaan bas tersebut membawa pengundi hantu. Siapa pengundi hantu? Tentulah yang menyekat bas tersebutlah pengundi hantu. Perangai macam hantu! Tak pernah dibuktikan dakwaan tu, kan? Tapi bila bercerita macam berpuluh-puluh ribu pengundi hantu yang di bawa masuk. Tipulah. Tapi bila melihat kes rusuhan begini, saya tertanya-tanya. DAP tak merusuh pula, ye?

Perusuh yang bodoh

Sedarkan anda siapa sebenarnya yang menggerakkan jentera provokasi ini? Mengapakan sejak PRU 12 yang lepas, telah banyak timbul poster-poster atau risalah yang berbaur provokasi dan fitnah?

Sahabat-sahabat di dalam PAS Pusat menyatakan bahawa pihak PAS tidaklah membuat poster dan risalah provokasi dan fitnah sebegitu. PAS ada membuat poster Perbandingan PAS Dengan UMNO. Tetapi jika poster bergambar yang menyerang peribadi calon-calon lawan, itu bukan dibuat oleh PAS.

Rakan-rakan di PAS yang masih setia dengan perjuangan Islam dan tidak terikut dengan angin senggugut pemimpin-pemimpin PAS yang terpesong sejak kebelakangan ini mengatakan bahawa ini adalah kerja Tentera Syaitan.

Tentera Syaitan? Wujudkah kumpulan ini? Dengarnya macam tak logik saja. Ada pengamal black metal dalam Pakatan Rakyat?

"Bukan macam tu la. Kami gelar mereka ni sebagai Tentera Syaitan sebab mereka ni kerjanya memfitnah dan buat provokasi," begitulah penjelasan sahabat dari PAS Selangor.

Rupanya itu cuma gelaran yang diberikan terhadap kumpulan tentera politik ini. Menurut rakan saya itu lagi, tentera Syaitan ini terdiri daripada :-

1. bloggers - menyerang peribadi pemimpin lawan, memburukkan parti lawan
2. pembuat, penyebar & penampal poster - menyebarkan poster memfitnah dan provokasi
3. penyokong - buat kacau, mengejek pihak lawan, buat rusuhan, dan sebagainya (banyak sangat)
4. pemimpin - yang menjadi ketua kepada semua yang di atas

Kumpulan tentera Syaitan (gelaran aje) ini pastinya disukai oleh kebanyakan pemimpin dan penyokong PR tetapi sebilangan yang cintakan keamanan dan patuh kepada ajaran Islam amat tidak senang dengan tindakan golongan ini kerana ia membawa imej jahat kepada seluruh PR.

Sebenarnya kami ingin sangat melihat pilihanraya kali ini berjalan dengan penuh bersih dan harmoni. Biarlah masyarakat Islam Melayu bersatu dan bersaing dengan penuh adil dan saksama. Namun permulaannya dicemari oleh tindakan Tentera Syaitan dari PKR yang memasang poster provokasi terhadap BN.

Jika sebelum ini Tentera Syaitan telah berjaya menjatuhkan maruah Barisan Nasional sejak PRU 12, kini tugas mereak tidak lagi mudah. Telah bangkit semakin ramai penyokong BN dan UMNO yang memperjuangkan parti mereka dan melawan dakyah dan fitnah yang dilemparkan.

Cuma harapan saya biarlah yang muncul nanti adalah pihak yang berjuang dengan penuh keikhlasan terhadap parti (tidak mengira mana-mana parti) dan taqwa terhadap Allah. Biarlah kita tegur dan perbaiki apa-apa yang salah dan sebarkan berita benar dan sahih. Sebelum menegur parti lain, tegurlah parti kita terlebih dahulu agar dapat dijadikan sebagai yang terbaik seperti yang kitaharapkan.

Jangan jadi Syaitan!

Janganlah selepas ini golongan Tentera Syaitan berkembang dengan penambahan sebelah pihak yang lain pula!

Read more...

Boikot Barangan Yahudi Dan Israel !!!


Bismillahirrahmaanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Kumbang dan rakan-rakan daripada BPN serta seluruh rakyat Malaysia dah muak dengan kekejaman Israel yang dari hari ke hari meragut nyawa rakyat Palestin yang tak berdosa dan tidak berkemampuan melawan mereka.





















Apa yang perlu kita buat?


Jawapannya, ialah boikot barangan yahudi dan Israel!!

Bagaimana caranya untuk boikot?

1. Melalui Kod Bar (Bar Code)

Ingat, jika jumpa Kod Bar(Bar Code) yang bermula daripada 729.
Sila jangan beli kerana angka itu menunjukkan barangan/produk daripada Israel.
Jangan terpedaya dengan label "Made in XXXX" di label mereka. Kerana yahudi akan menggunakan pelbagai cara untuk menjual produk mereka termasuklah memalsukan kenyataan itu dan seolah-olah ia bukan datang dan dihasilkan daripada Israel.


2. Boikot semua barangan-barangan yang berlabel seperti dibawah ini kerana ia dihasilkan oleh yahudi dan proksi Israel di seluruh dunia..



> >


3.Boikot semua barangan dalam senarai di bawah yang dihasilkan terus daripada Israel...

Candies/NutsCarmit, Elite, Geva, Rimon, Karina, Lieber, Oppenheimer, OSEM, Taste of Israel, Israel Edible Products - Telma
Cheese Kfir Bnei-Brak Dairy Ltd., Tnuva, Central Co-op, MATA, Haolam
Cookies/Health Food Bars Elite, Froumine, OSEM, Israel Edible Products - Telma, Kedem, Afifit Ltd., Magdaniat Hadar Ltd., Tivon
Crackers, Breadcrumbs, Croutons Affifit Ltd., Barth, Elite, Einat, Froumine, Hadar, Israel Edible Products - Telma, Magdaniat Hadar Ltd., OSEM, Taste of Israel
Flavorings and SpicesMATA, Deco-Swiss, Israel Dehydration Co. Ltd.
Fresh Fish, Gefilte Fish, SardinesNoon, Yonah, Carmel, Ask retailer/frozen fillets
Fruit (Apricots, citrus salad segments, melons, citrus products, dates, persimmons, tomatoes) Assis Ltd., Carmel Medijuice, NOON, PRI-TAIM, Agrexco USA Ltd., Yakhin, PRI-ZE, FIT (Federation of Israel Canners), Jaffy's Citrus Products
Horseradish, borsht H&S Private Label
Jams, Preserves, Marmalades, Honey, Syrups, Candied FruitAssis Ltd., I&B Farm Products, Meshek Industries (Beit Yitshak 778) Ltd., VITA
Juices, Grape-muscal and rose (Menorah & Carmel Brands) Carmel
Matzoh, Matzoh Ball Mix Israel Edible Products Ltd., Telma, AVIV, YEHUDA
Meat Alternatives (Veggie Burgers etc) Veggie Patch line (Stop and Shop, other markets)
OlivesBeit Hashita, H&S Private Label, Shan Olives Ltd. (Hazayith)
Onions & Onion RingsBeit Hashita, Carmit, Sunfrost
Pizza & Pasta ProductsOSEM, Maadanot, Deco
Pizza SauceJaffa-Mor, VITA, H&S Private Label, MATA
PuddingsOSEM, MATA, Israel Edible Products Ltd. - Telma
Soups, Sauces & Mixes (Instant cubes, gourmet treats, falafel, humus, tehin, soup nuts, & dried soup Israel Edible Products Ltd. - Telma, OSEM, MATA, Gourmet Cuisine
Tea Elzan, Wissotzky
Tomato Products FIT, Medijuice, Pardess, Yakhin, VITA
Turkey Products Hod Lavan, Soglowek, Yarden, Ask retailer/butcher/Deli
Vegetables Yakhin, PRI-TAIM, PRI-ZE Growers/MOPAZ, Sanlakol, Carmelit Portnoy, Tapud, Sun Frost

Ingat jika kita membeli barangan yahudi dan Israel, kita pun akan terlibat sama menyumbang terhadap kekejaman Israel. Kerana wang pendapatan yahudi akan disalurkan ke negara Israel, samada dalam bentuk derma,cukai dan lain-lain cara.

Tiada cara lain untuk kita membantu mereka. Kita tidak mampu untuk mengangkat senjata.
Tapi kita ada kuasa pengguna. Jika kita lumpuhkan ekonomi mereka, mungkin satu hari nanti mereka tiada dana untuk melakukan serangan ke atas Palestin

Mari bersama-sama kita lakukan... Akhiri penjajahan Israel terhadap Palestin!!!

Boikot barangan Yahudi dan Israel!!!

P/S: Sila sebarkan posting blog ini menggunakan apa cara sekalipun. Supaya makluman cepat sampai. Tiada hak cipta.

http://www.boycottisraeligoods.org

Read more...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Followers

Parti Islam Se-Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia

Islam Teras Perjuangan

Islam Teras Perjuangan

  ©Template by Dicas Blogger.