"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam." [Surah an Nisaa’: 140]

Ahad, Januari 18, 2009

Hj Hadi Mahu Pak Lah Kekal PM

Kemenangan calon PAS sememangnya dijangka terutamanya melihatkan keyakinan terhadap calon PAS (atau kepatuhan membuta-tuli kepada PR?). Dengan majoriti yang besar, boleh dilihat berlakunya turn-over yang besar dari sokongan dari BN kepada PAS.

Namun saya tertarik dengan laporan akhbar hari ini di Mstar Online di mana Tuan Guru Haji Hadi menyuarakan keinginannya agar Pak Lah kekal sebagai PM selepas Mac ini.

Persoalannya, adakah Haji Hadi ikhlas dalam menyuarakan hal ini atau adakah ini sebagai satu sindiran atas kemenangan PAS di P36? Jika sebelum ini PAS menurut ekor PKR dan DAP untuk memperlekehkan Pak Lah serta memburukkan imej dan kreadibiliti Pak Lah, tiba-tiba nada suara Haji Hadi berubah?

Ikhlaskan Haji Hadi apabila mengatakan Pak Lah berjaya melakukan perubahan dan pembaharuan dalam aspek-aspek kehakiman dan rasuah? Mengapa sebelum ini isu Linggam yang melibatkan Tun Mahathir, Pak Lah juga yang dipersalahkan? Harga minyak naik akibat masalah ekonomi dunia, Pak Lah yang salah. Peniaga naikkan harga barang untuk kaut untung berlebihan, Pak Lah yang salah. Tapi bila harga minyak dan barang turun, tak pula berterima kasih kepada Pak Lah.

Seharusnya kita semua sedar bahawa Pak Lah telah banyak membawa pembaharuan dan perubahan positif sejak beliau menjadi PM kita. Pentadbiran kerajaan semakin telus malah banyak kes rasuah yang melibatkan pegawai tinggi kerajaan berjaya diambil tindakan. Banyak lagi yang diperolehi hinggakan PR sendiri pun boleh lebih selesa berbanding di bawah pemerintahan Tun Mahathir.

Pastinya Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan kenyataan Haji Hadi kerana dia teringin benar menjadi PM. Jika Pak Lah kekal, susahlah beliau nak rebut kuasa. DAP pun pasti tak bersetuju kerana tidak mahu orang sebaik Pak Lah menerajui BN dan kerajaan. Jika PKR dan DAP bersuara nanti, adakah Haji Hadi akan mengubah semula kata-katanya?


MStar Online - Ahad Januari 18, 2009
Hadi mahu Abdullah kekal PM selepas Mac

Oleh G. MANIMARAN

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus kekal sebagai Perdana Menteri selepas Mac ini.

Kata beliau, Abdullah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) perlu kekal untuk meneruskan pembaharuan-pembaharuan dalam aspek-aspek lain selain kehakiman dan rasuah.

"Saya meminta Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus kekal sebagai Perdana Menteri dan meneruskan reformasi yang diperlukan seperti dalam bidang pilihan raya dan beberapa bidang lain," kata beliau.

Abdul Hadi berkata, Pakatan Rakyat akan memberikan kerjasama penuh kepada Perdana Menteri untuk melakukan reformasi baru tersebut.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kemenangan calon PAS dan Pakatan Rakyat, Mohd Abdul Wahid Endut dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, malam tadi.

Abdullah dijadual menyerahkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno pada akhir Mac ini.

Beliau akan digantikan dengan timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Antara perubahan yang dilakukan Abdullah adalah penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman baru-baru ini.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, pihaknya juga gembira kerana terdapat sedikit perubahan dalam sistem perjalanan pilihan raya pada kali ini.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), beliau berkata, pihaknya mahu Perdana Menteri terus kekal bagi meneruskan lagi perubahan dalam sistem tersebut.

Ketika ditanya sama ada beliau yakin dengan sistem pilihan raya di negara ini berikutan kemenangan PAS hari ini, Abdul Hadi berkata, masih ada banyak ruang yang perlu diperbaiki dalam sistem tersebut termasuk sistem pengundian secara pos.

4 comments:

GOMO 18 Januari 2009 7:06 PTG  

SESIAPA DALAM PAKATAN BELA BABI INGINKAN PAK LAH KEKAL!!!
JIKA PAK LAH KEKAL MAKA MEREKA AKAN MENGUASAI SELURUH KERUSI DUN DAN PARLIEN AKAN DATANG!!!

MASA ITU LAH DAPAT KITA LIHAT MEMBANGUN BERSAMA-SAMA DENGAN BABI!!!

PasMuda 18 Januari 2009 7:23 PTG  

Pak Lah mmg bagus tp beliau terdedah kpd tohmahan liar dr kawan & lawan. Malangnya tiada siapa yg mahu mempertahankan beliau.

Jika Pak Lah tak lg jd PM, nampaknya Mukhriz lbh layak menggantikan beliau sbb Mukhriz lbh berani.

Knp kebanyakan projek @ kebajikan PR hanya menguntungkan bangsa Cina? DAP mmg berkuasa...

zedmagel 19 Januari 2009 9:52 PG  

Aku benar-benar terkesan dengan janji-janji yang ditaburkan oleh seorang YB Perak nak bagi lebih banyak kerus DAP kepada kaum Melayu. Janganlah ada orang Melayu perak yang cepat melatah dan percaya. Yang aku tengok baru-baru ni, satu cawangan DAP Melayu telah ditubuhkan di negeri itu.

Takkan lah pemimpin tertinggi DAP perak begitu tolol untuk menyediakan kerusi DAP untuk Melayu. Itu semua gula-gula untuk murid tadika DAP di Darul Ridzuan je. Tapi jika tadika Darul Takqzim. Maaf le yeop - DAP tetap DAP takan jadi BN - DAP. Memanag kena akal punya......

pemuda RB 27 Januari 2009 8:20 PTG  

Undur Pak Lah.. Undur KJ... Hidup Datuk Mukhriz

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Followers

Parti Islam Se-Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia

Islam Teras Perjuangan

Islam Teras Perjuangan

  ©Template by Dicas Blogger.