"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam." [Surah an Nisaa’: 140]

Rabu, Ogos 27, 2008

Apa Yang Diajar, Penyokong Ikut Saja...

Dulu parti tu memerintah, kita katakan parti tu jahiliah sebab biarkan pusat hiburan yang jual arak beroperasi.
Bila parti kita memerintah, "Bangsa dan penganut agama lain perlu diberi ruang berhibur." Penyokong ikut saja...

Dulu parti tu memerintah, kita katakan parti tu makan hasil haram sebab kutip cukai kilang arak, pusat hiburan dan judi.
Bila parti kita memerintah, "Kita tak boleh sekat kebebasan bangsa lain (sambil terima cukai hasil haram)." Penyokong ikut saja...

Dulu parti tu memerintah, kita katakan parti tu amal kronisme dan nepotisme sebab beri peluang kepada kawan-kawan dan ahli keluarga.
Bila parti kita memerintah, "Beliau dipilih bukan kerana kroni tetapi kerana beliau layak. Rasullullah dulu pun amal kroni juga semasa pilih khalifah." Penyokong ikut saja...

Paling malang bila;
Dulu orang tu dalam parti lain, hentam kita dan salahguna kuasa. Kita lawan habis-habisan.
Sekarang, orang tu tubuh parti lain untuk lawan kerajaan. Kita sanjung dia habis-habisan. Penyokong ikut saja...

Read more...

Ada Bantahan?

  • Projek Babi Mega
  • kilang arak
  • kelab malam, disko, pusat hiburan

Apa yang pemimpin kita bantah? Tak ada bantah apa-apa pun. Senyap je...

Akhirnya dapat kumpulan Carburator Dung sebagai artis rasmi Pakatan Rakyat...

Read more...

Ke Mana Arah Tuju PAS Kini?

Perubahan senario politik kini semakin membimbangkan bila melihatkan parti-parti tertentu hilang matlamat dan prinsip perjuangan hanya semata-mata kerana merebut kuasa untuk memerintah. Terlalu banyak perkara haram yang telah dihalalkan mereka demi untuk merestui tindakan parti mereka.

PKR kini dilihat hanya memperjuangkan Anwar Ibrahim untuk dijadikan Perdana Menteri melalui pembelian ahli parlimen BN. Namun hal PKR ini tidaklah saya pedulikan sangat kerana sejak awal penubuhannya dulu pun bukanlah untuk rakyat tetapi untuk Anwar Ibrahim. Jika dulu ia ditubuhkan oleh anak-beranak dan sahabat-handai Anwar Ibrahim tetapi kini sahabat-handai telah lari meninggalkan PKR. Tinggallah anak-beranak yang masih teguh bersama PKR dan kini makin kuat keranan si ayah telah kembali bersama mereka. Maka anak-beranak inilah yang akan menguasai anak-anak angkat mereka iaitu pengikut setia mereka.

DAP yang memperjuangkan Malaysian Malaysia juga diketuai oleh anak-beranak tetapi mereka tidaklah dominan seperti PKR. Sahabat-handai DAP amat setia bersama dan sukar berpecah. Walaupun memenangi banyak kerusi DUN, tetapi terpaksa akur kepada kehendak Sultan yang mahukan orang Melayu sebagai Menteri Besar. Terlepaslah peluang mereka untuk menguasai Selangor dan Perak. Namun mereka masih beruntung kerana suara mereka amat kuat dalam sidang DUN.

Yang menjadi persoalan kepada diri saya kini adalah bagaimana dengan perjuangan PAS? Sudah lebih 11 tahun saya bersama PAS, sejak saya masih belum boleh mengundi lagi. PAS semakin jauh dari prinsip asal perjuangannya. Jika dulu prinsip Islam amat kuat dipegangnya, kini nampaknya PAS boleh berkompromi dengan kilang arak di Selangor serta kelab malam yang banyak di Kedah, Perak dan Selangor. Karpal Singh mempersoalkan kuasa Raja Melayu pun PAS kurang bersuara.

Islam yang menjadi teras kepada PAS bagaikan diambil mudah dengan mengambil bahagian-bahagian Islam yang menyebelahi mereka. Jika dulu Haji Hadi mengeluarkan fatwa haram bekerjasama dengan bukan Islam sehinggakan UMNO dilabelkan kafir, kini beliau boleh berpeluk mesra dengan Lim Kit Siang dan membawa PAS bersatu dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Teringat kepada keadaan di mana wabak JE melanda Negeri Sembilan. PM kita, Pak Lah melawat ke ladang babi untuk memperjelaskan tindakan kerajaan memusnahkan babi untuk tujuan keselamatan orang ramai. Tetapi akhbar kita menyiarkan berita 'PAK LAH BELA BABI'. Namun bila Tuan Guru Nik Aziz melawat para penternak babi tersebut untuk mendengar suara mereka, dikatakan Tuan Guru prihatin pula. Sahabat-sahabat saya dalam Jemaah PAS tertawa gelihati dengan artikel tersebut dan menyatakan dalam nada separuh serius dan separuh lawak, "Kalau Pak Lah pergi dengan tujuan memperjelaskan keadaan dikatakan sebagai bela babi, Tuan Guru yang pergi dengar aduan penternak tu pula lebih teruk lagi. Mungkin boleh dikatakan sebagai tokey babi,".

Terlalu banyak tindakan PAS kini yang terikut-ikut sikap buruk PKR. Fitnah-memfitnah dan mengaibkan parti lawan tanpa batasan, merusuh sehingga menimbulkan kebimbangan kepada orang ramai, serta membahayakan orang parti lawan. Tindakan ini disokong oleh pemimpin PAS. Adakah ini diajar dalam Islam?

Kini para pemimpin PAS dilihat begitu taksub kepada Anwar Ibrahim yang bijak berhujah tetapi takut bersumpah untuk membuktikan kebenaran. Entah di mana silapnya sehingga pemimpin kita ini tunduk bagai pak turut kepada Anwar Ibrahim yang sikapnya tidak selari dengan prinsip perjuangan PAS. Sebilangan pemimpin PAS yang tidak tahu berfikir ini sanggup menurut Anwar Ibrahim dalam perhimpunan haram yang mampu memburukkan nama baik parti PAS hanya kerana taksub kepada Anwar Ibrahim (atau mungkin sudah dijanjikan sesuatu).

Saya ingin menyeru semua pemimpin dan penyokong PAS untuk kembali berfikir (kerana selama ini kurang berfikir) akan tujuan parti kita. Kita ingin mendaulatkan Islam. Kita ingin melihat Islam kekal sebagai agama rasmi negara kita. Kita mahu menguatkan akidah umat Islam di Malaysia agar kembali ke jalan Allah. Tetapi janganlah menjadi pak turut membabi-buta kepada orang yang akan menjejaskan kekukuhan agama Islam dan hak keistimewaan bangsa kita di tanahair tercinta ini.

Jika kita ingin memperjuangkan seseorang, biarlah kita memperjuangkan orang PAS sahaja dan juga orang baik-baik. Bukan memperbodohkan diri asal sahaja kita boleh menentang kerajaan pemerintah. Biarkan PKR sahaja yang memperjuangkan Anwar Ibrahim...

Pemimpin PAS sebagai calon Perdana Menteri
jika Pakatan Rakyat dapat memerintah Malaysia...

Read more...

PAS Lebih Sesuai Jadi PM

"Mereka boleh bersuara tetapi pemimpin atasan yang akan buat keputusan."

Begitulah lebih kurang kata-kata seorang pemimpin besar kita sewaktu muktamar PAS di Perak baru-baru ini. Ia merujuk kepada bantahan sebilangan pemimpin bawahan terhadap sikap taksub terhadap Anwar Ibrahim dan juga isu kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Jawapan pemimpin besar itu kedengarannya angkuh. Jika beliau kagum dan taksub kepada Anwar Ibrahim, janganlah korbankan perjuangan parti. Jangan heret sama orang lain dalan ketaksubannya itu.

Saya menyokong kehendak sebilangan pemimpin yang mahu PAS ketepikan Anwar Ibrahim sebagai PM (jika dapat bentuk kerajaan pada 16 September) dan menaikkan pemimpin PAS sebagai calon utama PM.

Biarlah pemimpin PAS yang mahu diangkat sebagai PM itu boleh menjadi contoh yang baik kepada seluruh rakyat Malaysia serta mampu mempertahankan agama Islam dan bangsa Melayu. Bukan pilih pemimpin yang angkuh, suka buat fatwa sesuka hati, suka bermusuh, dan ajar anak jadi samseng atau perusuh.

Read more...

PAS Parti Siapa?

Saya menerima e-mail daripada seorang kawan baik yang menyuarakan kebimbangan dengan sikap pemimpin dan penyokong PAS. Katanya, kita ramai penyokong tetapi sikap mereka tidak konsisten. PAS bagaikan bukan parti PAS yang dulu dan pemimpin kita tidak lagi popular. Akhirnya kawan saya ini meninggalkan soalan untuk saya jawab, "Cuba teka kenapa jadi begini?".

Pening dengan mesej pendeknya itu, saya cuba menghubunginya melalui web conference di Skype. Hampir sehari suntuk menunggu beliau online di Skype, akhirnya dapat juga saya menghubunginya pada lewat malam dalam keadaan saya yang sudah mengantuk teramat sangat.

"Apasal kau hantar e-mail macam tu. Aku tak faham la. Cuba kau perjelaskan sikit," saya berkata sambil menahan mengantuk yang teramat sangat.

"Kau tak perasankah yang orang kita (merujuk kepada penyokong PAS) lebih suka bercerita pasal si Nuar Brahim (Anwar Ibrahim) lebih dari Tok Guru kita yang 2 orang tu?" beliau bertanya. Saya terdiam berfikir sambil mengiyakan kata-katanya. Beliau menyambung lagi;

"Harakah banyak cerita pasal Nuar. Siasah pun pasal Nuar juga. Tambah pulak orang kita pun cerita dan sokong Nuar juga." Kelihatan kawan saya ini menekan sesuatu di komputernya. "Cuba tengok gambar tu. Yang ni pun sokong Nuar jugak," beliau berkata sambil tersengih-sengih.

Rupa-rupanya kawan saya ini hantar gambar. Ketawa terbahak-bahak saya melihat gambar tersebut. Gambar perhimpunan Bersih (yang sebenarnya tidak bersih) di mana Anwar Ibrahim sedang dijulang manakala seorang pemimpin besar PAS memandang bagaikan taksub kepada pemimpin PKR itu.

"Tak baik la kau hantar gambar ni. Kau kutuk-kutuk pun tapi kau tetap tampal gambar dia dalam bilik kau tu," saya merujuk kepada gambar pemimpin-pemimpin PAS yang ditampal di dalam biliknya yang dapat saya lihat melalui kamera web beliau.

"Ni bilik kerja aku. Memang la ada tampal. Dalam bilik tidur aku cuma ada gambar aku dan bini aku masa kawin dulu," katanya sambil ketawa besar. Kawan saya ini sudah berkahwin 6 tahun lepas dan sudah ada 3 anak pun masih tampal gambar lamanya itu. Kenapa tidak tampal gambar terbaru? Mungkin rupa fizikal sudah tidak cantik macam dulu.

"Aku dah bosan asyik dengar orang kita bercerita pasal Nuar Brahim. Sokong sangat si Nuar tu. Sokong PAS aje la. Jangan sokong orang lain," tiba-tiba saja kawan saya ni masuk angin satu badan. Serius pula.

"Si Khalid (MB Selangor) cadangkan kuota 10% bukan bumiputera dalam UiTM pun dah cukup membakar perasaan Melayu. Si Nuar ni boleh sokong si Khalid ni. Masih ada pulak Melayu bodoh yang sokong Nuar ni," berapi-api marahnya kawan saya ini. Maklumlah kami pun lepasan ITM (sebelum jadi UiTM). Tentulah kami bela benteng gedung ilmu bangsa Melayu ini.

"Sabar. Kalau marah pun jangan sebut perkataan 'Melayu bodoh' tu. Tak baik," saya cuba menyejukkan hatinya.

"Macam mana aku tak marah. Taksub sangat pada si Nuar tu sampaikan hilang prinsip parti kita. Apa, pemimpin kita ni tak bagus ke? Nuar jadi PM? Pemimpin kita tak reti memimpin ke?"

Selepas itu banyak lagi yang dibebelkannya sehinggakan saya tidak terlayan amarahnya itu. Akhirnya mujur juga bini kesayangannya panggil masuk tidur kerana sudah lewat benar. Jika tidak, entah sampai bila saya terpaksa layan borak dengan beliau.

Benar juga kata kawan saya itu. Di tempat saya ini pun orang PAS lebih banyak bercerita pasal Anwar Ibrahim. Bila Saiful bersumpah laknat, mereka bagaikan lebih Islam daripada orang lain apabila sanggup mengatakan si Saiful itu penipu dan sumpahnya tidak sah. Maka Anwar Ibrahim jugalah yang mereka katakan benar walaupun Anwar Ibrahim menggeletar kepala lutut bila disuruh bersumpah. Entah ilmu apa yang Anwar Ibrahim pakai hinggakan segala kata-katanya diturut tanpa berfikir panjang lagi.

Saya teringat ketika musim pilihanraya yang baru lalu, semua penyokong PAS bercakap tentangapa yang Anwar Ibrahim cakap. Pemimpin PAS juga menggunakan modal Anwar Ibrahim untuk berceramah walaupun mereka tidak faham satu habuk pun pasal ekonomi. Pendek kata, Anwar Ibrahim memang menguasai Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat memang di bawah kaki Anwar Ibrahim.

Akhirnya PAS juga yang terlupa pada prinsip dan perjuangannya hanya kerana mahu mengikut Anwar Ibrahim...

Read more...

Selasa, Ogos 26, 2008

Kenapa?

Kenapa ada kalangan orang PAS yang sanggup
ANWAR IBRAHIM
jadi
Perdana Menteri?

1. mungkin kerana pemimpin PAS kurang bijak?
2. orang PAS tak layak jadi pemimpin?
3. takut Islam & Melayu tak dapat tempat dalam pemerintahan?
4. taksub melampau kepada Anwar?
5. sanggup hidup dalam negara sekular?
6. sanggup hak Melayu dipijak-pijak?
7. PAS nak jadi pengikut Anwar?

Fikirkanlah...

Jangan perjudikan prinsip perjuangan kita semata-mata kerana ingin berkuasa.

ISLAM TERAS KEHIDUPAN

Read more...

Isnin, Ogos 25, 2008

Anwar PM 16 September 2008?

Anwar nak jadi PM Malaysia ke-6 pada 16 September ni. Selepas menang pilihanraya Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008, katanya ramai ahli parlimen dari BN akan melompat masuk PKR.

Jika memang benar dakwaan itu, terbuktilah bahawa Anwar memang merasuah ahli-ahli parlimen tersebut dengan jumlah sogokan yang besar. Entah dari sumber haram mana si Anwar mendapatkan wang yang sebegitu banyak.

Perbuatan membeli ahli parlimen seperti membeli ikan busuk di pasar murah boleh diibaratkan sebagai 'jalan belakang' kerana membelakangkan demokrasi dan rakyat yang telah mengundi ahli parlimen tersebut. Tetapi Anwar tentulah tidak peduli dengan apa yang akan berlaku keranan dia bercita-cita mahu menjadi Perdanan Menteri. Tambahan pula DAP dan PAS sanggup menjadi barua dan pak turut kepada cita-citanya itu.

Banyak yang boleh diistilahkan kepada 'jalan belakang' demi mencapai impian Anwar. Pertamanya, membeli ahli parlimen BN. Kedua, membuat pelbagai fitnah sama ada melalui dirinya sendiri atau barua peliharaannya. Ketiga, buat rusuhan yang dianggotai askar yang tidak berakal. Keempat, buat provokasi kepada pemimpin negara dan rakyat Malaysia.

Sebenarnya banyak lagi yang boleh dkatakan sebagai 'jalan belakang' yang digunakan Anwar untuk mencapai cita-citanya. Ini termasuklahmendapatkan bantuan kuasa luar seperti Amerika dan Israel untuk mencapai cita-cita dan memperolehi dana yang besar.


Kesimpulannya :-
Anwar Ibrahim memang suka 'Jalan Belakang'

Read more...

Ahad, Ogos 24, 2008

Anwar & Sumpah : Sekarang Dah Jadi Sesumpah!


Sumpahlah sampai 50 kali pun saya tidak peduli.

Dok heboh pasal sumpah. Cabar saya nak sumpah itu sumpah ini. Nak sumpah apa? Saya sudah kata pada mereka, saya boleh bersumpah dengan bimbingan para ulama. Tapi rakan-rakan nasihatkan supaya saya tidak berbuat demikian. Ulama dari luar negara hantar surat berjela-jela menasihatkan saya, 'Anwar, jangan sesekali lakukannya (bersumpah), jangan persendakan agama.'

Saya bimbang sumpah saya itu akan dimanipulasikan oleh pihak tertentu.

Kata-kata 'hikmat' Dato Seri Anwar Ibrahim bila diminta bersumpah bagi membuktikan beliau tidak meliwat bekas Pembantu Peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Apa susahnya bersumpah? Buktikan anda tidak bersalah. Berbulan-bulan ke sana ke sini berceramah dan mencanangkan bahawa beliau mangsa konspirasi. Tapi nak bersumpah sekadar 10 minit pun tak nak.

Dato Seri memang buat ke? Kalau tak nak mengaku, memang betul la tu...

Read more...

Selasa, Ogos 19, 2008

Quote..

“Jika kita bersetuju bahawa politik ialah berkaitan mempertahankan masyarakat pertengahan, seharusnya kejadian yang memalukan itu semalam menunjukkan kumpulan ini tidak layak untuk membela orang ramai,”
Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Syed Faisal Albar mengutuk tindakan ganas sekumpulan lelaki dipercayai penyokong parti pembangkang (PKR) terhadap jurugambar NSTP, Mohd Sairien Nafis, 26, dan Halim Berbar, 28, dari HBL Press News, Perancis berdekatan pusat penamaan calon di Dewan Institut Perguruan Tunku Bainun, Bukit Mertajam, kelmarin.

Read more...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Followers

Parti Islam Se-Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia

Islam Teras Perjuangan

Islam Teras Perjuangan

  ©Template by Dicas Blogger.