"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam." [Surah an Nisaa’: 140]

Isnin, Mei 11, 2009

Nizar MB Perak Yang Sah!

Mahkamah Tinggi telah mengisytiharkan bahawa Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Abdul Aziz Abd Rahim, yang berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN seperti kes Stephen Kalong Ningkan. Beliau juga berkata jika Sultan Perak mahu meletakkan Mohamad Nizar meletakkan jawatan, maka baginda sepatutnya mengambil sidang DUN untuk mengemukakan usul tersebut.


Walau bagaimanapun, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir masih boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Nampaknya dijangka kes ini akan berlarutan hingga kes rayuan pula. Isu jawatan MB Perak belum boleh dikatakan berakhir.

Tambahan pula kes ini bagaikan mempertikaikan kuasa dan keputusan DYMM Sultan Azlan Shah selaku Sultan Perak yang telah membuat keputusan untuk melantik Dr Zambry sebagai MB Perak yang baru selepas BN Perak mendapat kepercayaan majoriti di DUN.

Apa komen Sultan Perak?

Ini bermakna sidang DUN pada 7 Mei adalah tidak sah dan perlantikan Datuk R Ganesan sebagai Speaker juga terbatal. Sivakumar boleh membawa kembali kerusinya untuk duduk di meja Speaker.

Kerajaan PR masih menguasai Perak tetapi kehilangan kuasa majoriti. Undi tidak percaya mustahil untuk diadakan dengan melihat tindakan dan taktik PR di persidangan DUN baru-baru ini. Jika ada yang mahu mengemukakan usul undi tidak percaya, dijangkakan Sivakumar akan menolak usul tersebut.

Datuk Sri Nizar pula kini telah menjadi seorang Ahli Parlimen Bukit Gantang. Adakah beliau akan memegang kuasa sebagai ADUN, Ahli Parlimen dan MB Perak sekaligus? Atau adakah jawatan MB Perak bagi kerajaan PR akan dipegang oleh orang lain?

Sekiranya Nizar terpaksa melepaskan jawatan MB Perak, nampaknya DAP masih terlepas peluang untuk memegang sendiri jawatan tersebut kerana mereka tiada ADUN Melayu. Ada parti lain yang akan tersenyum. Atau adakah DAP akan meneruskan 'cengkaman' terhadap MB baru?

Jika Nizar terpaksa melepaskan jawatan MB kerana telah menjadi ahli parlimen, sudah tentu ADUN PAS juga akan dipilih jadi MB. Hehehe!

"Camry tak boleh ditender! Kami nak pakai lagi!"

Kemaskini : Perlantikan Speaker DUN Perak yang baru masih sah? Klik sini

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Followers

Parti Islam Se-Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia

Islam Teras Perjuangan

Islam Teras Perjuangan

  ©Template by Dicas Blogger.