"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam." [Surah an Nisaa’: 140]

Ahad, Mac 30, 2008

Isu MB Terengganu

Sudah beberapa lama saya tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini. Terlalu banyak kerja yang perlu dibuat dan diselesaikan. Kadangkala nak mengadap komputer untuk blog pun rasanya macam tak ada masa. Namun saya tetap mengikuti perkembangan isu semasa terutamanya dalam negara melalui akhbar dan televisyen

Isu yang amat menarik adalah isu perlantikan MB Terengganu di mana MPPR telah memilih Datuk Ahmad Said sebagai MB yang baru menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh. Kekecohan timbul apabila 22 ADUN Terengganu tidak menyokong perlantikan tersebut dan sepakat menyokong Datuk Seri Idris serta mahu memulaukan majlis angkat sumpah MB.

Maka bisinglah rakyat jelata terutama di kalangan bukan UMNO dan bukan BN yang mengatakan tindakan itu sebagai menderhaka kepada sultan. Malah orang dalam UMNO sendiri pun menggesa agar semua ADUN tersebut segera menjernihkan keadaan dengan menerima perlantikan Datuk Ahmad Said dan berdamai. Akhirnya drama tersebut berakhir dengan penamat yang baik (happy ending).

Yang dikesalkan di sini adalah tindakan para ADUN yang mempertikaikan pemilihan oleh sultan dan bertindak mahu memboikot majlis angkat sumpah. Pada masa itu para ADUN Terengganu dijadikan bahan jenaka dan umpatan terutama oleh pihak parti lawan. Jika bukan menjadi bahan jenaka dan umpatan sekalipun, tindakan mereka menunjukkan sikap tidak matangnya orang Melayu dalam berpolitik terutamanya dalam pihak yang memerintah.

Apakah motivasi sebenar dalam diri orang politik ini? Adakah bermotivasikan kuasa dan wang? Atau kepentingan peribadi? Malang sekali bila para pemimpin ini bercakaran disebabkan kuasa dan kepentingan tertentu.

Paling malang saya rasakan bila Tuan Guru Hj Hadi menyatakan sokongan atas pemilihan Datuk Ahmad Said dengan alasan ia adalah pilihan sultan, maka wajar ditaati.

Apabila Masjid Desa Makmur, Kg Bujal, Kijal dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan dengan alasan penempatan RTB tersebut adalah tidak sah, maka begitu ramainya penyokong PAS yang menyalahkan Kerajaan Negeri Terengganu terutamanya Datuk Ahmad Said sendir yang ketika itu memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri.

Datuk Ahmad Said mengatakan bahawa :

"tidak ada pembinaan masjid dalam kawasan itu kerana tiada permohonan dari mana-mana pihak untuk pembinaan masjid dan mengikut Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu 1420H bersamaan 2001M yang diluluskan pada 2001 oleh kerajaan Pas ketika itu menyatakan bahawa mana-mana orang yang melanggar peruntukan Seksyen (1) telah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali dengan membina masjid tanpa kebenaran.

Berasaskan anekmen yang ada, bangunan yang dirobohkan itu bukanlah masjid tetapi markas Pas kerana tidak ada permohonan rasmi untuk membina masjid di kawasan berkenaan sebagaimana yang diperuntukan dalam Enakmen yang diluluskan oleh kerajaan Pas ketika itu."

Kita menggelar Datuk Ahmad Said sebagai samseng yang meruntuhkan Masjid Bujal tetapi bila UMNO Terengganu sedang bergolak, kita menyokongnya pula yang mungkin sebenarnya sengaja menangguk di air keruh. Sedangkan kita membencinya kerana meruntuhkan Masjid Bujal tetapi sekarang menyokongnya kerana krisisnya dengan Datuk Seri Idris?

Sebenarnya walau siapapun yang menjadi MB Terengganu, PAS Terengganu tetap tidak berkuasa dan tidak mendapat apa-apa hasil pun. Adakah kerana kita telah banyak melakukan kesilapan sewaktu diberi peluang memerintah? Apakah kita sudahpun tarbiah dan muhasabah diri kita sendiri? Renung-renungkanlah kesilapan kita sendiri.

Tsunami pilihanraya telahpun melanda Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor sehinggakan negeri tersebut jatuh ke tangan pakatan BA. Pas Kelantan kembali menguasai sebahagian besar DUN Kelantan. Alhamdulillah. Tapi Pas Terengganu gagal mengambil kesempatan dari tsunami tersebut. Maka fikirkanlah...

Read more...

Selasa, Mac 25, 2008

Isu Rumah PPR Di Selangor

Kehadiran pekerja asing di Malaysia semakin kronik dengan sebahagian besar dari mereka membanjiri sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Suasana yang tidak disenangi ini dapat dilihat sewaktu cuti hujung minggu atau cuti umum di mana pendatang asing ini keluar melepak dan memenuhi tempat-tempat tumpuan utama seperti Pasar Seni, kompleks membeli-belah, taman-taman dan sebagainya.

Kadangkala pertemuan mereka menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat Malaysia apabila pendatang asing ini berkumpul beramai-ramai dan melakukan sesuatu yang mengganggu ketenteraman seperti membuat bising dan mengganggu wanita tempatan. Malah yang lebih buruk apabila ada antara mereka melakukan rompak dan samun.

Ada beberapa kawasan perumahan yang ramai dihuni oleh pendatang asing yang berasal dari Indonesia, Bangladesh, Vietnam malah dari Afrika yang memang terkenal dengan kejahatan mereka. Banyak aduan yang telah dibuat tetapi tindakan dan jalan penyelesaiannya belum kelihatan.

Kini timbul pula isu penempatan warga asing di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Selangor. Sebilangan PPR tersebut ada yang lebih 50% diduduki oleh warga asing. Kita sendir tahu sikap warga asing yang membawa perangai buruk mereka dari negara asal yang suka berkumpul beramai-ramai dan membuat bising sesuka-hati. Orang tempatan pula yang kerisauan melihatkan betapa ramainya mereka berkumpul, sementelah lagi jika terpaksa pergi ke sesuatu tempat dengan berjalan kaki melalui kumpulan-kumpulan warga sing tersebut.

Kerajaan Negeri Selangor haruslah segera menyiasat sama ada warga asing ini menyewa atau membeli rumah PPR tersebut. Seharusnya rumah PPR hanya dimiliki oleh warganegara Malaysia yang masih terlalu ramai yang berpendapatan rendah di negeri kaya tersebut. Semasa saya tinggal dan bekerja di Selangor dulu, terlalu ramai rakyat Malaysia yang sebenarnya tidak mampu menyewa rumah yang melebihi RM500.00 sebulan tetapi terpaksa juga menyewa rumah mahal tersebut disebabkan tidak mahu terhimpit oleh warga asing yang begitu ramai. Malah begitu sukar untuk memohon menyewa rumah DBKL yang terhad atau mencari rumah PPR yang kurang warga asing.

Adakah rumah PPR ini dimiliki oleh warga Malaysia tetapi disewakan kepada warga asing? Atau adakah rumah PPR ini memang telah disewa atau dijual kepada warga asing secara terus oleh kerajaan negeri?

Soalan seperti inilah yang perlu diperjelaskan kepada rakyat. Ini kerana matlamat asal rumah PPR adalah untuk rakyat berpendapatan kurang RM1,000.00 sebulan, orang kurang upaya (OKU) dan pekerja kilang yang berkeluarga.

Jika rumah ini dimiliki oleh warga Malaysia tetapi disewakan kepada warga asing, adakah pemilik tersebut sebenarnya memiliki rumah lain tetapi membeli rumah PPR untuk dijadikan rumah sewa? Jika begitu keadaannya, memang sukar untuk kita menanganinya. Golongan berpendapatan rendah memang diberi keutamaan membelinya tetapi kita tidak mengkaji niat mereka sama ada mahu mendiami sendiri atau menyewakan rumah tersebut.

Jika kita dapat membeli rumah tersebut tetapi tidak berhajat untuk mendiaminya, sudah tentulah kita boleh menyewakannya kepada sesiapa yang mahu. Bukan sukar sangat kerana begitu ramai yang mahu mencari rumah sewa di sekitar KL dan Selangor.

Katakanlah bayaran ansuran atau sea-beli yang kita perlu bayar adalah RM400 sebulan. Kita boleh sewakan kepada orang lain dengan kadar RM550 sebulan. Ini bermakna kita masih boleh untung RM150. Jika kita mampu, belilah beberapa buah rumah lagi dan kita boleh mendapat untung yang banyak.

Tetapi jika rumah PPR ini disewakan kepada warga asing ini oleh kerajaan negeri, maka segeralah tamatkan penyewaan tersebut. Kosongkan rumah serta perbaiki apa-apa yang patut dan segera tawarkan kepada warga tempatan yang berpendapatan rendah seperti pekrja kilang, pengawal keselamatan, dan sebagainya.

Jika rumah itu dijual, apa yang perlu kita buat? Kerajaan Negeri Selangor yang baru mesti bertindak segera dan tegas agar kebajikan, kepentingan dan keselamatan rakyat terbela. Janganlah nanti memberi berbagai-bagai alasan semata-mata kerana malas bertindak. Rakyat yang telah memilih kerajaan negeri yang baru tentulah mahukan perubahan seperti yang dijanjikan.

Maka wajarlah Kerajaan Selangor segera mengatasi masalah ini dan mengotakan janji kepada rakyat untuk memberi kebajikan dan menjamin keselamatan. Masih ramai yang mengharapkan pembelaan.

Read more...

Isnin, Mac 24, 2008

Wan Azizah Jadi Ketua Pembangkang?

Begitulah yang tertera dalam Utusan Malaysia Online. Aku memang dah jangka berita ni. Sementara Anwar belum boleh bertanding, bini dia akan jadi proksi buat sementara waktu. Padahal bini dia bukan boleh buat apa-apa pun. Di Permatang Pauh pun dia tak sumbangkan apa-apa. Cuma duduk diam je. Tapi ramai yang suka dengan sumbangan ‘tak ada apa-apa’ tu sehinggakan dia kekal memegang kerusi Parlimen Permatang pauh.

Cuma yang kita belum pasti sama ada Anwar akan pilih Permatang pauh atau Pantai Dalam. Memanglah orang menjangkakan Anwar nak ambil Permatang Pauh tapi aku was-was berkenaan hal tu. Pantai Dalam terletak dalam kawasan yang maju dan pesat membangun. Di kelilingi bandar-bandar besar dan pusat tumpuan ramai. Banyak peluang yang boleh didapati di sini. Peluang nak kaya cepat pun boleh.

Permatang Pauh bukanlah terkenal sangat. Orang Pulau Pinang tentulah tahu. Selain itu orang yang berkait dengan politik tentu tahu ianya tempat Anwar dan Wan Azizah. Orang kampung aku di sini pun tak ramai yang kenal dengan Permatang Pauh. Dengan sebutan ‘pauh’ yang sama dengan sebutan orang di sini, maka mereka menjangkakan Permatang Pauh adalah salah satu tempat di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Cukuplah hal Permatang Pauh. Tak penting sangat pun...

Berbalik kepada Anwar, keadaan politik yang memberi banyak kerusi parlimen kepada PKR amatlah menguntungkannya. Tentulah Anwar tak sabar-sabar nak masuk perlimen menjadi taiko Barisan Alternatif. Nampaknya impian Anwar untuk menjadi perdana menteri Malaysia hampir menjadi kenyataan. Biarlah DAP dan PAS menguasai negeri tetapi PKR mahu banyak kerusi parlimen supaya orang PKR (tentulah Anwar...) boleh jadi PM...

Percaturan politik Anwar memang menjadi. Dia kecoh-kecohkan isu kenaikan harga barang. DAP pun ambil peluang. Malangnya PAS pun tumpang sekaki. Tak apalah, aku boleh tahan sabar lagi. Aku pun memang tak suka barang naik harga tapi begitulah situasi ekonomi. Kalau bukan sekarang, esok-lusa tetap naik harga.

Anwar mainkan pulak sensitiviti kaum. Orang boleh agak penglibatan Anwar dalam Hindraf bila dia pun muncul semasa para pemimpin Hindraf ditahan polis. Anwar jadi ‘tok jogho’ lagi. Hindraf yang tak suka Melayu tu pun boleh suka pada Anwar. Anwar boleh tukar kulit agaknya.

Kemudian Anwar buruk-burukkan Malaysia di luar negara. Macam-macam cerita yang dibuatnya. Fitnah sana-sini. Pemimpin BN tak langsung mempertahankan diri tetapi cuma mengeluarkan cerita buruk tentang Anwar yang sebenarnya ramai orang dah tahu.

Banyak poster yang memprovokasikan perkauman, memburukkan pemimpin BN dan macam-macam poster yang langsung tak tercatit nama penerbit atau pencetaknya. Tapi orang boleh agak ianya daripada PKR. Anwar yang ajar macam tu...

Aku memang tak suka Anwar. Aku tak percayakan Anwar. Dia bijak berhujah. Dia bijak berpidato. Macam-macam lagi yang dia pandai tapi kebanyakkannya bijak buat benda tak elok. Aku tak rasa Anwar ikhlas nak menyatukan PKR, PAS dan DAP. Setiap apa yang dilakukannya aku lihat lebih menguntungkan dia. PAS dan DAP jadi pak turut yang mengikut sebab nak jatuhkan kerajaan BN.

Anwar nak jadikan Malaysia sebagai Negara Kebajikan? Bagi orang yang tahu ekonomi, manifesto negara kebajikan tu memang longgar dan banyak yang tak logik bila diukur dengan ekonomi Malaysia.

Teringat masa Anwar jadi TPM merangkap Menteri Kewangan. Dialah yang nak mansuhkan subsidi yuran universiti. Sebab itulah penuntut Universiti Malaya buat piket. Barang-barang pun nak dinaikkan harga sebab peruntukan subsidi nak disalurkannya kepada perkara lain yang menguntungkan kroni dan keluarganya. Bapak dia pun kaya sebab dialah. Bila jadi TPM, semua kroni dia jadi kaya-raya. Tapi itu dulu-dulu masa Anwar berkawan dengan Melayu. Sekarang Anwar berkawan dengan bukan Melayu. Penasihatnya pun bukan Melayu. Kalu amalkan DEB nanti kroni dia tak dapat nak tumpang kaya.

Bila Malaysia tengah gawat, Anwar hubungi kawan dia di Amerika tu untuk dapatkan duit IMF. Maklumlah Anwar ni barua Amerika, kat situ je dia nak minta tolong. Mujurlah Tun Mahathir sempat bertindak memecat Anwar dan perkenalkan dasar baru yang akhirnya berjaya memperkasakan ekonomi Malaysia di zaman gawat tu.

Aku berharap agar PAS berjuang membangunkan ummah dan memartabatkan Islam di Malaysia ni. PKR memang aku tak harap sangat dalam hal ummah dan pembangunan Islam ni. Bilalah agaknya PAS nak jadi lebih kuat dari PKR. Biar PAS yang jadi ketua pembangkang dalam parlimen supaya kebajikan Islam terjaga. Anwar nak perjuangkan keluarga dan kroni je tu...

Hidup PAS! Membangun Bersama Islam

Read more...

UMNO : Masih Relevenkah Parti Melayu?

Kita dikejutkan dengan kekalahan teruk di pihak Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya Umum ke-12 baru-baru ini dengan hanya 140 kerusi parlimen berbanding 222 kerusi yang dipertandingkan. Barisan Alternatif (BA) pula berjaya mendapat 82 kerusi parlimen. Ini bermakna BN hanya dapat menguasai 63% kerusi parlimen.

Walaupun BN masih dapat menguasai pemerintahan negara namun semakin goyah dengan kejatuhan 3 negeri iaitu Pulau Pinang, Perak dan Kedah ke tangan parti pembangkang. Selain itu kegagalan menawan Kelantan dengan kehilangan banyak kerusi DUN berbanding pilihanraya lalu membuatkan BN semakin tertekan.

Dengan pakatan pembangkang atau dikenali sebagai BA, masih bergembira dan merayakan kejayaan besar dalam pilihanraya kali ini, BN pula bergolak dengan pelbagai masalah dalaman. MIC, MCA dan Gerakan kehilangan banyak kerusi dengan para pemimpin utama tertewas di gelanggang sendiri. UMNO pula yang sepatutnya mengetuai BN mengalami pergolakan yang amat besar dari segi kepimpinan dan perpaduan dalaman.

Sejak tamat pilihanraya hingga ke saat ini, kita masih mendengar berbagai cerita dalam UMNO dari peringkat pusat ataupun negeri. Ada yang menyalahkan antara satu sama lain akibat tewas di tangan pembangkang. Berlaku perpecahan di peringkat negeri untuk memilih menteri besar. Dan ada juga bertelagah sesama sendiri akibat tidak dipilih sebagai calon pilihanraya.

Banyak faktor yang menyebabkan BN dan UMNO mengalami kejatuhan yang begitu mendadak. Salah satunya mungkin disebabkan para pemimpin dan calon BN merasa begitu selesa dengan kedudukan mereka selama ini. Sudah banyak yang mereka perolehi sepanjang tugas mereka dalam kerajaan negeri atau kerajaan pusat. Malah kedudukan mereka dalam parti juga begitu selesa dan senag-lenang walaupun tidak mendapat jawatan utama. Ini menyebabkan mereka lupa diri dan lupa tanggungjawab mereka kepada rakyat.

Para pemimpin UMNO begitu hebat bercakap dan berhujah tetapi gagal dalan menjalankan tugas kepada rakyat. Mereka mudah ditemui semasa pilihanraya hampir tiba tetapi sukar apabila habis pilihanraya. Sewaktu mereka berkuasa, rakyat dapat melihat mereka semakin kaya. Rumah semakin besar, kereta mewah semakin banyak, malah kawan-kawan dari kalangan peniaga besar pun semakin ramai. Banyak juga penyalahgunaan kuasa yang berlaku dan pembaziran dalam dana kerajaan.

Bila terjadi masalah kenaikan harga barang, mereka hanya meminta rakyat bersabar dengan alasan kenaikan harga barang tersebut adalah lumrah dan perlu dihadapi. Rakyat sememangnya faham tentang masalah tersebut tetapi mampukah rakyat mengeluarkan perbelanjaan yang lebih? Pihak wakil rakyat tentulah tidak begitu ‘sakit’ dengan kenaikan harga tersebut kerana pendapatan mereka begitu lumayan. Mengapa mereka tidak berusaha untuk mengawal kenaikan harga tersebut dengan membentuk dasar-dasar dan perundangan baru?

Kerana itulah rakyat menunjukkan kuasa undi mereka dalam PRU-12. Mereka bukanlah menolak kerajaan BN tetapi sekadar memprotes dan menyampaikan sedikit teguran. Bukan sedikit yang sedih dan menangis bila melihat BN hampir tewas kepada pakatan pembangkang sedangkan mereka sendiri yang mengundi pembangkang. Ramai juga penyokong pembangkang yang terkilan dengan kekalahan BN sehinggakan parti bukan Melayu mendapat kuasa besar. Rakyat masih sayangkan UMNO dan BN tetapi UMNO khususnya masih belum memahami mesej yang disampaikan oleh rakyat. UMNO masih bertelagah untuk berlumba-lumba mendapatkan kuasa.

Syabas kepada Presiden MCA, MIC dan Gerakan kerana bertanggungjawab dengan kekalahan mereka dan sanggup tidak diberikan kuasa walaupun sebagai senator sekalipun. Nampaknya mereka mahu mengambil masa untuk menilai diri dan kepimpinan parti masing-masing dan memperbetulkan mana-mana yang salah.

UMNO masih lagi relevan tetapi perlulah dirawat dengan begitu rapi agar segala penyakit kronik dalam diri setiap pemimpin mereka boleh dihapuskan. Binalah kepimpinan yang bersih dan berwibawa. Rakyat malaysia masih perlukan UMNO sebagai pemimpin mereka. Adakah UMNO perlu reformasi besar-besaran?

Read more...

Rabu, Mac 19, 2008

Isu Dasar Ekonomi Baru

Klik gambar untuk berita lanjut

Kita memang akui Dasar Ekonomi Baru (DEB) memberi banyak manfaat kepada kemajuan dan perubahan ekonomi orang Melayu di samping tidak mengecualikan kaum lain.

Sebagai bangsa Melayu beragama Islam yang prihatin, pemimpin PAS berpegang kepada DEB dalam pelaksanaan pembangunan dan ekonomi. Dan kerana DEB inilah kaum Melayu dapat menikmati kesenangan dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain di tanahair sendiri.

Saya amat memahami mengapa DAP tidak mahu melaksanakan DEB dalam pentadbirannya di Pulau Pinang. Ini kerana DEB akan menyukarkan mereka memberikan projek pembangunan kepada bangsanya atau kawan-kawan rapat mereka. Mungkin DAP mahu melaksanakan sistem tender terbuka kepada semua kaum, kononnya. Tetapi mungkinkah nanti kita akan melihat hanya kaumnya dan sahabat-handainya sahaja yang mendapat projek tersebut?

Yang saya tidak faham adalah mengapa PKR begitu beria-ia menyokong DAP dan turut mengatakan DEB tidak memberi manfaat. Jika dikatakan hanya golongan tertentu sahaj yang mendapat manfaatnya, siapa golongan itu? Tentulah golongan usahawan dan kontraktor misalnya. Tetapi jika itu menjadi persoalannya, bukankah Menteri Besar boleh mengawal dan menentukan siapa yang perlu diberi peluang?

Apa yang bolah dikatakan, PKR bersetuju dengan pemansuhan DEB kerana pasti kawan-kawan rapat kepada PKR adalah usahawan-usahawan bukan Melayu yang mungkin selama ini membiayai usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara yang kotor. Lagipun sahabat karib penasihat PKR adalah dari kalangan bangsa lain. Mungkin orang-orang itulah yang akan diberikan projek nanti.

Namun sebenarnya dalam PAS sendiri ada 2 golongan yang berfahaman berlawanan. 1 golongan yang benar-benar mahukan Islam dan menjaga bangsa sendiri, manakala 1 golongan lagi sanggup bersekongkol dengan bangsa lain asalkan kepentingan dan matlamat diri sendiri tercapai.

Read more...

Kabinet Malaysia 2008

Read more...

Selasa, Mac 18, 2008

Barisan Kabinet Malaysia 2008


PERDANA MENTERI
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak


JABATAN PERDANA MENTERI

Menteri
Tan Sri Bernard Giluk Dompok
Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz
Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Zaid Ibrahim
Datuk Amirsham A. Aziz

Timbalan Menteri
Datuk Mohd. Johari Baharom
Datuk Dr. Masitah Ibrahim
Datuk Hassan Malik
S.K. Devamany

KEMENTERIAN KEWANGAN

Menteri
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Timbalan Menteri
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanazlah
Datuk Kong Cho Ha

KEMENTERIAN PERTAHANAN

Menteri
Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak

Timbalan Menteri
Datuk Wira Abu Seman Yusop

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Menteri
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Datuk Seri Syed Hamid Albar

Timbalan Menteri
Datuk Chor Chee Heung
Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Menteri
Datuk Ong Ka Chuan

Timbalan Menteri
Datuk Robert Lau Hoi Chew
Datuk Hamzah Zainuddin

KEMENTERIAN KERJA RAYA

Menteri
Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamad

Timbalan Menteri
Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

Menteri
Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin

Timbalan Menteri
Datuk Liew Vui Keong
Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN LUAR NEGERI

Menteri
Datuk Seri Dr.
Rais Yatim

Timbalan Menteri
Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar

KEMENTERIAN PENERANGAN

Menteri
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri
Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Menteri
Datuk Dr. S.
Subramaniam

Timbalan Menteri
Datuk Noraini Ahmad

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Menteri
Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri
Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

Menteri
Datuk Shahrir Abdul Samad

Timbalan Menteri
Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN TENAGA AIR DAN KOMUNIKASI

Menteri
Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan Menteri
Datuk Joseph Salang Anak Gandum

KEMENTERIAN PELAJARAN

Menteri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri
Dr.
Wee Ka Siong
Datuk Razali Ismail

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Menteri
Datuk Seri Khaled Nordin

Timbalan Menteri
Datuk Dr. Hou Kok Chung
Datuk Idris Haron

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI

Menteri
Datuk Noh Omar

Timbalan Menteri
Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

Menteri
Datuk Douglas Unggah Embas

Timbalan Menteri
Datuk Abdul Ghapur Salleh

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Menteri
Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri
Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

Menteri
Datuk Ong Tee Keat

Timbalan Menteri
Datuk Anifah Aman

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

Menteri
Datuk Dr. Maximus @ Johnity Ongkili

Timbalan Menteri
Fadilah YusOf

KEMENTERIAN PELANCONGAN

Menteri
Datuk Seri Azalina Othman Said

Timbalan Menteri
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN

Menteri
Datuk Mohd. Shafie Apdal

Timbalan Menteri
Teng Boon Soon

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

Menteri
Datuk Dr. Ng Yen Yen

Timbalan Menteri
Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

Menteri
Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib

Timbalan Menteri
Tan Sri Joseph Kurup
Joseph Entulu Belaun

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

Menteri
Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan Menteri
Senator A. Kohilan Pillay

KEMENTERIAN KESIHATAN

Menteri
Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri
Datuk Dr.
Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Menteri
Datuk Seri Zulhasnan Rafique

Timbalan Menteri
Datuk M. Saravanan

Read more...

Harga Minyak Mentah Dunia Melonjak!

Klik gambar untuk baca berita penuh

Alamak, harga minyak mentah dunia meningkat lagi! Kemungkinan harga petrol akan dinaikkan lagi.

Ini bukanlah spekulasi. Harga minyak ditentukan oleh harga di pasaran dunia. Kerajaan terpaksa menanggung harga yang lebih tinggi. Bila peruntukan subsidi yang ada tidak dapat menampung kenaikan harga mendadak tersebut, kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak dalam negara.

Selalunya kita sebagai rakyat akan menyalahkan kerajaan. Kita nak harga murah. Sedangkan kerajaan terpaksa memikirkan pelbagai cara untuk meringankan beban rakyat dan dalam masa yang sama kita menekan mereka. Bila harga minyak naik, kita salahkan kerajaan tapi kita tak cuba untuk faham akan keadaan ekonomi.

Contoh mudah untuk kita fikirkan bersama:

Kita peruntukkan sebahagian dari gaji kita iaitu RM400.00 untuk belanja dapur. Nilai tu memang cukup untuk sebulan sahaja. Kita tak mampu nak tambahkan jumlah tu sebab kita terpaksa tanggung hal yang lain seperti sewa rumah, ansuran kereta, perabot, bil air, bil elektrik, telefon dan lain-lain.

Pada satu hari, ikan naik harga kerana kekurangan pengeluaran akibat masalah cuaca. Itu membuatkan RM400.00 tu tak cukup untuk sebulan. Kita terpaksa bertahan untuk satu tempoh yang agak lama dengan jumlah sebegitu dan terpaksa 'ikat perut' sebelum cuba mendapatkan sumber pendapatan lain untuk menampung kos terbabit.

Kerajaan terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga tersebut sehingga cukup tahun untuk menilai semula hasil pendapatan tahunannya yang boleh digunakan untuk menampung kembali kenaikan harga minyak tersebut.

Untuk memberi subsidi, penilaian perlu dibuat berdasarkan hasil pendapatan. Jika semua peruntukan subsidi perlu dicurahkan kepada minyak, barangan lain pula yang akan naik harga. Kalau minyak dapat dimurahkan tetapi harga barangan lain terpaksa dinaikkan, tak guna juga.

Orang yang rasional boleh menilai keadaan ekonomi dan memahami mengapa berlaku kenaikan harga barang. Orang yang tidak rasional dan berfikiran melulu langsung tidak mahu memahami keadaan ini dan cuma tahu memberontak. Maka tugas kerajaan adalah untuk membuatkan rakyatnya hidup senang kerana memang susah sebenarnya nak buat semua orang faham tentang ekonomi. Ilmu ekonomi memang sukar...

P/S : Banyak cara untuk mengawal ekonomi Malaysia. Tapi tak perlu dikongsikan sebab aku bukan pemerintah dan aku tak nak orang ambik modal aku pulak... Hehehe...

Read more...

Selangor : Bekalan air free!

Klik gambar untuk berita lanjut

Wah.. Seronok la orang Selangor bila kerajaan negerinya yang baru umumkan rakyatnya akan dapat 20 meter padu air percuma setiap bulan. Dapatlah mereka jimatkan bil air disamping menjimatkan duit poket...

Tapi bila dah dapat percuma tu, jangan la membazir pulak. Bazir air sana sini. Bila orang tegur, dijawabnya "Tak apa, air free...". Jangan macam tu. Air free 20 meter padu je. Kalau lebih, kena bayar jugak...

Bilalah agaknya negeri-negeri lain yang dikuasai ahli Barisan Alternatif seperti Kelantan, Kedah, Perak dan Pulau Pinang nak beri kebajikan kepada rakyat. Kami menunggu je ni. Mana boleh orang Selangor je yang dapat kebajikan. Negeri lain pun nak jugak. Kalau setakat batalkan kompaun, tak ada gunanya sebab yang beruntung hanya orang-orang yang dah buat salah tu je.

Apa kata kalau buat parking percuma? Di Kota Bharu parkingnya mahal. Sengsara aku nak parking kereta kat sana. Di lain-lain daerah di Kelantan pun majlis kerajaan tempatan asyik nak kompaun je. 'Polis saman parking' boleh dilihat di mana-mana saja. Lain-lain yang milik kerajaan negeri pun perlulah beri perkhidmatan percuma. Itulah namanya kebajikan, bukan begitu?

Nak kurangkan harga minyak memang tak boleh sebab harga minyak dunia makin naik. Kita tak boleh kawal harganya. Tapi masih banyak lagi kebajikan yang boleh dibuat oleh kerajaan negeri. Parking percuma, pendidikan percuma, bantuan pelajaran, dan lain-lain rancangan kebajikan.

P/s : Aku pun tengah tunggu kerajaan negeri Kelantan umum kebajikan untuk rakyat.

Read more...

Keputusan Pilihanraya Umum Ke-12

Klik gambar untuk melihat saiz sebenar




Read more...

Isnin, Mac 17, 2008

Ini tidak sepatutnya berlaku...




Islam mengajar umatnya akan keharmonian dan perpaduan dengan penuh keindahan beragama. Namun kadangkala situasi aman itu diburukkan dengan tindakan segelintir manusia yang bertindak mengikut batasan di luar nilai-nilai hidup murni.

Tindakan rusuhan hanya menyebabkan terhakisnya keharmonian masyarakat. Apa yang nak ditunjukkan? Jihad menentang kezaliman? Siapa yang zalim?

Tindakan menahan bas yang didakwa membawa pengundi hantu sebenarnya tindakan pengecut yang dihantui takut mengalami kekalahan. Biasanya dakwaan mengenai bas membawa pengundi hantu adalah tidak berasas berdasarkan pengalaman saya sendiri mengikut 'orang-orang kuat PAS' menjalankan kerja-kerja sebegini.

Telah beberapa kali mengikut mereka memeriksa bas yang didakwa membawa pengundi hantu. Tetapi bila diperiksa, didapati mereka memang pengundi tempatan yang pulang untuk mengundi. Namun untuk menutup kelemahan sendiri, orang-orang yang memeriksa bas tersebut kemudiannya menghebahkan bahawa bas tersebut memang membawa pengundi hantu. Malangnya ramai yang percaya dakwaan tersebut tanpa usul periksa.

Ingatlah, kita bukan sekadar berdosa kepada orang yang diganggu ketenteramannya malah turut berdosa kepada Allah kerana menyebarkan fitnah. Kerana pengalaman sebeginilah saya sukar mempercayai dakwaan jika tidak melihat buktinya.

Kalau dah buat salah di sisi undang-undang, tidak salah jika polis mengambil tindakan. Patuhlah pada undang-undang. Jangan nanti orang-orang kita pula yang jadi orang utan yang tak reti agama...

Read more...

Apa ni?


Bulan dah jadi 4 segi?

Read more...

Sabtu, Mac 15, 2008

Pengenalan

Blog ini dibuka sebagai tanda sokongan kepada perjuangan PAS tetapi dalam masa yang sama ingin menyuarakan pendapat politik era kini dari perspektif generasi baru di negara Malaysia yang aman makmur ini.

Kejayaan PAS mengekalkan kuasa di Kelantan dan menawan Kedah telah membuka mata ramai pihak akan kemampuan PAS untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat. Latarbelakang dan pengetahuan agama Islam dalam diri setiap wakil rakyat PAS diharapkan dapat membawa negeri tadbiran mereka menjadi lebih baik selaras dengan syariat dan hukum Islam.

Namun turut dikesalkan akan tindakan para penyokong yang bertindak di luar batasan umat Islam. Melakukan keganasan, rusuhan, huru-hara dan pergaduhan amatlah memalukan PAS. Malah tindakan segolongan pemimpin PAS yang menyokong tindakan ganas tersebut adalah tidak sepatutnya berlaku. Pemimpin seharusnya menegur dan membentuk penyokong mereka menjadi umat Islam yang berguna kepada bangsa dan negara.

Pilihanraya sudah pun tamat dan kembalilah kita bersatu sebagai bangsa Melayu dan umat Islam tanpa mengira latarbelakang politik demi untuk kesinambungan kedaulatan Melayu dan Islam.

Islam Berdaulat, Melayu Unggul, Negara Maju..

Read more...



Read more...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Followers

Parti Islam Se-Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia

Islam Teras Perjuangan

Islam Teras Perjuangan

  ©Template by Dicas Blogger.