KPLI Adalah Satu Perniagaan?
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah atau lebih dikenali dengan singkatan KPLI merupakan salah satu antara produk yang terlaris dan sentiasa mendapat permintaan tinggi di kalangan mahasiswa. Bukalah tawaran permohonan KPLI pada bila-bila masa, pasti ratusan ribu lepasan ijazah akan membanjiri Bank Simpanan Nasional untuk membeli nombor pin yang dijual RM6.00 setiap satu.
Namun benarkah KPLI adalah satu bentuk perniagaan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia? Adakah setiap kursus yang ditawarkan itu akan ada bakal guru yang diambil?
Ramai graduan dihasilkan setiap tahun. Tapi berapa ramai dapat
kerja dan berapa ramai pula yang terpaksa mengharapkan KPLI?
kerja dan berapa ramai pula yang terpaksa mengharapkan KPLI?
Pada 16 Januari hingga 1 Mac yang lalu, permohonan KPLI telah dibuka dan menawarkan 17 kursus KPLI (sekolah rendah) serta 3 kursus j-Qaf (sekolah rendah). Berapa ramaikah yang memohon? Dengar khabarnya lebih-kurang 100,000 permohonan yang diterima.
Seorang kawan yang juga memohon KPLI bagi tahun ini menyatakan rasa tidak senang terhadap pengurusan pihak Kementerian Pelajaran bagi semakan kelayakan temuduga. Tarikh asal bagi semakan tersebut adalah 22 Mac tetapi kemudiannya ditunda ke 29 Mac. Mungkin terlalu ramai yang memohon sehinggakan pihak Kementerian Pelajaran sukar menepati masa. Tapi bukankah kertas jawapan MTEST tersebut dibuat oleh komputer? Namun apabila para pemohon cuba menyemak keputusan pada 29 Mac tersebut, sekali lagi ia ditunda kepada keesokan harinya pula.
Seperti biasa, ramai yang gagal mendapat kelayakan temuduga. Apa yang boleh dibuat hanyalah rayuan. Terpaksa tunggu lagi untuk mendapat keputusan rayuan. Biasanya mustahil untuk dapat.
Kementerian Pelajaran jarang memberikan maklumat terperinci berkenaan berapa ramai pemohon dan berapa ramai yang akan diambil. Mungkin juga kerana maklumat ini tidak penting. Lagupun para pemohon hanya mahu tahu sama ada mereka dapat atau tidak...
Satu perkara yang tidak diketahui oleh para pemohon atau sesiapa pun di luar sana, adalah calon bagi kursus apakah yang akan diambil? Dan berapa ramai yang akan diambil?
Kementerian Pelajaran sentiasa menawarkan banyak kursus untuk dipohon sehinggakan kursus Bahasa Melayu dan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran menjadi tumpuan dan dipohon oleh sebahagian besar pemohon. Adakah kursus ini akan diberi perhatian oleh Bahagian Pendidikan Guru?
Pada tahun 2005, jelas dilihat bahawa Kementerian Pelajaran mengambil calon guru bagi kursus Bahasa Inggeris dan j-Qaf sedangkan 20 tawaran kursus telah dibuka. Tahun seterusnya, kursus Bahasa Inggeris sekali lagi diambil dan juga bidang Sains. Tahun berikutnya menunjukkan paten yang sama sehingga kini. Bagaimana dengan kursus lain? Ada pengambilan? Mungkin ada tetapi terlalu sedikit.
Para pemohon yang masih mengharap kepada KPLI adalah graduan lama yang telah masih 'setia' kepada KPLI kerana tiada kerja tetap atau setaraf dengan pendidikan. Dan kini ramai graduan baru yang turut menjadi 'ahli' yang 'menagih kasih' dengan KPLI. Sedangkan pada masa sama, ramai graduan lama yang mula melupakan KPLI kerana merasa tertipu dengan 'harapan manis' kerajaan.
Apa yang ingin kita ketahui adalah; berapa banyakkah kutipan yang diperolehi Kementerian Pelajaran daripada penjualan nombor pin permohonan KPLI ini? Berapa banyak yang dibelanjakan untuk kertas soalan dan jawapan M-test, serta lain-lain kos?
Yang pastinya ramai yang ingin mendengar penjelasan sama ada tawaran KPLI ini adalah satu bentuk perniagaan oleh Kementerian Pelajaran? Buka tawaran 20 subjek tapi ambil 3 subjek, atau buka lebih 100,000 permohonan tetapi ambil 1,000 calon?
Jika KPLI di buka lagi, pastikan para pemohon tahu kursus apakah yang Bahagian Pendidikan Guru mahukan. Jika tidak, masa anda akan dibazirkan untuk beratur beli nombor pin, isi permohonan online, M-test dan semakan.
4 comments:
Salam..
Semasa nk beli no pin tu..try tanya pada diri..
1. Layak ke aku jadi guru,
2. Kelulusan aku cukup ke nk jadi guru
3. Kelulusan aku di IPTA layak ke nk pohon..
(Ramai yang tahu dia xlayak..tapi nk test)
Kebanyakan yang pohon..bukan calang2 lulusan IPT.. bidang mereka yang menggalakkan kepada penerimaan mereka.
Ramai yang sangkut pada MTEST.
Yang Mei 2009 memang dah di katahui..ia dibuka kepada rakyat Malaysia Timur. (Sabah + Sarawak)
Ramai yang tahu,tapi tetap nk cuba nasib (dapat tak dapat..suku kira)
Ada rakan saya lulusan IPT dalam bidang Pengajian Islam, Kementerian sanggup 'TUNGGU' dia 'lepas pantang' kerana masa tu dia baru lepas bersalin. Tahun 2008 dia daftar untuk kursus KPLI - jQAF.
Ada seorang rakan, dia 4 kali minta KPLI, kursus dalam bidang yang dia belajar di IPT..gagal. Akhir sekali, dia minta KPLI-Matapelajaran Pendidikan Jasmani.. terus dapat (perempuan ni - mungkin tubuh dia kasar)..sekarang dia belajar di Terengganu.
Kalau ikut statistik.. kementerian lebihkan kepada calon lelaki.. TETAPI, ramai lelaki result IPT kurang POWER.
Isu berniaga RM 6.00 rasanya tak timbul.. Itu wang proses.. sama juga dengan UPU.
Isteri saya pernah pohon KPLI (3 kali), DPLI (3 kali), Guru YIK (3 kali). Saya dulu pernah pohon kerja SUK kerajaan negeri.. masa tu satu borang RM 3.00 (pohon kerja technician SUK).. Apa yang sedih.. 44 kekosongan jawatan dah di isi sebelum 'borang di jual'.. adusss.
*DPLI RM 20.00
Wassalam.. Lama xmasuk chatroll?
jadilah yang cemerlang untuk kluar dari takak lama
umno_tumpat,Mmg ramai yg apply utk test power, & mmg ramai yg sangkut mtest. Hrp2 lebih ramai bakal guru yg akan diambil thn ni, & salah seorgnya adalah kwn aku yg terpaksa buat rayuan tu. Dah 6 tahun dia apply. Kesian...
joegrimjow,Cantik blog kau... Berkenan tgk baju MU tu
memang ada la pengambilan utk course2 tu stiap kali intake..
sikit dengan banyak je membezakan..
dia masih buka..tak de nya, BPG buka kmudian tak ambil..(x dgr cite lagi)
knapa Bahagian Pendidikan Guru tak bagi tau jumlah tepat dia nak amik tu tak tau la plak..biasanya dia tawarkan ikut kemampuan IPGM
Catat Ulasan