Isu Dasar Ekonomi Baru
Kita memang akui Dasar Ekonomi Baru (DEB) memberi banyak manfaat kepada kemajuan dan perubahan ekonomi orang Melayu di samping tidak mengecualikan kaum lain.
Sebagai bangsa Melayu beragama Islam yang prihatin, pemimpin PAS berpegang kepada DEB dalam pelaksanaan pembangunan dan ekonomi. Dan kerana DEB inilah kaum Melayu dapat menikmati kesenangan dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain di tanahair sendiri.
Saya amat memahami mengapa DAP tidak mahu melaksanakan DEB dalam pentadbirannya di Pulau Pinang. Ini kerana DEB akan menyukarkan mereka memberikan projek pembangunan kepada bangsanya atau kawan-kawan rapat mereka. Mungkin DAP mahu melaksanakan sistem tender terbuka kepada semua kaum, kononnya. Tetapi mungkinkah nanti kita akan melihat hanya kaumnya dan sahabat-handainya sahaja yang mendapat projek tersebut?
Yang saya tidak faham adalah mengapa PKR begitu beria-ia menyokong DAP dan turut mengatakan DEB tidak memberi manfaat. Jika dikatakan hanya golongan tertentu sahaj yang mendapat manfaatnya, siapa golongan itu? Tentulah golongan usahawan dan kontraktor misalnya. Tetapi jika itu menjadi persoalannya, bukankah Menteri Besar boleh mengawal dan menentukan siapa yang perlu diberi peluang?
Apa yang bolah dikatakan, PKR bersetuju dengan pemansuhan DEB kerana pasti kawan-kawan rapat kepada PKR adalah usahawan-usahawan bukan Melayu yang mungkin selama ini membiayai usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara yang kotor. Lagipun sahabat karib penasihat PKR adalah dari kalangan bangsa lain. Mungkin orang-orang itulah yang akan diberikan projek nanti.
Namun sebenarnya dalam PAS sendiri ada 2 golongan yang berfahaman berlawanan. 1 golongan yang benar-benar mahukan Islam dan menjaga bangsa sendiri, manakala 1 golongan lagi sanggup bersekongkol dengan bangsa lain asalkan kepentingan dan matlamat diri sendiri tercapai.