"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam." [Surah an Nisaa’: 140]

Selasa, Februari 10, 2009

Sembang Dengan Sahabat Lama

Seorang sahabat lama menghubungi saya sambil bertanyakan suasana di rumah baru dan kerja baru. Padahal dah 10 hari saya di sini dan dia pun pernah mengatakan nak datang ke sini minggu lepas. Dia tak datang dan hari ni cuma telefon sahaja.

Habis bercerita tentang rumah baru saya, sahabat saya ini yang juga salah seorang pertugas PAS Pusat bercerita pula mengenai kepimpinan PAS (yang tertentu) sedang cuba mengusir anasir erdogan yang nampaknya membarah dalam parti dan penyakit ini sudah berjangkit kepada golongan muda belia.

Erdogan yang diperkatakan ini adalah golongan liberal dan yang menyokong Anwar Ibrahim. Liberal dari segi tingkahlaku dan perbuatan, serta sikap membiarkan bangsa lain mempermainkan agama Islam termasuklah membenarkan orang Kristian menggunakan perkataan Allah untuk merujuk kepada tuhan. Yang menyokong Anwar Ibrahim pula, sudah semestinya anda fahami sangat-sangat.

Saya yakin ramai di kalangan kita dalam parti yang kenal siapa golongan erdogan ini. Memang terlalu ramai dan mereka banyak memegang tampuk penting kepimpinan parti. Dengan kerjasama yang rapat antara kita, golongan ini boleh diketepikan sedikit demi sedikit. Cuma menurut kata sahabat saya ini, Ustaz Nik Aziz begitu rapat dengan golongan erdogan ini. Kerana itulah kadangkala kita melihat beliau menyokong puak erdogan ini atau membuat kenyataan yang mengelirukan seperti selalu.

Golongan belia pula nampaknya mengikut rentak orang-orang PKR yang sentiasa memandang buruk kepada parti lawan tetapi menganggap apa sahaja yang dilakukan oleh parti sokongan mereka adalah benar. Contohnya jika kerajaan negeri pimpinan UMNO beli Mercedes, dikatanya membazir wang rakyat dan mahu berlagak. Tapi bila kerajaan negeri pimpinan PR beli Camry, dikatanya untuk kebaikan demi menjimatkan wang negeri? Atau jika orang UMNO lompat parti ke PR, dikatakan sebagai tindakan yang bermaruah dan baik. Tetapi jika orang PR melompat ke UMNO, dikatakan sebagai tidak bermaruah dan makan rasuah. Banyak lagi contoh lain...

Tapi jika merujuk kepada 'yang menyokong Anwar Ibrahim', rasanya susah sikit. Saya sendiri sukar nak faham maksud 'menyokong' itu. Sahabat saya berkata, "Apa yang susahnya? Mereka tu sokong Anwar Ibrahim dan melebihkan dia berbanding pemimpin kita sendiri."

Jika begitulah takrifan 'menyokong Anwar', maka terlalu ramai yang terpaksa kita ketepikan. Mungkin terpaksa tutup cawangan atau macam-macam lagi. Ahli pun perlu ditapis. Unit Amal pun perlu ditarbiahkan semula. Apalagi para pemimpin yang begitu condong kepada Pakatan Rakyat lebih dari mengutamakan PAS sendiri.

Ambil contoh di kampung saya sendiri, para penyokong PAS lebih banyak berbicara mengenai Anwar Ibrahim lebih dari pemimpin PAS. Kiranya Anwar lebih diagung-agungkan dan mereka menerima sahaja apa yang diperkatakan oleh Anwar Ibrahim walaupun ianya meragukan, tipu dan fitnah. Padahal penyokong PAS di kampung saya kebanyakannya adalah tok lebai, tetapi malangnya menerima sahaja apa yang disuapkan tanpa memikirkan benar atau salah.

Jika ditanya kepada para penyokong PAS di mana-mana sahaja, siapakah yang layak menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menguasai majoriti Parlimen? Sebahagian besar akan menjawab Anwar Ibrahim. Ya, jika dilihat dari kedudukan kerusi Parlimen dalam PR tentulah Anwar Ibrahim akan jadi PM kerana PKR memiliki kerusi Parlimen paling banyak. Tambahan pula dengan usahanya untuk memancing ahli Parlimen BN lompat parti ke PKR, tentulah PKR yang lebih berkuasa.

Tapi bagaimana jika kerusi Parlimen PAS lebih banyak berbanding PKR? Malangnya ramai juga yang menjawab Anwar Ibrahim. Kenapa? Kata mereka, Anwar Ibrahim lebih bagus (berbanding pemimpin PAS?). Bagus dari segi mana? Dari segi buat propaganda dan tohmahan agaknya.

Jadi, bagaimana kita nak buat penyokong PAS kembali mengangkat pemimpin PAS dan ketepikan Anwar Ibrahim? Haji Hadi tak boleh jadi PM? Jika bukan Haji Hadi, kita masih ada Nasaruddin Mat Isa. Beliau juga bagus. Husam tak payahlah...

"Masih jauh nak cakap pasal Pakatan Rakyat jadi PM. Jangan mimpilah," kata sahabat saya...

4 comments:

Panglima Perang Cyber 10 Februari 2009 pada 11:03 PTG  

saya membaca tulisan saudara dan merasa bagaikan bakal sasterawan negara sedang menganyam bait bait novelnya....

saya percaya saudara dapat menjadi penulis berbisa dan berbakat besar satu hari nanti di arena blogging kita ini.

saya percaya semua ada kelebihan dan ini kelebihan saudara yang sukar ditemui di kalangan orang berlegar di sekeliling kita seharian..

PARPUKARI 10 Februari 2009 pada 11:39 PTG  

SALAM SAUDARA,

MEMANG BETUL APA YANG SAUDARA KATAKAN ITU, PUAK ERDOGAN LA PUNCANYA PAS BERPECAH, SAYA AMAT MENGHORMATI PAS YANG BERIMAMKAN ULAMA2 YANG TERSOHOR, CUMA KEBELAKANGAN INI KAUM ERDOGAN CUBA NAK MENCALARKAN IMEJ PAS. MARILAH KITA SAMA2 MENOLAK MANUSIA BERNAMA ANWAR IBRAHIM INI...SUNGGUH BAHAY DIA PADA UMAT MELAYU...

TERUSKAN PERJUANGAN ANDA SAUDARA..

MyIdea 11 Februari 2009 pada 2:16 PTG  

Kita kembalikan kekuatan PAS seperti sebelum tahun 1998..

Jebat 13 Februari 2009 pada 7:55 PG  

Tahniah buat Pas Muda, Saya salute cara pemikiran anda dan gaya tulisan anda yg menampakkan kematangan dalam menilai sesuatu. Teruskan menulis demi kebaikan kita bersama.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Followers

Parti Islam Se-Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia

Islam Teras Perjuangan

Islam Teras Perjuangan

  ©Template by Dicas Blogger.