"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam." [Surah an Nisaa’: 140]

Selasa, Mac 25, 2008

Isu Rumah PPR Di Selangor

Kehadiran pekerja asing di Malaysia semakin kronik dengan sebahagian besar dari mereka membanjiri sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Suasana yang tidak disenangi ini dapat dilihat sewaktu cuti hujung minggu atau cuti umum di mana pendatang asing ini keluar melepak dan memenuhi tempat-tempat tumpuan utama seperti Pasar Seni, kompleks membeli-belah, taman-taman dan sebagainya.

Kadangkala pertemuan mereka menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat Malaysia apabila pendatang asing ini berkumpul beramai-ramai dan melakukan sesuatu yang mengganggu ketenteraman seperti membuat bising dan mengganggu wanita tempatan. Malah yang lebih buruk apabila ada antara mereka melakukan rompak dan samun.

Ada beberapa kawasan perumahan yang ramai dihuni oleh pendatang asing yang berasal dari Indonesia, Bangladesh, Vietnam malah dari Afrika yang memang terkenal dengan kejahatan mereka. Banyak aduan yang telah dibuat tetapi tindakan dan jalan penyelesaiannya belum kelihatan.

Kini timbul pula isu penempatan warga asing di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Selangor. Sebilangan PPR tersebut ada yang lebih 50% diduduki oleh warga asing. Kita sendir tahu sikap warga asing yang membawa perangai buruk mereka dari negara asal yang suka berkumpul beramai-ramai dan membuat bising sesuka-hati. Orang tempatan pula yang kerisauan melihatkan betapa ramainya mereka berkumpul, sementelah lagi jika terpaksa pergi ke sesuatu tempat dengan berjalan kaki melalui kumpulan-kumpulan warga sing tersebut.

Kerajaan Negeri Selangor haruslah segera menyiasat sama ada warga asing ini menyewa atau membeli rumah PPR tersebut. Seharusnya rumah PPR hanya dimiliki oleh warganegara Malaysia yang masih terlalu ramai yang berpendapatan rendah di negeri kaya tersebut. Semasa saya tinggal dan bekerja di Selangor dulu, terlalu ramai rakyat Malaysia yang sebenarnya tidak mampu menyewa rumah yang melebihi RM500.00 sebulan tetapi terpaksa juga menyewa rumah mahal tersebut disebabkan tidak mahu terhimpit oleh warga asing yang begitu ramai. Malah begitu sukar untuk memohon menyewa rumah DBKL yang terhad atau mencari rumah PPR yang kurang warga asing.

Adakah rumah PPR ini dimiliki oleh warga Malaysia tetapi disewakan kepada warga asing? Atau adakah rumah PPR ini memang telah disewa atau dijual kepada warga asing secara terus oleh kerajaan negeri?

Soalan seperti inilah yang perlu diperjelaskan kepada rakyat. Ini kerana matlamat asal rumah PPR adalah untuk rakyat berpendapatan kurang RM1,000.00 sebulan, orang kurang upaya (OKU) dan pekerja kilang yang berkeluarga.

Jika rumah ini dimiliki oleh warga Malaysia tetapi disewakan kepada warga asing, adakah pemilik tersebut sebenarnya memiliki rumah lain tetapi membeli rumah PPR untuk dijadikan rumah sewa? Jika begitu keadaannya, memang sukar untuk kita menanganinya. Golongan berpendapatan rendah memang diberi keutamaan membelinya tetapi kita tidak mengkaji niat mereka sama ada mahu mendiami sendiri atau menyewakan rumah tersebut.

Jika kita dapat membeli rumah tersebut tetapi tidak berhajat untuk mendiaminya, sudah tentulah kita boleh menyewakannya kepada sesiapa yang mahu. Bukan sukar sangat kerana begitu ramai yang mahu mencari rumah sewa di sekitar KL dan Selangor.

Katakanlah bayaran ansuran atau sea-beli yang kita perlu bayar adalah RM400 sebulan. Kita boleh sewakan kepada orang lain dengan kadar RM550 sebulan. Ini bermakna kita masih boleh untung RM150. Jika kita mampu, belilah beberapa buah rumah lagi dan kita boleh mendapat untung yang banyak.

Tetapi jika rumah PPR ini disewakan kepada warga asing ini oleh kerajaan negeri, maka segeralah tamatkan penyewaan tersebut. Kosongkan rumah serta perbaiki apa-apa yang patut dan segera tawarkan kepada warga tempatan yang berpendapatan rendah seperti pekrja kilang, pengawal keselamatan, dan sebagainya.

Jika rumah itu dijual, apa yang perlu kita buat? Kerajaan Negeri Selangor yang baru mesti bertindak segera dan tegas agar kebajikan, kepentingan dan keselamatan rakyat terbela. Janganlah nanti memberi berbagai-bagai alasan semata-mata kerana malas bertindak. Rakyat yang telah memilih kerajaan negeri yang baru tentulah mahukan perubahan seperti yang dijanjikan.

Maka wajarlah Kerajaan Selangor segera mengatasi masalah ini dan mengotakan janji kepada rakyat untuk memberi kebajikan dan menjamin keselamatan. Masih ramai yang mengharapkan pembelaan.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Followers

Parti Islam Se-Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia

Islam Teras Perjuangan

Islam Teras Perjuangan

  ©Template by Dicas Blogger.