"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam." [Surah an Nisaa’: 140]

Jumaat, Mei 15, 2009

Hj Hadi Kekal, Nasharuddin Kukuh

Datuk Seri Haji Hadi Awang kekal sebagai Presiden PAS dengan mendapat 129 pencalonan, mengatasi Tuan Guru Datuk Haji Nik Aziz Nik Mat yang gagal mendapat 2 pencalonan.

Kedudukan Haji Hadi memang telah dijangka walaupun menghadapi cabaran daripada Tuan Guru Nik Aziz yang amat disegani. Namun ini bukanlah bererti parti menolak kepimpinan TGNA kerana kebanyakan pemimpin, perwakilan dan ahli amat berharap agar Tuan Guru kekal menjadi pemimpin spiritual iaitu sebagai Mursyidul Am.

Photobucket
Pilihan saya!

Kekalahan Ustaz Nik Abduh di tangan ADUN Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman bagi jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan sedikit sebanyak mengejutkan para penyokong yang menyangka bahawa Ustaz Nik Abduh akan menang mudah. Walaupun MSO dalam blognya mengatakan bahawa Ustaz Abdul Latiff adalah proksi kepada individu tertentu, namun ramai yang sukar mempercayainya kerana tidak kelihatan apa-apa tanda bahawa Ustaz Abdul Latiff menyebelahi pihak tertentu.

Photobucket
Pemimpin yang menjadi ikon kepimpinan PAS

Namun perhatian para ahli dan penyokong kini tertumpu kepada persaingan merebut kerusi Timbalan Presiden yang kini disandang oleh Ustaz Nasharuddin. Antara pencabar beliau adalah Husam Musa, Mohamad Sabu dan Ustaz Azizan. Dari kira-kira 130 kawasan yang menghantar pencalonan, hampir 60% mencalonkan Ustaz Nasharuddin dan ini memperlihatkan kekukuhan kedudukan Ustaz Nasharuddin untuk mempertahankan jawatannya.

Photobucket
Mampukah Husam cabar Ustaz Nasharuddin?

Walau bagaimanapun, keputusan sebenar tidak dapat dijangka kerana perwakilan akan mengundi di Muktamar parti pada bulan depan. Berpandukan soal selidik tidak rasmi menunjukkan kebanyakan ahli akan memilih Ustaz Nasharuddin dan Husam Musa. Adakah Husam akan melakukan kejutan sebagaimana kejutan ketika pemilihan Ketua Pemuda UMNO yang memperlihatkan Mukhriz yang menerima pencalonan tertinggi akhirnya tewas kepada Khairy Jamaluddin dalam pengundian perwakilan?

Photobucket
Calon Timbalan Presiden

Photobucket
Ustaz Azizan juga calon Timbalan Presiden

Walaupun diperkatakan bahawa sebahagian besar perwakilan mahukan golongan ulama menerajui kepimpinan parti, namun keputusan sebenar siapa yang akan menduduki jawatan-jawatan tertinggi parti adalah berdasarkan undi perwakilan di muktamar nanti.

Walau siapa pun yang terpilih diharapkan agar mereka mampu menggerakkan parti dengan proaktif dan membentuk parti sebagai sebuah pertubuhan politik yang dihormati dan disegani kawan dan lawan. Lebih diharapkan lagi agar PAS akan menjadi parti utama yang mempunyai suara besar dalam Pakatan Rakyat.

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Followers

Parti Islam Se-Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia

Islam Teras Perjuangan

Islam Teras Perjuangan

  ©Template by Dicas Blogger.