Wan Azizah Jadi Ketua Pembangkang?
Begitulah yang tertera dalam Utusan Malaysia Online. Aku memang dah jangka berita ni. Sementara Anwar belum boleh bertanding, bini dia akan jadi proksi buat sementara waktu. Padahal bini dia bukan boleh buat apa-apa pun. Di Permatang Pauh pun dia tak sumbangkan apa-apa. Cuma duduk diam je. Tapi ramai yang suka dengan sumbangan ‘tak ada apa-apa’ tu sehinggakan dia kekal memegang kerusi Parlimen Permatang pauh.
Cuma yang kita belum pasti sama ada Anwar akan pilih Permatang pauh atau Pantai Dalam. Memanglah orang menjangkakan Anwar nak ambil Permatang Pauh tapi aku was-was berkenaan hal tu. Pantai Dalam terletak dalam kawasan yang maju dan pesat membangun. Di kelilingi bandar-bandar besar dan pusat tumpuan ramai. Banyak peluang yang boleh didapati di sini. Peluang nak kaya cepat pun boleh.
Permatang Pauh bukanlah terkenal sangat. Orang Pulau Pinang tentulah tahu. Selain itu orang yang berkait dengan politik tentu tahu ianya tempat Anwar dan Wan Azizah. Orang kampung aku di sini pun tak ramai yang kenal dengan Permatang Pauh. Dengan sebutan ‘pauh’ yang sama dengan sebutan orang di sini, maka mereka menjangkakan Permatang Pauh adalah salah satu tempat di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Cukuplah hal Permatang Pauh. Tak penting sangat pun...
Berbalik kepada Anwar, keadaan politik yang memberi banyak kerusi parlimen kepada PKR amatlah menguntungkannya. Tentulah Anwar tak sabar-sabar nak masuk perlimen menjadi taiko Barisan Alternatif. Nampaknya impian Anwar untuk menjadi perdana menteri Malaysia hampir menjadi kenyataan. Biarlah DAP dan PAS menguasai negeri tetapi PKR mahu banyak kerusi parlimen supaya orang PKR (tentulah Anwar...) boleh jadi PM...
Percaturan politik Anwar memang menjadi. Dia kecoh-kecohkan isu kenaikan harga barang. DAP pun ambil peluang. Malangnya PAS pun tumpang sekaki. Tak apalah, aku boleh tahan sabar lagi. Aku pun memang tak suka barang naik harga tapi begitulah situasi ekonomi. Kalau bukan sekarang, esok-lusa tetap naik harga.
Anwar mainkan pulak sensitiviti kaum. Orang boleh agak penglibatan Anwar dalam Hindraf bila dia pun muncul semasa para pemimpin Hindraf ditahan polis. Anwar jadi ‘tok jogho’ lagi. Hindraf yang tak suka Melayu tu pun boleh suka pada Anwar. Anwar boleh tukar kulit agaknya.
Kemudian Anwar buruk-burukkan Malaysia di luar negara. Macam-macam cerita yang dibuatnya. Fitnah sana-sini. Pemimpin BN tak langsung mempertahankan diri tetapi cuma mengeluarkan cerita buruk tentang Anwar yang sebenarnya ramai orang dah tahu.
Banyak poster yang memprovokasikan perkauman, memburukkan pemimpin BN dan macam-macam poster yang langsung tak tercatit nama penerbit atau pencetaknya. Tapi orang boleh agak ianya daripada PKR. Anwar yang ajar macam tu...
Aku memang tak suka Anwar. Aku tak percayakan Anwar. Dia bijak berhujah. Dia bijak berpidato. Macam-macam lagi yang dia pandai tapi kebanyakkannya bijak buat benda tak elok. Aku tak rasa Anwar ikhlas nak menyatukan PKR, PAS dan DAP. Setiap apa yang dilakukannya aku lihat lebih menguntungkan dia. PAS dan DAP jadi pak turut yang mengikut sebab nak jatuhkan kerajaan BN.
Anwar nak jadikan Malaysia sebagai Negara Kebajikan? Bagi orang yang tahu ekonomi, manifesto negara kebajikan tu memang longgar dan banyak yang tak logik bila diukur dengan ekonomi Malaysia.
Teringat masa Anwar jadi TPM merangkap Menteri Kewangan. Dialah yang nak mansuhkan subsidi yuran universiti. Sebab itulah penuntut Universiti Malaya buat piket. Barang-barang pun nak dinaikkan harga sebab peruntukan subsidi nak disalurkannya kepada perkara lain yang menguntungkan kroni dan keluarganya. Bapak dia pun kaya sebab dialah. Bila jadi TPM, semua kroni dia jadi kaya-raya. Tapi itu dulu-dulu masa Anwar berkawan dengan Melayu. Sekarang Anwar berkawan dengan bukan Melayu. Penasihatnya pun bukan Melayu. Kalu amalkan DEB nanti kroni dia tak dapat nak tumpang kaya.