Harga Minyak Mentah Dunia Melonjak!
Alamak, harga minyak mentah dunia meningkat lagi! Kemungkinan harga petrol akan dinaikkan lagi.
Ini bukanlah spekulasi. Harga minyak ditentukan oleh harga di pasaran dunia. Kerajaan terpaksa menanggung harga yang lebih tinggi. Bila peruntukan subsidi yang ada tidak dapat menampung kenaikan harga mendadak tersebut, kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak dalam negara.
Selalunya kita sebagai rakyat akan menyalahkan kerajaan. Kita nak harga murah. Sedangkan kerajaan terpaksa memikirkan pelbagai cara untuk meringankan beban rakyat dan dalam masa yang sama kita menekan mereka. Bila harga minyak naik, kita salahkan kerajaan tapi kita tak cuba untuk faham akan keadaan ekonomi.
Contoh mudah untuk kita fikirkan bersama:
Kita peruntukkan sebahagian dari gaji kita iaitu RM400.00 untuk belanja dapur. Nilai tu memang cukup untuk sebulan sahaja. Kita tak mampu nak tambahkan jumlah tu sebab kita terpaksa tanggung hal yang lain seperti sewa rumah, ansuran kereta, perabot, bil air, bil elektrik, telefon dan lain-lain.
Pada satu hari, ikan naik harga kerana kekurangan pengeluaran akibat masalah cuaca. Itu membuatkan RM400.00 tu tak cukup untuk sebulan. Kita terpaksa bertahan untuk satu tempoh yang agak lama dengan jumlah sebegitu dan terpaksa 'ikat perut' sebelum cuba mendapatkan sumber pendapatan lain untuk menampung kos terbabit.
Kerajaan terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga tersebut sehingga cukup tahun untuk menilai semula hasil pendapatan tahunannya yang boleh digunakan untuk menampung kembali kenaikan harga minyak tersebut.
Untuk memberi subsidi, penilaian perlu dibuat berdasarkan hasil pendapatan. Jika semua peruntukan subsidi perlu dicurahkan kepada minyak, barangan lain pula yang akan naik harga. Kalau minyak dapat dimurahkan tetapi harga barangan lain terpaksa dinaikkan, tak guna juga.
Orang yang rasional boleh menilai keadaan ekonomi dan memahami mengapa berlaku kenaikan harga barang. Orang yang tidak rasional dan berfikiran melulu langsung tidak mahu memahami keadaan ini dan cuma tahu memberontak. Maka tugas kerajaan adalah untuk membuatkan rakyatnya hidup senang kerana memang susah sebenarnya nak buat semua orang faham tentang ekonomi. Ilmu ekonomi memang sukar...
P/S : Banyak cara untuk mengawal ekonomi Malaysia. Tapi tak perlu dikongsikan sebab aku bukan pemerintah dan aku tak nak orang ambik modal aku pulak... Hehehe...