Isu MB Terengganu
Sudah beberapa lama saya tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini. Terlalu banyak kerja yang perlu dibuat dan diselesaikan. Kadangkala nak mengadap komputer untuk blog pun rasanya macam tak ada masa. Namun saya tetap mengikuti perkembangan isu semasa terutamanya dalam negara melalui akhbar dan televisyen
Isu yang amat menarik adalah isu perlantikan MB Terengganu di mana MPPR telah memilih Datuk Ahmad Said sebagai MB yang baru menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh. Kekecohan timbul apabila 22 ADUN Terengganu tidak menyokong perlantikan tersebut dan sepakat menyokong Datuk Seri Idris serta mahu memulaukan majlis angkat sumpah MB.
Maka bisinglah rakyat jelata terutama di kalangan bukan UMNO dan bukan BN yang mengatakan tindakan itu sebagai menderhaka kepada sultan. Malah orang dalam UMNO sendiri pun menggesa agar semua ADUN tersebut segera menjernihkan keadaan dengan menerima perlantikan Datuk Ahmad Said dan berdamai. Akhirnya drama tersebut berakhir dengan penamat yang baik (happy ending).
Yang dikesalkan di sini adalah tindakan para ADUN yang mempertikaikan pemilihan oleh sultan dan bertindak mahu memboikot majlis angkat sumpah. Pada masa itu para ADUN Terengganu dijadikan bahan jenaka dan umpatan terutama oleh pihak parti lawan. Jika bukan menjadi bahan jenaka dan umpatan sekalipun, tindakan mereka menunjukkan sikap tidak matangnya orang Melayu dalam berpolitik terutamanya dalam pihak yang memerintah.
Apakah motivasi sebenar dalam diri orang politik ini? Adakah bermotivasikan kuasa dan wang? Atau kepentingan peribadi? Malang sekali bila para pemimpin ini bercakaran disebabkan kuasa dan kepentingan tertentu.
Paling malang saya rasakan bila Tuan Guru Hj Hadi menyatakan sokongan atas pemilihan Datuk Ahmad Said dengan alasan ia adalah pilihan sultan, maka wajar ditaati.
Apabila Masjid Desa Makmur, Kg Bujal, Kijal dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan dengan alasan penempatan RTB tersebut adalah tidak sah, maka begitu ramainya penyokong PAS yang menyalahkan Kerajaan Negeri Terengganu terutamanya Datuk Ahmad Said sendir yang ketika itu memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri.
Datuk Ahmad Said mengatakan bahawa :
"tidak ada pembinaan masjid dalam kawasan itu kerana tiada permohonan dari mana-mana pihak untuk pembinaan masjid dan mengikut Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu 1420H bersamaan 2001M yang diluluskan pada 2001 oleh kerajaan Pas ketika itu menyatakan bahawa mana-mana orang yang melanggar peruntukan Seksyen (1) telah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali dengan membina masjid tanpa kebenaran.
Sebenarnya walau siapapun yang menjadi MB Terengganu, PAS Terengganu tetap tidak berkuasa dan tidak mendapat apa-apa hasil pun. Adakah kerana kita telah banyak melakukan kesilapan sewaktu diberi peluang memerintah? Apakah kita sudahpun tarbiah dan muhasabah diri kita sendiri? Renung-renungkanlah kesilapan kita sendiri.
Tsunami pilihanraya telahpun melanda Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor sehinggakan negeri tersebut jatuh ke tangan pakatan BA. Pas Kelantan kembali menguasai sebahagian besar DUN Kelantan. Alhamdulillah. Tapi Pas Terengganu gagal mengambil kesempatan dari tsunami tersebut. Maka fikirkanlah...