Tentera Politik Bertempur Di P36
Pilihanraya Kecil P36 Kuala Terangganu semakin hampir. Pertandingan 3 penjuru di antara BN, PAS dan Bebas akan menjadikan P36 sebagai medan yang hangat dan menjadi tumpuan selepas Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.
Sebaik sahaja BN mengumumkan Datuk Wan Farid sebagai calon mereka, tiba-tiba muncul gambar Datuk Wan Farid berkaraoke dengan seorang perempuan muda (yang dilihat sebahagian dari gambar yang telah dipotong) untuk memburukkan pemimpin tersebut. Mujurlah Datuk Wan Farid pantas menjawab tohmahan tersebut dan kemudian isu gambar tersebut terjawab dengan gambar asal.
Ada seorang perempuan di sebelah Datuk Wan Farid yang
sedang berkaraoke dengan penuh semangat. GRO ke?
sedang berkaraoke dengan penuh semangat. GRO ke?
Ya, gambar Datuk Wan Farid sedang berkaraoke bersama sanak saudara di rumah salah seorang ahli keluarganya. Bukannya di pusat karaoke seperti yang dicanangkan sebelum ini. Adakah pusat karaoke membiarkan cd-cd bertaburan di meja pelanggan dan pelanggan pasang sendiri lagu yang dikehendaki?
Inilah gambar asal yang menunjukkan Datuk Wan Farid bersama sanak
saudaranya sedang beriadah. Salahkah kita bersama sanak saudara?
saudaranya sedang beriadah. Salahkah kita bersama sanak saudara?
Kemudian kecoh dengan penahanan beberapa jentera PKR yang menampal poster Altantuya di Kuala Terengganu sebagai provokasi terhadap BN. Kemudian lantang wakil PKR bersuara bahawa gambarAltantuya tidak berkaitan dengan sesiapa pun dan BN tidak perlu terasa. Begitu bangan kenyataan itu kerana semua orang amat maklum kerana PKR, DAP dan PAS sering mengaitkan Altantuya dengan Dato Seri Najib. Jika ianya hanya tuduhan dan tiada bukti, janganlah memfitnah kerana persahabatan anda dengan PAS tidak menjamin anda masuk syurga. Pemimpin PAS pun belum tentu masuk syurga kerana ramai yang ikut memfitnah serta mengejar harta dan kuasa.
Kes kekacauan dan rusuhan juga sering berlaku terutama di tempat yang ramai penyokong PKR. Jika di sebelah pihak PAS tentulah di Terengganu dan Kelantan. Bermacam-macam kes yang kita dengar terutamanya berita penahanan bas oleh penyokong PKR dan PAS dengan dakwaan bas tersebut membawa pengundi hantu. Siapa pengundi hantu? Tentulah yang menyekat bas tersebutlah pengundi hantu. Perangai macam hantu! Tak pernah dibuktikan dakwaan tu, kan? Tapi bila bercerita macam berpuluh-puluh ribu pengundi hantu yang di bawa masuk. Tipulah. Tapi bila melihat kes rusuhan begini, saya tertanya-tanya. DAP tak merusuh pula, ye?
Sedarkan anda siapa sebenarnya yang menggerakkan jentera provokasi ini? Mengapakan sejak PRU 12 yang lepas, telah banyak timbul poster-poster atau risalah yang berbaur provokasi dan fitnah?
Sahabat-sahabat di dalam PAS Pusat menyatakan bahawa pihak PAS tidaklah membuat poster dan risalah provokasi dan fitnah sebegitu. PAS ada membuat poster Perbandingan PAS Dengan UMNO. Tetapi jika poster bergambar yang menyerang peribadi calon-calon lawan, itu bukan dibuat oleh PAS.
Rakan-rakan di PAS yang masih setia dengan perjuangan Islam dan tidak terikut dengan angin senggugut pemimpin-pemimpin PAS yang terpesong sejak kebelakangan ini mengatakan bahawa ini adalah kerja Tentera Syaitan.
Tentera Syaitan? Wujudkah kumpulan ini? Dengarnya macam tak logik saja. Ada pengamal black metal dalam Pakatan Rakyat?
"Bukan macam tu la. Kami gelar mereka ni sebagai Tentera Syaitan sebab mereka ni kerjanya memfitnah dan buat provokasi," begitulah penjelasan sahabat dari PAS Selangor.
Rupanya itu cuma gelaran yang diberikan terhadap kumpulan tentera politik ini. Menurut rakan saya itu lagi, tentera Syaitan ini terdiri daripada :-
1. bloggers - menyerang peribadi pemimpin lawan, memburukkan parti lawan
2. pembuat, penyebar & penampal poster - menyebarkan poster memfitnah dan provokasi
3. penyokong - buat kacau, mengejek pihak lawan, buat rusuhan, dan sebagainya (banyak sangat)
4. pemimpin - yang menjadi ketua kepada semua yang di atas
Kumpulan tentera Syaitan (gelaran aje) ini pastinya disukai oleh kebanyakan pemimpin dan penyokong PR tetapi sebilangan yang cintakan keamanan dan patuh kepada ajaran Islam amat tidak senang dengan tindakan golongan ini kerana ia membawa imej jahat kepada seluruh PR.
Sebenarnya kami ingin sangat melihat pilihanraya kali ini berjalan dengan penuh bersih dan harmoni. Biarlah masyarakat Islam Melayu bersatu dan bersaing dengan penuh adil dan saksama. Namun permulaannya dicemari oleh tindakan Tentera Syaitan dari PKR yang memasang poster provokasi terhadap BN.
Jika sebelum ini Tentera Syaitan telah berjaya menjatuhkan maruah Barisan Nasional sejak PRU 12, kini tugas mereak tidak lagi mudah. Telah bangkit semakin ramai penyokong BN dan UMNO yang memperjuangkan parti mereka dan melawan dakyah dan fitnah yang dilemparkan.
Cuma harapan saya biarlah yang muncul nanti adalah pihak yang berjuang dengan penuh keikhlasan terhadap parti (tidak mengira mana-mana parti) dan taqwa terhadap Allah. Biarlah kita tegur dan perbaiki apa-apa yang salah dan sebarkan berita benar dan sahih. Sebelum menegur parti lain, tegurlah parti kita terlebih dahulu agar dapat dijadikan sebagai yang terbaik seperti yang kitaharapkan.
Janganlah selepas ini golongan Tentera Syaitan berkembang dengan penambahan sebelah pihak yang lain pula!
0 comments:
Catat Ulasan