"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam." [Surah an Nisaa’: 140]

Selasa, Mei 27, 2008

Bosan Dengan Tingkahlaku Ahli Parlimen

Sejak kebelakangan ini, sikap ahli perlimen yang ditunjukkan dalam persidangan parlimen amat mengecewakan golongan rakyat berfikiran waras dan matang yang cintakan pada perpaduan dan kebenaran. Kadangkala turut menimbulkan persoalan sama ada mereka mahu menjadi ahli parlimen semata-mata kerana kedudukan dan wang.

Sikap yang mengecewakan ini ditunjukkan tanpa rasa malu sedangkan seluruh rakyat dapat menontonnya di kaca televisyen. Para ahli parlimen terutamanya dari Pakatan Rakyat dilihat tidak matang dan tidak membantu untuk meningkatkan kebajikan kepada rakyat. Mengapa wakil sebegini yang kita pilih?

Seorang sahabat saya dari PAS Selangor menyatakan kekecewaannya terhadap sikap ahli parlimen PAS yang turut mahu menjadi ayam sabung untuk menunjukkan kehandalan mereka. Menurut sahabat ini, ia bukanlah menunjukkan kehebatan ahli parlimen PAS tersebut tetapi menunjukkan keburukan sikap dan kejahilan terhadap agama sendiri. Jika Islam, buatlah cara Islam. Tapi mereka turut serta dengan anggota Pakatan Rakyat yang lain untuk menyalak bagai anjing dalam dewan. Selain mengeluarkan kata-kata kesat, mereka turut melawan arahan Speaker Dewan Rakyat. Langsung tidak menunjukkan sikap sebagai seorang Islam yang berhemah tinggi dan memburukkan imej PAS dan Islam.

Diharapkan wakil PAS yang dipilih rakyat ini menunjukkan sikap dan sifat pemimpin Islam sebenar. Jangan ikut kawan-kawan lain yang haprak. Perlu ada pendirian sendiri. Kalau rasanya tidak mampu untuk menjadi Islam yang sejati, pergilah lompat masuk PKR atau DAP. Golongan Muda tidak perlukan pemimpin yang hipokrit dan munafik...

Read more...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Followers

Parti Islam Se-Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia

Islam Teras Perjuangan

Islam Teras Perjuangan

  ©Template by Dicas Blogger.