"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam." [Surah an Nisaa’: 140]

Sabtu, Jun 21, 2008

Surat Pembaca - Utusan Malaysia

Saya amat tertarik dengan tulisan seorang rakyat yang peka kepada keadaan semasa politik negara. Saya merasakan bahawa beliau adalah seorang ahli PAS yang sedar akan sumbangnya perjuangan PAS kini.

Berikut adalah tulisan beliau :

ARKIB : 20/06/2008

Tahniah, Pas sudah berubah

PA' SHEIKH
Bandar Baru Bangi

UCAPAN tahniah patut diberi kepada Pas terutama Dewan Ulama Pas kerana Pas telah berubah.

Kalau dahulu menurut ulama-ulama Pas, dalam Islam hanya ada dua hari perayaan iaitu Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Tetapi sekarang Pas menyambut Hari Wanita, Hari Ibu dan memberi ucapan Selamat Tahun Baru Cina dan lain-lain.

Sekarang ada majlis hi-tea Hari Wanita. Cuma yang belum boleh lagi ialah Hari Kekasih (Valentine's Day), mungkin menjelang pilihan raya umum akan datang ia dibolehkan mengikut keadaan.

Suara wanita adalah aurat maka negeri Kelantan Darul Naim tidak menghantar wakil qariah pada Tilawah Al-Quran anjuran kerajaan (kerajaan Taghut - menurut Pas). Tetapi sekarang ketua pembangkang di Parlimen adalah seorang wanita, suara wanita ini bukannya sebahagian dari aurat - dibolehkan.

Sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu, fatwa Pas - wanita tidak boleh jadi calon tetapi mengikut keadaan fatwa berubah dan ia dibolehkan. Yang anehnya ada kawasan pilihan raya, yang mana calon Pas seorang lelaki dan calon UMNO seorang wanita.

Semasa kempen pilihan raya di kawasan tersebut, Pas berkempen tidak boleh mengundi calon wanita. Sesiapa mengundi calon wanita adalah dayus kerana wanita tidak boleh jadi pemimpin. Kalau calon Pas seorang wanita, kempen Pas lain pula. Ini adalah kenyataan bukan cerita yang diada-adakan.

UMNO bekerjasama dengan MCA, MIC dan lain-lain (parti orang-orang kafir), menurut Pas adalah haram. Ada pihak mencadangkan agar UMNO dan Pas duduk berunding - pemimpin Pas tolak.

Alasannya, UMNO tolak Islam. Sekarang Pas berada dalam Pakatan Rakyat (Keadilan, Pas, DAP). Para pemimpin Pas rupanya lupa sejarah iaitu ucapan Presiden DAP sekarang - ''Langkah mayat saya dahulu... (sebelum mewujudkan negara Islam)''.

Pada pilihan raya umum lepas, ada kawasan ADUN yang menyaksikan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) seorang Cina dan BN seorang Cina dari MCA.

Jentera Pas kawasan tersebut berkempen untuk calon PKR. Dalam kawasan Parlimen pula, calon BN seorang Cina dan calon PKR seorang Melayu lalu Pas berkempen, jangan undi Cina kafir laknat. Ini kebenaran yang berlaku. Nampaknya Pas juga mengamalkan cara matlamat menghalalkan cara.Tahniah sekali lagi kerana Pas telah berubah dan mengikut keadaan semasa.

Pas tidak ada bezanya dengan parti politik biasa. Tiba masanya untuk kesucian Islam - nama Islam pada Parti Islam Se-Malaysia itu diubah menjadi Parti Umat Se-Malaysia atau sebagainya demi kemuliaan Islam.

Akhir sekali saya terpaksa mengikut jejak langkah Allahyarham saudara Amaludin Darus sebagaimana dalam buku tulisan beliau yang bertajuk Kenapa saya tinggalkan Pas terbitan tahun 1977.

Bagi generasi baru dalam Pas (terutama Ketua Pemuda Pas dan Timbalan Presiden Pas), saya syorkan supaya membaca buku tersebut. (Amaludin adalah pemimpin awal penubuhan Pas). Dalam Islam, kita kena istiqomah dalam perjuangan.

Petikan akhir kata-kata Amaludin: ''Saya tidak mahu menyertai satu kumpulan yang bercakap tetapi tidak berbuat. Menegur orang lain, tetapi memejam mata kepada kesilapan-kesilapan golongan sendiri."

Sememangnya kita lihat perjuangan PAS sebagai sebuah parti Islam sudah kehilangan hala tujunya. Kita terlalu banyak menurut kata orang lain akibat tamakkan kuasa. Kita mengharamkan orang lain buat sesuatu tetapi kita pula halal berbuat begitu.

Maka inilah tugas kita untuk membentuk kembali parti kita untuk kembali ke landasan yang benar, selari dengan perjuangan Islam agar penyokong kita akan terus bersama kita menegakkan kesucian Islam.

Read more...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Followers

Parti Islam Se-Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia

Islam Teras Perjuangan

Islam Teras Perjuangan

  ©Template by Dicas Blogger.