"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam." [Surah an Nisaa’: 140]

Isnin, Mei 11, 2009

Tindakan Nizar Setelah Disahkan Sebagai MB

Photobucket

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah mengumumkan beberapa perkara di luar Mahkamah Tinggi :-
  1. akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, untuk memohon restu bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak;
  2. meminta Exco Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dibubarkan;
  3. mengadakan mesyuarat Exco beliau secepat mungkin;
  4. akan menggantung Penasihat Undang-Undang Negeri Perak kerana tidak memberi kerjasama selama kemelut pentadbiran itu.

Photobucket

Sultan Azlan Shah diberitakan sedang berada di luar negeri. Walau bagaimanapun, Nizar akan ke Istana Iskandariah untuk bertemu Raja Nazrin Shah dan menghadiri majlis pengurniaan pingat.

Datuk Seri Zambry dan ahli Exconya akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan bersedia mengosongkan pejabat masing-masing.

Dijangkakan kemelut negeri Perak akan berterusan dan sukar untuk mendamaikan keadaan bila masing-masing berebutkan kuasa. Lebih-lebih lagi perlantikan Speaker DUN yang baru adalah masih sah dan bakal memberikan masalah kepada PR Perak. Kerana itulah Nizar perlu memohon Sultan Azlan Shah untuk memperkenankan pembubaran DUN.

Photobucket


Andainya DUN Perak dibubarkan, rakyat Perak akan menghadapi pilihanraya sekali lagi. Rakyat Bukit Gantang yang baru mengundi bagi Parlimen Bukit Gantang juga akan keluar mengundi lagi. Perbelanjaan pilihanraya dan kempen dicurahkan lagi tetapi kali ini lebih banyak. Politik Perak semakin bercelaru.

Mungkinkan akan ada kerjasama antara BN dan PR di Perak bagi menamatkan kemelut ini?

6 comments:

keta_besi 11 Mei 2009 pada 9:07 PTG  

bacalah kisah khalid al walid semasa dia kena lucut jawatan panglima oleh khalifah umar. tiada rasa benci dia terhadap umar

sapien 11 Mei 2009 pada 9:17 PTG  

takkan ada ahli pas yang akan menyokong sebarang blogger yang bernaung dalam bpn. jangan jadikan pas sebagai samaran. hentikan sahaja blog yang cuba mengelirukan ini.

PasMuda 11 Mei 2009 pada 9:36 PTG  

Sapien,

Tujuan BPN ditubuhkan sebenarnya adalah untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara. BPN bukanlah blogger BPN semata-mata. Ada beberapa penyokongatas pagar dalam BPN. Juga ada beberapa orang ahli PAS dan PKR dalam BPN. Namun tiada DAP dalam BPN.

Setiap bloggers dalam BPN mempunyai hak untuk menyokong mana-mana parti politik. Setiap penulisan dalam blog mereka adalah kenyataan mereka sendiri dan tidak menggambarkan pendapat seluruh ahli.

Berhenti mengelirukan diri sendiri, sapien...

Tok Pambu 11 Mei 2009 pada 10:22 PTG  

Pakatan Rakyat sekarang tidak masalah untuk menang di mana2 PRU untuk menumbangkan BN/UMNO.

Sekarang sokongan kaum bukan melayu sudah padu kepada PR.

Di mana2 kawasan penduduk Bukan melayu melebihi 30% PR pasti akan menang.

Kaum melayu berpecah kepada 3 kumpulan. UMNO, PAS dan PKR.

Jika bilangan penyokong PAS dan PKR sama jumlah dengan UMNO, BN/UMNO pasti tumbang. Kerana PAS dan PKR mendapat sokongan padu dari kaum bukan melayu dari DAP.

Di mana sahaja penduduk melayu ini sudah berada dalam PAS se kurang2 nya 25% dan dalam PKR lebih kurang 15%.

Jumlah ini ialah penyokong tegar PR, di kuatkan pula dengan sokongan kaum cina dan india dari DAP.

PR pasti akan dapat menawan semula Perak.

PasMuda 11 Mei 2009 pada 10:52 PTG  

Bila pilihanraya, aku paling benci bila waktu menunggu keputusan. B'debar2.

Skrg ni susah nak dijangka keputusan bagaimana yg akan keluar.

Lgpun tak dpt dijangka bila kita akan dpt tahu keputusan sama ada DUN dibubarkan @ tak. Jika BN buat rayuan, pembubaran DUN blm blh diputuskan.

PAPA GOMO 13 Mei 2009 pada 1:04 PTG  

SALAM BRO...
BETAPA BANGSATNYA KOMUNIS BINTANG TIGA NI MENENTANG MELAYU.

WAJIB KITA TENTANG BRO

SALAM PERJUANGAN

KERAKUSAN KOMUNIS MENENTANG MELAYU http://gomo-no1.blogspot.com/2009/05/kerakusan-adun-komunis-bintang-tiga.html

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Followers

Parti Islam Se-Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia

Islam Teras Perjuangan

Islam Teras Perjuangan

  ©Template by Dicas Blogger.