Jangan Hina Raja Melayu
Sebagai seorang Melayu, saya juga terguris, tidak gembira dengan perkembangan terbaru ini terutama tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. – DR. MAHATHIR MOHAMAD (Bekas Perdana Menteri)
Tindakan mahu menyaman Sultan Perak adalah suatu langkah yang tidak bijaksana, berbaur politik, agenda pakatan pembangkang dan tidak menghormati hak raja di dalam Perlembagaan. Ia adalah amat memalukan, raja perlu dihormati. – MUHYIDDIN YASSIN (Naib Presiden UMNO)
Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita, institusi raja dilibatkan begitu agresif sehingga ke peringkat perundangan hanya akibat daripada kekecewaan politik segelintir pihak. – DR. AHMAD ZAHID HAMIDI (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
Seolah-olah kita (orang Melayu) jadi patung wayang kulit, Karpal Singh pula menjadi `tok dalang’, manakala Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengadu domba. – JAMALUDIN YUSOF (Presiden Pekida)
Tindakan Karpal Singh itu seolah-olah cuba menjolok sarang tebuan. Beliau boleh membawa kes tersebut ke mahkamah namun implikasi yang akan ditanggung nanti begitu besar kerana orang Melayu tidak akan berdiam diri. – IBRAHIM ALI (Presiden Perkasa)
Anwar dan Karpal sama sahaja, misi mereka untuk menjatuhkan kerajaan dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk memalukan kaum Melayu. Tindakan mereka membuktikan pembangkang berada dalam keadaan paling tertekan dan kehabisan idea untuk menipu rakyat. – FERIZ OMAR (Presiden Prowaris)
4 comments:
Hak Raja nak sgt jaga,HAK rakyat memilih kerajaan sapa pulak nak jaga??
SALAM....
LAIN MACAM JE BLOGG NI???
SALAH MASUK BLOGG KE????
PASMUDA SUDAH CANGGIH MANGIH....
YO LAH PASMUDA....
KITA LEMPAR PUAK-PUAK PENDERHAKA NI SEMUA DENGAN KASUT...
TAKDA INGAT RUKUN NEGARA LAH PUAK BANGANG NI....
DAP SENYUM JE TENGOK MELAYU HURU HARA...
EH???? PASMUDA???
AYAH SAPA YANG TERGULING-GULING DEPAN KERETA RAJA MUDA PERAK TU??? SIAP KIBAR BENDERA PALESTIN!!!
MANA ANAK DIA POI SAMPAI BAPAK DIA PUN TAK TERJAGA.
Apa yg canggih manggih, gomo? Rasanya sama je... Hehehe...
Org yg terguling depan kereta Raja Muda Perak tu ada masalah rumahtangga agaknya. Alang2 nak berguling atas jln, lbh baik guling depan kereta Raja Muda. Ada kelas sikit...
Catat Ulasan