"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam." [Surah an Nisaa’: 140]

Isnin, April 07, 2008

CUEPACS Samseng Ugut Kerajaan

Saya terkejut ketika baca akhbar berkenaan kenyataan Presiden CUEPACS , Omar Osman untuk memboikot sambutan Hari Pekerja pada Mei depan. Boleh pula diugutnya kerajaan untuk memenuhi permintaan CUEPACS yang tamak haloba ni.

5 tuntutan CUEPACS ialah :

  1. bayaran honorarium tahun 2007 sebanyak RM2,000 kepada 1.2 juta kakitangan
  2. kadar pencen mengikut perkhidmatan sebenar
  3. pelanjutan umur persaraan daripada 55 tahun kepada 60 tahun
  4. pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
  5. elaun kritikal & Imbuhan Tetap Perumahan (ITP).
Saya terfikir sama ada Presiden CUEPACS ni dan expired dan dah tak sepatutnya berkhidmat dalam kerajaan. Kenyataannya umpama 'anjing menggigit tuan'. Apa dah bagus sangatkah perkhidmatan kakitangan kerajaan hinggakan mereka perlu diberi sebegitu banyak ganjaran? Bukankah kakitangan sudah mendapat kenaikan gaji sekurang-kurangnya 25%? Kalau kerajaan beri bonus RM2,000.00 ni, adakah lagi wang yang akan dimintanya?

Kenapa tak berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan dan penyampaian dalam perkhidmatan kerajaan agar pengguna seperti kami ni tak teraniaya? Sudahlah banyak karenah birokrasi, kerja pun malas. Datang awal ke pejabat cuma untuk rakam kad kedatangan sahaja. Kemudian melepak di kedai kopi sampai ke tengahari. Bila ada orang awam mengajukan pertanyaan atau masalah, dimarah dan disindirnya sesuka hati. Begitulah pandangan orang awam terhadap perkhidmatan kakitangan kerajaan. Terlalu banyak pandangan buruk dan terlalu sedikit yang baik.

Apa lagi dengan kes rasuah yang berleluasa dan penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan sendiri. Kes begini pun CUEPACS tak boleh tolong selesaikan. Semuanya nak harap kerajaan yang buat. Tapi nak minta bonus tinggi pula. Entah apa sumbangan mereka pada kerajaan.

Presiden CUEPACS turut minta had umur persaraan dinaikkan dari 56 tahun kepada 60 tahun. Dah mabuk sangatkah hinggakan minta benda sebegitu? Nak kerja sampai bila? Selagi boleh pegang pen? Selagi bernyawa? Cerminlah diri. Gaji besar pun tapi perkhidmatan lembab. Mungkin dah berpangkat besar sebab tu jadi pemalas. Semua kerja yang sepatutnya dibuat tapi disuruhnya orang pangkat rendah yang buat. Kalau rasa malas nak buat kerja, berhenti sajalah.

Tak terfikirkah si Presiden CUEPACS yang berjawatan besar dan bergaji tinggi ni berkenaan terlalu ramainya orang muda kita yang dah tamat pengajian universiti tapi menganggur merempat kerana tidak dapat kerja? Ke mana anda nak buang mereka ni semua? Kalau anak-anak si Presiden CUEPACS tentulah dapat kerja kerajaan dengan gaji besar sebab bapanya berkuasa, jadi kabel besar. Bagaimana dengan anak-anak orang kampung yang lebih rajin dan berkeupayaan? Tak boleh kerja kerajaan sebab tak ada kabel?

Renungkanlah nasib para pekerja swasta yang bergaji kecil dan terhimpit dalam kehidupan yang semua barang dan perkhidmatan semakin mahal. Mereka tidak bernasib baik seperti kakitangan kerajaan. Semasa kakitangan kerajaan dapat kenaikan gaji, para pekerja swasta cuma menahan sebak memikirkan kehidupan yang menghimpit. Apa lagi jika pekerja tahap rendah yang para kakitangan kerajaan pandang sebagai kelas ketiga seperti pengawal keselamatan, tukang cuci, tukang kebun, pekerja kilang. dan sebagainya.

Apakah langsung tiada kesyukuran dalam diri mereka sehinggakan sanggup mengugut kerajaan yang memberikan mereka kerja dan membayar gaji mereka? Lihatlah dulu produktiviti anda jika mahu ganjaran yang besar. Atau adakah dia mahu menjadi hero yang kononnya banyak berjasa?

Kepada Presiden CUEPACS, rasanya lebih baik anda berhenti dari perkhidmatan kerajaan kerana sikap anda tidak mencerminkan piagam kerajaan. Anda cuma mahu menjadi hero atau mungkin sebenarnya anda cuma fikirkan saguhati tersebut untuk diri anda tapi mempergunakan nama semua kakitangan kerajaan untuk mengaburi pendangan orang lain.

Berilah peluang kepada orang muda yang berkelulusan untuk mengambilalih perkhidmatan kerajaan supaya lebih cekap dan mesra.

Pandangan ini bukanlah mengatakan semua kakitangan kerajaan yang teruk dan menyusahkan. Tetapi golongan inilah yang memburukkan semua kakitangan kerajaan. Maka kita perlu ambil tindakan untuk kekalkan semua kakitangan yang bagus. Buang yang teruk dan gantikan dengan yang muda dan berkualiti.

Berilah peluang kerja kepada lepasan universiti! Jangan biarkan mereka menganggur!

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Followers

Parti Islam Se-Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia

Islam Teras Perjuangan

Islam Teras Perjuangan

  ©Template by Dicas Blogger.