"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam." [Surah an Nisaa’: 140]

Sabtu, Januari 10, 2009

Selangor Pun Dapat Camry Juga!!!


Kita sangkakan Perak je yang dapat kereta baru. Rupa-rupanya Selangor pun kemaruk nak pakai Toyota Camry. Pastinya dibeli daripada ejen yang sama dengan kerajaan negeri Perak.

Lepas ni makin bergayalah para exco negeri Selangor, setanding dengan exco negeri Perak. Agaknya bila mereka bertemu nanti, pasti topik keselesaan menaiki Toyota Camry akan dibualkan. Seronok tak terhingga!!! Jadi sebenarnya apakah menjadi kesalahan jika kerajaan Negeri Terengganu mahu menggunakan Mercedes Benz? Oh tidak! Jika kerajaan negeri yang dipimpin oleh BN mahu menggunakan kereta selain Proton Perdana, pasti disalak oleh orang-orang PR (aku tidak terlibat). Pemimpin PR dah ajar para penyokongnya (pun tak termasuk aku) untuk membantah dan tohmah pemimpin-pemimpin BN yang berbelanja lebih, tapi diam bila pemimpin PR kumpul kekayaan dan boroskan duit negeri.

Kepala otak para penyokong PR (aku tak sokong PR, aku ahli PAS) perlu diperbetulkan. Hantar bengkel untuk overhaul. Mungkin jelaga atau karbon monoksida dah penuh dalam otak kosong tu.

Bermula dari sekarang, bersedialah mendengar berita kerajaan negeri lain mahu menukar kereta rasmi kepada kereta import. Lebih selesa dan bergaya. Apa yang mereka tahu, mereka mahukan keselesaan. Kalau tak selesa, tak boleh buat kerja. "Peduli apa dengan kebajikan rakyat," kata para pemimpin PR yang lupa daratan.



Utusan Malaysia - 10 Januari 2009
Selangor juga 'bergaya' dengan kereta baru

SHAH ALAM 9 Jan. - Kerajaan negeri Selangor hari ini menerima 12 daripada 14 buah kereta Toyota Camry yang ditempah bagi menggantikan kereta Proton Perdana V6 Eksekutif yang digunakan sebelum ini.

Utusan Malaysia difahamkan, kesemua 12 kereta berwarna hitam yang dianggarkan bernilai RM2 juta itu tiba di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini kira-kira pukul 3.30 petang.

Dua lagi kereta Toyota Camry yang telah ditempah itu dikatakan akan dihantar dalam waktu terdekat ini.

Kesemua kereta baru tersebut ditempah khas untuk kegunaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, 10 anggota Exco Kerajaan Negeri dan tiga pegawai tinggi kerajaan iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

Penghantaran 12 kereta tersebut sekali gus mengesahkan desas-desus kerajaan negeri akan membeli kereta Toyota Camry untuk kegunaan pegawai tinggi negeri bagi menggantikan Proton Perdana V6 walaupun dinafikan oleh Abdul Khalid.

Pada 12 Disember lalu, Abdul Khalid memberitahu tentang cadangan kerajaan negeri untuk membeli beberapa jenis kereta termasuk Proton, Toyota Camry dan Honda bagi menggantikan 10 buah kereta yang telah digunakan lebih lima tahun oleh Exco dan pegawai-pegawainya pada tahun ini.

Beliau berkata, pihaknya telah memanggil wakil beberapa syarikat kenderaan termasuk UMW Toyota serta Proton bagi membolehkan kerajaan negeri menilai kosnya termasuk daripada segi penyenggaraan sebelum membuat pilihan.

Beliau juga menafikan dakwaan kononnya kerajaan negeri telah melakukan pembaziran dengan menempah 14 buah Toyota Camry tersebut.

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Followers

Parti Islam Se-Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia

Islam Teras Perjuangan

Islam Teras Perjuangan

  ©Template by Dicas Blogger.