"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam." [Surah an Nisaa’: 140]

Sabtu, Mac 15, 2008

Pengenalan

Blog ini dibuka sebagai tanda sokongan kepada perjuangan PAS tetapi dalam masa yang sama ingin menyuarakan pendapat politik era kini dari perspektif generasi baru di negara Malaysia yang aman makmur ini.

Kejayaan PAS mengekalkan kuasa di Kelantan dan menawan Kedah telah membuka mata ramai pihak akan kemampuan PAS untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat. Latarbelakang dan pengetahuan agama Islam dalam diri setiap wakil rakyat PAS diharapkan dapat membawa negeri tadbiran mereka menjadi lebih baik selaras dengan syariat dan hukum Islam.

Namun turut dikesalkan akan tindakan para penyokong yang bertindak di luar batasan umat Islam. Melakukan keganasan, rusuhan, huru-hara dan pergaduhan amatlah memalukan PAS. Malah tindakan segolongan pemimpin PAS yang menyokong tindakan ganas tersebut adalah tidak sepatutnya berlaku. Pemimpin seharusnya menegur dan membentuk penyokong mereka menjadi umat Islam yang berguna kepada bangsa dan negara.

Pilihanraya sudah pun tamat dan kembalilah kita bersatu sebagai bangsa Melayu dan umat Islam tanpa mengira latarbelakang politik demi untuk kesinambungan kedaulatan Melayu dan Islam.

Islam Berdaulat, Melayu Unggul, Negara Maju..

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Followers

Parti Islam Se-Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia

Islam Teras Perjuangan

Islam Teras Perjuangan

  ©Template by Dicas Blogger.