"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam." [Surah an Nisaa’: 140]

Isnin, November 24, 2008

Sisters In Islam pertikai keputusan Majlis Fatwa

Apa dah jadi dengan Sisters In Islam (SIS) yang begitu berani mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung pengharaman yoga? Yang menjadi persoalannya, mengapa sebuah kumpulan yang menggunakan Islam dalam namanya begitu berani mempersoalkan hukum Islam?

Sejak dahulu lagi aku memang sangsi dengan fungsi SIS dalam memberi sumbangan kepada Islam di Malaysia. Mula-mula mendengar namanya tanpa mengetahui siapa kumpulan ini, aku sangkakan ia terdiri daripada golongan wanita yang mahu memperjuangkan hak-hak wanita Islam.

Bermula dengan program menentang poligami dan memperjuangkan monogami, aku mula sangsi. Kemudian bila timbul isu murtad, SIS menyuarakan sokongan terhadap Artikel 11 Perlembagaan Negara yang memberi kebebasan beragama sehinggakan aku mendengar suara SIS seperti suara orang bukan Islam. Kemudian banyak lagi yang dilakukan SIS sehinggakan aku mula muak dan benci terhadap mereka.

Kini mereka mempertikaikan pula keputusan Majlis Fatwa. Atas alasan apa? Sedangkan PAS sendiri pun tidak mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa yang diberi gaji oleh kerajaan BN, mengapa SIS begitu berani. Adakah SIS terdiri dari kalangan Melayu yang liberal terhadap Islam?

Sisters In Islam pertikai keputusan Majlis Fatwa
Utusan Malaysia - 24 November 2008

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Sisters In Islam (SIS) menolak keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan senaman yoga kerana tiada sebarang bukti dikemukakan bagi mewajarkan yoga diharamkan.

Pengurus Program SIS, Norhayati Kaprawi berkata, sehingga kini negara tidak pernah menerima apa-apa aduan atau bukti yang mengatakan ada individu beragama Islam bertukar kepada agama Hindu selepas mengamalkan senaman yoga.

''Jadi, mengapa perlu ia diharamkan? Mengapa terburu-buru untuk meletakkan undang-undang terhadap aktiviti senaman itu sedangkan ia tidak mengancam kedudukan agama Islam setakat ini?" soalnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, yang mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik kerana dibimbangi akan menghakis akidah jika pengamalnya meneruskan amalan itu ke peringkat lebih tinggi.

Menurut Norhayati, pihaknya mempunyai alasan kukuh mengapa pengharaman itu tidak patut dilakukan memandangkan amalan yoga tidak lebih daripada sekadar satu senaman untuk kesihatan.

''SIS tidak nampak ia boleh memesongkan akidah seseorang pengamalnya sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam.

''Ini kerana yoga tidak lebih dari sekadar senaman untuk kesihatan jasmani, sama juga seperti senaman Tai Chi dan Qigong, '' katanya.

Sambil menyifatkan ia sebagai satu pengajaran, beliau bagaimanapun meminta supaya Majlis Fatwa lebih peka sebelum membuat sebarang tindakan membabitkan isu-isu sensitif seperti itu.

Dalam pada itu, beliau berkata, SIS juga akan memberi sokongan penuh sekiranya Majlis Fatwa mengambil langkah untuk mengkaji semula perkara tersebut bagi mengelak kekeliruan masyarakat.

P/S : Sisters In Islam patut diharamkan kerana memburukkan Islam...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Followers

Parti Islam Se-Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia

Islam Teras Perjuangan

Islam Teras Perjuangan

  ©Template by Dicas Blogger.