"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam." [Surah an Nisaa’: 140]

Isnin, November 24, 2008

Babi Punya Hal, Melayu Yang Bergaduh...

Baru-baru ini sibuk dengan kisah Kerajaan Negeri Kedah mahu membuka ladang babi di Bukit Selambau. Ini mengundang pelbagai kritikan terutamanya daripada kaum Melayu yang tinggal berhampiran tapak cadangan ladang tersebut.

Benarkah asalnya cadangan tersebut adalah daripada kerajaan negeri sebelum ini yang dipimpin oleh BN? Adakah tindakan kerajaan PAS Kedah meneruskan projek ini disebabkan prihatin kepada kaum lain?

Dalam pembentangan belanjawan DUN Kedah, Ustaz Azizan menyatakan cadangan ini berasal daripada kerajaan BN. Kerajaan PAS Kedah mengumumkan cadangan ladang tersebut tetapi bersedia untuk membatalkan jika mendapat banyak bantahan. Tentulah dibantah kerana tiada yang mahu tinggal berhampiran ladang babi kecuali tokey babi. Maka nampaknya cadangan ini akan dibatalkan sebagaimana cadangan kouta hakmilik rumah kepada bumiputera sebanyak 50% yang dibatalkan kerana dibantah oleh pemimpin PR negeri lain yang memang 'kaki sibuk hal rumahtangga orang lain'.

Jika benarlah ianya projek kerajaan BN sebelum ini, mengapakah kerajaan PAS mahu meneruskannya? Alasan prihatin kepada keperluan rakyat Cina (bukan Ustaz Azizan yang cakap tetapi penyokong PAS yang cakap) sukar untuk diterima kerana kerajaan PAS Kedah terdiri daripada Melayu Islam. Tidakkah merasa sebal untuk membincangkan hal ladang babi di negeri sendiri? Lagipun cadangan ladang babi mega di Sepang pun dikatakan mampu memenuhi keperluan seluruh rakyat Cina Malaysia dan cukup untuk dieksport ke China dan Taiwan, malah sudah ada pelabur pula. Ini bermakna ladang babi di Kedah tidak diperlukan.

Entah mengapa Khalid Ibrahim di Selangor dan Ustaz Azizan di Kedah yang berbangsa Melayu beragama Islam mengumumkan cadangan projek ladang babi bersepadu yang besar tetapi pada masa yang sama Lim Guan Eng di Pulau Pinang yang berbangsa Cina dan teringin menjadi Khalifah Umar Abdul Aziz mengumumkan penutupan ladang babi Pulau Pinang.

Kita tahu bahawa penternak babi Pulau Pinang mendapat pampasan yang amat besar tetapi adakah ini rancangan serampang dua mata oleh DAP Pulau Pinang? Pulau Pinang dibersihkan dari pencemaran babi tetapi penternak babi Pulau Pinang menggunakan pampasan yang besar itu untuk memindahkan operasi ke Selangor atau Kedah, seterusnya mencemarkan kampung Melayu di sana dengan babi pula.

Cina diangkat sebagai khalifah yang membersihkan najis dari negerinya tetapi Melayu Islam mencemarkan negeri sendiri dengan najis haram.

Sekarang ni kerajaan Kedah batalkan rancangan asal di Bukit Selambau. Rancangan tetap akan diteruskan tetapi di lokasi lain. Sebelum ini cadangkan kouta hakmilik rumah untuk Bumiputera hinggakan bergaduh dengan rakan PR yang lain, tapi kemudiannya batal. Asyik cadang dan batal sahaja...

Cuba kita fikirkan sejenak dan bebaskan diri kita dari ideologi politik buat sementara. Yang pertama, haruskan kita buat sesuatu perkara dengan meletakkan kesalahan kepada pihak yang merancangnya sebelum ini? Mereka tidak buat tetapi kita yang mahu buat. Mengapa mereka yang salah? Yang keduanya, haruskah kita buat ladang babi di tapak berhampiran rumah orang Melayu? Cuba letak ladang itu hampir dengan rumah kita, apa kita rasa? Ketiga, jika mereka buat ladang babi dikatakan salah tetapi jika kita buat dikatakan betul?

Terlalu banyak perkara yang memberikan keuntungan kepada bangsa lain tetapi mengakibatkan bangsa Melayu bergaduh sesama sendiri. Buat ladang babi, tokey babi kaya dan DAP dapat dana. PAS dan UMNO pula yang bergaduh? Apa faedahnya? Kita sesama Islam dan Melayu, janganlah bergaduh akibat benda sebegini. Jika Cina dan DAP mahukan ladang babi, suruh mereka buat kertas kerja dan cari tapak yang jauh dari kampung Melayu dan tidak menjejaskan alam sekitar. Tetapi ianya tidak terjadi kerana kebanyakan Melayu telah menjadi tolol dan dungu. Melayu ditanamkan sifat hasad dengki dan sikap berjahat sesama bangsa dalam otak masing-masing.

Hentikanlah sikap memburukkan orang lain. Mulalah menegur dengan niat untuk kebaikan Islam dan Melayu seluruhnya. Kita cuma berbeza ideologi politik, bukannya berbeza agama dan bangsa. Hentikanlah beralasan kerana mencipta alasan ini adalah kerja orang munafik. Jika kita yang bersalah, janganlah cuba memindahkan kesalahan itu kepada orang lain.

Berbuatlah kebaikan sesama bangsa dan agama. Demi Allah, untuk agama bangsa dan negara...


P/S : PAS dengan UMNO bergaduh, tokey babi sibuk kira duit di belakang...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Followers

Parti Islam Se-Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia

Islam Teras Perjuangan

Islam Teras Perjuangan

  ©Template by Dicas Blogger.