"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam." [Surah an Nisaa’: 140]

Jumaat, April 11, 2008

Pakatan Rakyat Akan Bentuk Kerajaan Pusat?

Begitu lama saya tidak dapat meluangkan masa untuk mengemaskini blog ini. Terlalu sibuk dengan kerja. Namun sering juga saya mengikuti perkembangan isu semasa politik tanahair yang begitu bercelaru sejak kebelakangan ini.

Pakatan Rakyat begitu yakin akan dapat membentuk kerajaan dalam sedikit masa lagi dengan penghijrahan beramai-ramai ahli Parlimen dari Sabah ke dalam Pakatan Rakyat. Maka kesemua wakil rakyat dari Pakatan Rakyat terutamanya dari PKR dan DAP begitu angkuh dan berani mencabar Kerajaan Barisan Nasional.

Paling ketara adalah kesungguhan dan keyakinan Anwar Ibrahim yang sering mencanangkan Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan baru. Kemungkinan besar jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan baru dengan kemasukan ahli Parlimen Sabah, maka Anwar Ibrahim yang akan menjadi Perdana Menteri.

Adakah ahli Parlimen Sabah tersebut akan membentuk parti baru atau adakah mereka akan masuk ke PKR? Andainya mereka masuk PKR, maka jelaslah Anwar akan menjadi Perdana Menteri ke-6. Patutlah Anwar begitu tidak sabar untuk bertanding di salah satu kawasan Parlimen. Impiannya untuk berkuasa sudah begitu hampir.

Secara peribadinya saya memang langsung tidak berkenan jika Anwar menjadi PM jika melihatkan tindak-tanduknya dalam PRU-12 baru-baru ini. Anwar begitu lantang menjaja dan memfitnah Malaysia di negara-negara luar. Dan Anwar juga menaja pelbagai tunjuk perasaan dan rusuhan demi untuk mencapai cita-cita jahat peribadinya atau untuk Pakatan Rakyat.

Semasa Anwar menjadi Timbalan PM dahulu, berapa ramai kroninya yang telah dijadikannya jutawan. Betapa jahatnya Anwar kepada mahasiswa universiti yang pro-pembangkang sehinggakan tiada kebebasan langsung untuk mahasiswa.

Semua pemimpin PAS dan DAP tahu akan hal ini tetapi sengaja menutup mata disebabkan kepentingan politk. Masing-masing mahu berkuasa dan sanggup melupakan keburukan satu sama lain. Tetapi pihak lain yang tidak begitu nampak keburukannya, kenapa kita buruk-burkkan dengan begitu lantang walaupun tanpa bukti kukuh?

Dalam pada pemimpin PAS mengatakan PAS semakin popular kerana kemenangan PAS di Kelantan dan Kedah serta kekuatan Pakatan Rakyat,mereka sebenarnya tidaklah begitu hebat. PAS dapat menguasai Kelantan dan Kedah kerana sebahagian besar calon DUN adalah daripada PAS. Sedangkan untuk berkuasa menubuhkan kerajaan pusat adalah dengan kelebihan bilangan ahli Parlimen.

DAP pula dilihat begitu berkuasa dan sering bersuara lantang. Sejak Pakatan Rakyat berkuasa di beberapa negeri, DAP semakin angkuh. Malah keangkuhan DAP ditambah pula dengan keputusan Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat meluluskan projek penternakan babi bernilai RM100juta.

Sewaktu Sultan Perak memilih wakil PAS untuk menjadi MB Perak, pihak DAP begitu lantang mempersoalkan tindakan tersebut dan mahu memulaukan perlantikan MB. Namun mungkin akhirnya mereka sedar bahawa mereka terpaksa menerima perlantikan tersebut walaupun penguasaan DUN mereka lebih banyak manakala PAS paling sikit. Tentulah disebabkan SUltan Perak memerlukan Melayu sebagai MB.

Walaupun parti komponen lain Pakatan Rakyat yang memerintah di sesebuah negeri, DAP dilihat begitu dominan. PKR pula mengambil bahagian yang untung untuk mereka libatkan diri manakala PAS bagai menjadi pak turut dan mengiakan segala perbuatan DAP dan PKR dengan alasan-alasan tertentu.

Tidak dapat dibayangkan pula jika Pakatan Rakyat yang membentuk kerajaan baru. Dengan kerusi Parlimen paling sedikit maka PAS masih menjadi budak suruhan yang boleh diibaratkan menang sorak tetapi maruah Islam dan Melayu tergadai kerana sejak kebelakangan ini PAS bagaikan lupa pada matlamat asal perjuangannya dan mengikut telunjuk nafsu untuk berkuasa.

Kebijaksanaan Anwar memanipulasikan keadaan dan emosi rakyat untuk mendapatkan kuasa memang tidak dapat dinafikan. Keupayaan Anwar untuk membeli ahli-ahli Parlimen Sabah memang tidak dapat dinafikan kerana kemampuan kewangan ANwar yang mendapat tajaan 'luar' serta kroni-kroni yang kaya-raya.

Apa yang saya risaukan adalah pembentukan kerajaan dan pemerintahan yang ditunjangi rasuah dan kepentingan peribadi akan wujud dan ini akan memberi kesan teramat buruk kepada rakyat. Apa lagi yang boleh dijangkakan dari tindakan membeli ahli Parlimen dan memburukkan negara sendiri di negara luar?

Read more...

Selasa, April 08, 2008

Kerajaan Selangor Ternak Babi


Tiba-tiba kecoh dengan berita kelulusan projek ternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang. Kerajaan Negeri Selangor bermurah hati membuat kebajikan kepada rakyat Selangor dengan menghadiahkan ladang ternakan babi!

Dulu katanya nak berikan air percuma 20 meter padu setiap bulan bermula April 2008. Tapi tiba-tiba ditangguhkan ke bulan Jun 2008. Rakyat terpaksa bersabar sehingga bulan Jun untuk main air puas-puas. Tapi kini rakyat diberi hadiah istimewa yang bertempat di Sepang.

Dengan bangganya Teresa Kok dari DAP mengumumkan 'berita baik' untuk rakyat Selangor tersebut. Mungkin beliau bangga kerana itulah kebajikan pertama yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Tapi kadangkala saya terfikir, siapakah yang menaja kempen Pakatan Rakyat dalam PRU-12 di Selangor? Mungkin tokey babi agaknya...

Projek ternakan babi itu bukanlah kebajikan namanya. Ia cuma menguntungkan atau diguna oleh pihak-pihak tertentu sahaja. Jika semua pihak mendapat manfaat, itulah kebajikan. Tapi rasanya kerajaan negeri dapat manfaat dari projek tu sama ada berbentuk cukai atau 'duit poket'.

Projek ini turut disokong oleh Exco PAS Selangor iaitu Dr. Halimah Ali (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri), Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri) dan Iskandar Abdul Samad(Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan).

Tidak diketahui tujuan sokongan mereka ini. Adakah kerana mahu mendapatkan kepercayaan dan sokongan daripada pengundi Cina atau adakah disebabkan terpaksa mengikut suara ramai dalam Exco Selangor. Mungkin itulah harga yang perlu dibayar untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR. Terpaksa menerima sesuatu yang bertentangan dengan prinsip parti dan Islam.


Adakah disebabkan Selangor maju disebabkan ramai peniaga Cina maka kaum Cina lebih diberi perhatian? Kaum Melayu tidak perlu dipedulikan kerana mereka cuma tahu meminta sahaja? Undi Melayu hanya diperlukan untuk menang pilihanraya sahaja. Lagipun orang Melayu hanya tahu bersorak dan tidak kisah jika kampungnya tergadai.

Selama ini kita tengok orang Melayu yang paling ramai memberontak dan anti kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana korup dan tidak prihatin kepada nasib rakyat. Tapi bila kerajaan yang mereka pilih memijak kepala mereka sendiri, mereka hanya mendiamkan diri. Sudah tersemat dalam diri orang Melayu akan sikap buruk yang mana 'Orang Lain Tak Boleh Buat, Kita Buat tak Apa'. Begitukah?

Selangor sudah mula menjadi negeri berkebajikan dengan memulakan penternakan babi besar-besaran!

Read more...

Isnin, April 07, 2008

Anwar Ibrahim Big Boss Pakatan Rakyat?

Entah apa nak jadi kepada PAS bila sanggup tunduk kepada Anwar Ibrahim sahabat Yahudi tu. Kalau sekadar untuk menumpang kebolehan Anwar yang handal memfitnah, menipu dan samseng tu, tak ada gunanya. Sebenarnya PAS lebih diyakini kerana dasarnya menjurus ke arah kebaikan dan kesempurnaan ummah.

Namun saya kesal bila melihat Presiden PAS seperti tunduk kepada Anwar. Mungkin Tuan Guru Haji Haji menjadikan Anwar sebagai idola sanjungannya sehingga tidak mapu berfikir dengan betul. Begitu juga ramai pemimpin PAS yang mula lembik dan tunduk kepada Anwar, PKR dan DAP. Apa yang kita lihat kini Anwar yang paling kuat dan berkuasa dalam Pakatan Rakyat.

Cita-cita Anwar adalah untuk berkuasa di Malaysia. Namun dia sedar bahawa PKR tidak begitu kuat untuk membawanya menggapai impiannya. Oleh itu Anwar menggabungkan parti pembangkang untuk membentuk kuasa baru di Malaysia. Kemudian membuat huru-hara, fitnah dan penipuan besa kepada rakyat agar membenci kerajaan. Hasilnya pakatan pembangkang berjaya menawan banyak kerusi DUN dan Parlimen.

Anwar bijak memanipulasi keadaan dan menipu para pemimpin PAS dan DAP. PAS dan DAP terlalu memandang kepada kerusi DUN dan mahu bertanding di situ. Anwar rela hati melepaskannya dan meminta agar PKR mendapat peluang untuk kerusi Parlimen. Ya, banyak kerusi Parlimen yang akhirnya diberikan kepada PKR.

Kalaulah Pakatan Rakyat yang menguasai parlimen selepas PRU-12 baru-baru ini, siapakah yang akan jadi PM? Tentulah dari PKR. Sedangkan PAS banyak memegang kerusi malah menguasai 2 buah negeri tetapi tidak mampu menandingi jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi oleh PKR. Maka PKR yang akhirnya menjadi ketua pembangkang. Lim Kit Siang dan Haji Hadi cuma menurut sahaja.

Anwar mungkin boleh jadi ketua kepada Pakatan Rakyat tetapi Anwar tidak mampu membuat keputusan ekonomi. Lihatlah semasa dia jadi Menteri Kewangan dulu. Mujurlah ekonomi kita sempat diselamatkan oleh PM pada masa itu. Jika nak diharapkan pada Anwar tentulah yuran universiti naik berlipat ganda, kadar faedah bank pun melambung tinggi dan ekonomi kita dikuasai oleh sahabat baik anwar iaitu Amerika.

Sebenarnya PAS boleh lebih berkuasa kerana rakyat lebih yakin kepada PAS. Namun malangnya kerana pemimpin PAS pula yang tunduk kepada orang lain. Mengapa kita tidak berdiri sendiri? Jika nak jadi pemimpin, bukan Anwar yang tentukan tetapi diri kita sendiri dengan sokongan rakyat.

Saya amat berharap agar PAS menjadi lebih kuat dari sekarang tanpa diacu atau dikawal oleh orang lain yang bukan dari golongan kita sendiri. Kita adalah Parti Islam Se-Malaysia. Islam adalah teras kita maka tak perlulah kita ikut perancangan kapitalis.

Kita bina Negara Islam, ekonomi Islam, cara hidup Islam, undang-undang Islam, dan semuanya Islam!

Read more...

CUEPACS Samseng Ugut Kerajaan

Saya terkejut ketika baca akhbar berkenaan kenyataan Presiden CUEPACS , Omar Osman untuk memboikot sambutan Hari Pekerja pada Mei depan. Boleh pula diugutnya kerajaan untuk memenuhi permintaan CUEPACS yang tamak haloba ni.

5 tuntutan CUEPACS ialah :

  1. bayaran honorarium tahun 2007 sebanyak RM2,000 kepada 1.2 juta kakitangan
  2. kadar pencen mengikut perkhidmatan sebenar
  3. pelanjutan umur persaraan daripada 55 tahun kepada 60 tahun
  4. pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
  5. elaun kritikal & Imbuhan Tetap Perumahan (ITP).
Saya terfikir sama ada Presiden CUEPACS ni dan expired dan dah tak sepatutnya berkhidmat dalam kerajaan. Kenyataannya umpama 'anjing menggigit tuan'. Apa dah bagus sangatkah perkhidmatan kakitangan kerajaan hinggakan mereka perlu diberi sebegitu banyak ganjaran? Bukankah kakitangan sudah mendapat kenaikan gaji sekurang-kurangnya 25%? Kalau kerajaan beri bonus RM2,000.00 ni, adakah lagi wang yang akan dimintanya?

Kenapa tak berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan dan penyampaian dalam perkhidmatan kerajaan agar pengguna seperti kami ni tak teraniaya? Sudahlah banyak karenah birokrasi, kerja pun malas. Datang awal ke pejabat cuma untuk rakam kad kedatangan sahaja. Kemudian melepak di kedai kopi sampai ke tengahari. Bila ada orang awam mengajukan pertanyaan atau masalah, dimarah dan disindirnya sesuka hati. Begitulah pandangan orang awam terhadap perkhidmatan kakitangan kerajaan. Terlalu banyak pandangan buruk dan terlalu sedikit yang baik.

Apa lagi dengan kes rasuah yang berleluasa dan penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan sendiri. Kes begini pun CUEPACS tak boleh tolong selesaikan. Semuanya nak harap kerajaan yang buat. Tapi nak minta bonus tinggi pula. Entah apa sumbangan mereka pada kerajaan.

Presiden CUEPACS turut minta had umur persaraan dinaikkan dari 56 tahun kepada 60 tahun. Dah mabuk sangatkah hinggakan minta benda sebegitu? Nak kerja sampai bila? Selagi boleh pegang pen? Selagi bernyawa? Cerminlah diri. Gaji besar pun tapi perkhidmatan lembab. Mungkin dah berpangkat besar sebab tu jadi pemalas. Semua kerja yang sepatutnya dibuat tapi disuruhnya orang pangkat rendah yang buat. Kalau rasa malas nak buat kerja, berhenti sajalah.

Tak terfikirkah si Presiden CUEPACS yang berjawatan besar dan bergaji tinggi ni berkenaan terlalu ramainya orang muda kita yang dah tamat pengajian universiti tapi menganggur merempat kerana tidak dapat kerja? Ke mana anda nak buang mereka ni semua? Kalau anak-anak si Presiden CUEPACS tentulah dapat kerja kerajaan dengan gaji besar sebab bapanya berkuasa, jadi kabel besar. Bagaimana dengan anak-anak orang kampung yang lebih rajin dan berkeupayaan? Tak boleh kerja kerajaan sebab tak ada kabel?

Renungkanlah nasib para pekerja swasta yang bergaji kecil dan terhimpit dalam kehidupan yang semua barang dan perkhidmatan semakin mahal. Mereka tidak bernasib baik seperti kakitangan kerajaan. Semasa kakitangan kerajaan dapat kenaikan gaji, para pekerja swasta cuma menahan sebak memikirkan kehidupan yang menghimpit. Apa lagi jika pekerja tahap rendah yang para kakitangan kerajaan pandang sebagai kelas ketiga seperti pengawal keselamatan, tukang cuci, tukang kebun, pekerja kilang. dan sebagainya.

Apakah langsung tiada kesyukuran dalam diri mereka sehinggakan sanggup mengugut kerajaan yang memberikan mereka kerja dan membayar gaji mereka? Lihatlah dulu produktiviti anda jika mahu ganjaran yang besar. Atau adakah dia mahu menjadi hero yang kononnya banyak berjasa?

Kepada Presiden CUEPACS, rasanya lebih baik anda berhenti dari perkhidmatan kerajaan kerana sikap anda tidak mencerminkan piagam kerajaan. Anda cuma mahu menjadi hero atau mungkin sebenarnya anda cuma fikirkan saguhati tersebut untuk diri anda tapi mempergunakan nama semua kakitangan kerajaan untuk mengaburi pendangan orang lain.

Berilah peluang kepada orang muda yang berkelulusan untuk mengambilalih perkhidmatan kerajaan supaya lebih cekap dan mesra.

Pandangan ini bukanlah mengatakan semua kakitangan kerajaan yang teruk dan menyusahkan. Tetapi golongan inilah yang memburukkan semua kakitangan kerajaan. Maka kita perlu ambil tindakan untuk kekalkan semua kakitangan yang bagus. Buang yang teruk dan gantikan dengan yang muda dan berkualiti.

Berilah peluang kerja kepada lepasan universiti! Jangan biarkan mereka menganggur!

Read more...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Followers

Parti Islam Se-Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia

Islam Teras Perjuangan

Islam Teras Perjuangan

  ©Template by Dicas Blogger.