"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam." [Surah an Nisaa’: 140]

Ahad, Januari 18, 2009

Ustaz Diperlukan Segera!

Peluang untuk pemimpin Melayu terutamanya di kalangan ustaz-ustaz di seluruh Malaysia. DAP memerlukan para ustaz untuk mewakili DAP pada masa akan datang.

Keutamaan diberikan kepada para ustaz-ustaz berpengalaman yang mahir membacakan ayat-ayat Al-Quran dan hadis agar pemimpin Cina dan India DAP tidak lagi perlu bersusah payah membacakannya semasa ceramah. Ustaz muda yang menepati kriteria juga diterima.

Kelayakan :
1. Melayu
2. Islam
3. Ustaz

Kekosongan di seluruh negara. Tertakluk kepada keperluan.

Sila hubungi Datuk Ngeh Koo Ham secara terus; atau melalui Personal Assistant kepada Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Saiful LGE di chatroll BPN.


MStar - Ahad Januari 18, 2009
DAP letak ramai Melayu tanding pilihan raya umum

SITIAWAN: DAP Perak berhasrat meletakkan lebih ramai calon Melayu termasuk daripada kalangan mereka yang beragama Islam dan bergelar ustaz bertanding atas tiket parti itu pada pilihan raya umum akan datang, kata Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Katanya suasana politik negara kini sudah berubah dan ia memperlihatkan parti berkenaan mula mendapat tempat di kalangan pengundi pelbagai kaum terutamanya orang Melayu.

"Di sekitar tahun 1990, pengundi terutamanya orang Melayu begitu takutkan DAP sehinggakan poster dan bendera parti menjadi sasaran mereka.

"Tapi kini semuanya berubah, pengundi Melayu mula berlumba-lumba mendekati parti dan mendaftar menjadi ahli termasuk mendirikan cawangan baru yang majoriti ahlinya orang Melayu," katanya selepas majlis penubuhan cawangan DAP Kampung Ayer Tawar di sini, semalam.

Pada majlis itu, pengerusi penaja cawangan DAP Kampung Ayer Tawar, Ahmad Ikram Abdul Karim, 45, menyerahkan 53 borang keahlian baru terdiri daripada pelbagai peringkat umur termasuk wanita yang kesemuanya orang Melayu.

Ngeh berkata dalam ucapan dasarnya pada Konvensyen DAP Perak tahun lepas, parti itu bersetuju untuk menubuhkan cawangan DAP di seluruh pelusuk negeri termasuk di kawasan yang DAP tidak bertanding.

"Kita berharap ahli DAP di kawasan berkenaan akan dapat membantu dan menyumbang kepada calon PAS atau PKR (Parti Keadilan Rakyat) yang bertanding. DAP juga berhasrat meletakkan calon di kalangan ustaz serta peguam," katanya. BERNAMA

8 comments:

PAPA GOMO 18 Januari 2009 pada 7:08 PTG  

PEH......JAWATAN KOSONG LAGI!!!

MANA-MANA USTAZ YANG PAKAI KETAYAP TU YANG MERASAKAN DIRINYA MELAYU HAPRAK PI LAH MASUK DAP!!!

AKU PALING BENCI TAHAP MAKSIMUN JIKA SEORANG YANG BERAGAMA ISLAM TERUTAMANYA BANGSA MELAYU MASUK PARTI KOMUNIS TU!!!

KALAU LAH KU ADA KUASA....
AKAN KU TUKAR MEREKA MENJADI BABI TUNGGAL!!!

PasMuda 18 Januari 2009 pada 7:20 PTG  

Kalau ada yg rasa dirinya lbh Islam drp org lain & teringin nak jawatan utama dlm parti, blh la try masuk DAP. Blh jd calon pilihanraya.

Mungkin DAP dah jd makin tamakkan kerusi parlimen bila tgk PKR menang di Permatang Pauh & PAS menang di Kuala Terengganu?

"PKR dan menang, PAS pun dah menang. DAP pun nak kerusi parlimen jugak!" kata Saiful LGE yg tak puas hati...

Islam Tanpa Sempadan 18 Januari 2009 pada 7:22 PTG  

fuyo!!

banyak ye jawatan kosong yang ditawarkan oleh pakatan rakyat, bagus lah!!

hehehehe..

membantu meningkatkan ekonomi dengan menyediakan peluang sebegini..

haha, saiful LGE dah dapat jawatan PA, kikiki..


P/s : akhirnye dapat gak komen kat blog pasmuda, dulu tgk je, tak leh nk komen..

tahniah dah boleh beri komen, hehehe..

PasMuda 18 Januari 2009 pada 7:26 PTG  

Berminat ke, bro? Hehehe...

p/s : Dah blh beri komen ni, rajin2 la komen.

Panglima Perang Cyber 18 Januari 2009 pada 8:01 PTG  

ok...gua datang komen selalu..

oh ye...berapa gaji tu ?

kereta Camry free satu ke ?

atau tanah pajak 999 tahun ?

atau babi sekandang ?

wa mau satu...


hahahaha

PasMuda 18 Januari 2009 pada 8:17 PTG  

Ada kereta Camry sbg hadiah utk komen terbanyak. Tp Camry pandai bertukar, mcm Transformer pulak.

Kat sini la gambar Camry tu...
http://gomo-no1.blogspot.com/2009/01/gempar-camry-yang-di-tempah-pakatan.html

Hehehe!!!

IPOH MALAY 19 Januari 2009 pada 11:18 PG  

teman bukan nak mengata...

sesetengah orang melayu ni... dengar guruh di langit... air tempayan dicurahkan... marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar..

kalau israel yang memerintah negara ni... cepar2 buang songkok ... cari ketayap kecik boh atas kepala...

lagi satu... orang melayu perak ni.. (sesetengah je la... bukan semua yer..) ... sesetengah demer haprak... sejarah dah tunjuk...

dato sagor dato maharajalela senang2 kena tangkap dengan british.. sapa punya kerja??? golongan yang macamni ler...

tengok melayu pahang sana... berapa lama dato bahaman.. tok gajah.. mat kilau... gagal dicekup british...

kg ayer tawar tu dalam kawasan DAP... what can you expect?

*hanya mampu tersenyum*

PasMuda 19 Januari 2009 pada 6:37 PTG  

Mgknkah DAP mahukan lbh byk lg kerusi Parlimen utk mengatasi PKR dan PAS?

Sejak PAS menang di P36 ni, parti komponen PR mcm dah kemaruk kerusi parlimen. Nmpk mcm Anwar tak ada can nak jd PM...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Followers

Parti Islam Se-Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia

Islam Teras Perjuangan

Islam Teras Perjuangan

  ©Template by Dicas Blogger.