Peminat Bola Aibkan Negeri Kelantan
Kosmo Online - 9 April 2009
Nik Aziz selar sikap peminat
"SAYA sangat dukacita dan malu dengan rakyat Kelantan,"
Begitulah keluhan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai kejadian rusuhan selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara pasukan Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam kelmarin.
Beliau berkata, tindakan yang dilakukan itu menunjukkan penyokong Kelantan tidak mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.
"Insiden itu tidak sepatutnya berlaku di negeri ini yang diberi gelaran yang cukup baik termasuk 'bumi tadahan wahyu' yang seolah tidak seiring dengan perangai rakyatnya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Kota Darulnaim, Kota Bharu semalam.
Segelintir penyokong Kelantan merusuh dan menterbalikkan trak polis
di pekarangan Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu kelmarin.
Dalam kejadian itu, penyokong Kelantan membakar sebuah trak polis dan merosakkan beberapa buah kenderaan lain di pekarangan stadium tersebut.
Malah, seramai dua anggota polis dan seorang peniaga mengalami kecederaan dan mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.
Pada perlawanan tersebut pasukan Kelantan tewas kepada Negeri Sembilan 0-1.
Selain itu, Nik Abdul Aziz juga kesal terhadap penyokong Kelantan yang bertindak kasar terhadap polis yang ditugaskan menjaga keamanan dalam perlawanan itu.
"Penyokong Kelantan tidak sepatutnya melakukan sebegitu rupa kepada anggota polis yang bertugas mengawal keselamatan," ujarnya.
Bagaimanapun beliau mengharapkan insiden tersebut tidak berulang lagi dalam perlawanan di stadium itu selepas ini.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
P/S : Memalukan! Agaknya nak tunjuk yang orang Kelantan ni gedeber sangat. Itu bukan gedeber namanya tapi dipanggil bangang! Memalukan semua orang Kelantan dan juga kepimpinan PAS Kelantan. Nanti dikata 'pandai-pandai nak ajar anak orang, anak sendiri tak terajar'...
Kerajaan Negeri Kelantan perlu perluaskan ceramah kesedaran moral, etika dan akhlak kepada seluruh rakyat terutamanya golongan muda. Jangan asyik ceramah politik sahaja. Ambil tahu perangai dan sikap anak muda Kelantan yang walaupun fanatik PAS tapi perangai memalukan agama. Agaknya mereka ni ambil contoh dari banyak kes rusuhan yang melibatkan PAS sejak kebelakangan ini. Kata mereka, contoh melalui teladan...
Tertarik dengan ulasan Mimpi916 di sini. Dato' Mustapha Ali pandai-pandai buat cerita kononnya akan ada rusuhan di Bukit Gantang. Tapi tiba-tiba berlaku di Kelantan pulak. Salah maklumat ke?
2 comments:
mungkin gedebe Annuar Musa kot..ye la kan Annuar yang jaga bole kat Kelate
Hehehe...
Macam tau-tau je...
Catat Ulasan