"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam." [Surah an Nisaa’: 140]

Rabu, April 08, 2009

Kekuatan Parti Penentu Kemenangan

Sebelum ini sering diperkatakan mengenai pemilihan calon pilihanraya. Calon luar dikatakan satu kesilapan. Oleh itu perlu diletakkan calon tempatan. Begitulah yang dilakukan oleh BN untuk menghadapi Pilihanraya Kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Benarkah calon tempatan penentu kemenangan?

Telah dibuktikan oleh PAS melalui kemenangan Nizar di Bukit Gantang bahawa calon luar bukanlah faktor yang membawa kekalahan. Malah kemenangan Nizar melalui undi majoriti yang semakin meningkat menunjukkan bahawa parti adalah penentu utama undian.

Nizar bukanlah orang Bukit Gantang. Nizar juga bukanlah seorang yang disenangi oleh semua orang walaupun di dalam PAS sendiri. Malah ada penyokong PAS yang bencikan Nizar kerana sikap angkuh dan menjadi boneka DAP. Ramai antara Petugas PAS di Bukit Gantang yang bekerja bukan untuk Nizar tetapi hanya untuk PAS.

Ramai orang Bukit Gantang tak suka Nizar,
tapi mereka undi kerana Pakatan Rakyat.

Mungkin kemenangan Nizar turut melibatkan faktor simpati atas kejatuhan beliau sebagai MB Perak. Nizar pandai buat muka kesian dan gila meroyan atas kejatuhannya itu sehinggakan ramai rakyat yang kasihankan Nizar yang bermuka toya itu. Malah peti derma untuk Pilihanraya Bukit Gantang yang diletakkan di Jalan Masjid India juga dipenuhi derma oleh penyokong PAS yang kasihankan nasib Nizar walaupun Pakatan Rakyat Perak telahpun mengaut puluhan ribu ringgit melalui penjualan batu bawah pokok.

Walau benci bagaimanapun orang ramai kepada Nizar tetapi mereka masih tetap setia kepada parti. Penyokong PAS mengundi Nizar disebabkan PAS, manakala penyokong PKR dan DAP undi Nizar disebabkan Pakatan Rakyat. Walaupun ada antara mereka yang sekepala dengan Nizar yang derhaka kepada Sultan, tetapi yang marahkan Nizar derhaka tetap mengundi PAS.

Walau apapun yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PR sama ada dari PAS, PKR atau DAP, penyokong tetap setia mengikut mereka walaupun tidak mendapat apa-apa faedah. Biarpun pemimpin PAS mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan berkenaan agama, penyokong tetap mengikut. Biarpun pemimpin PKR terlibat dalam pelbagai masalah moral dan jenayah, penyokong mereka tetap mendukung mereka. Biarpun DAP dikuasai anak-beranak, penyokong mereka tetap bersatu.

Ini tidak berlaku dalam parti komponen BN. Apabila terjadinya rasuah atau pecah amanah, penyokong mula hilang arah dan memberontak sehingga sanggup menjatuhkan parti. Sikap berpuak-puak dalam parti amat ketara dan ini sebenarnya menghancurkan parti kerana mengundang 'tikam belakang'. Malah ramai yang melibatkan diri dengan parti pemerintah kerana ingin mengaut keuntungan peribadi termasuklah pengaruh dan wang ringgit. Apabila ketua pihan mereka tidak terpilih, maka mereka akan memberontak dan keluar parti. Begitu juga apabila mereka gagal mendapatkan hajat yang diimpikan, mereka segera keluar parti dengan alasan parti sudah tidak relevan lagi. BN sebenarnya menghadapi masalah jatidiri ahlinya. Ada antara mereka tidak sepenuh hati menyertai parti kecuali untuk kepentingan diri.

Sikap sebegini akan turut merosakkan harapan ahli-ahli lain yang lebih setia dan ikhlas dalam perjuangan. Sikap buruk itu akan membuatkan seluruh parti kelihatan kotor dan bernoda sedangkan ia sebenarnya disebabkan oleh beberapa 'ekor monyet liar' yang cuba mengaut keuntungan peribadi. Tidak adil apabila para pejuang parti yang tulus ikhlas turut terpalit kotoran oleh si perosak parti ini.

Bukanlah PAS, DAP dan PKR itu sempurna. Mereka juga akan jadi 'monyet liar' jika berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Mereka juga tamak dan mempunyai kepentingan masing-masing. Jika tidak, masakan mereka (PAS, DAP dan PKR) sanggup menyimpan manifesto masing-masing di bawah katil agar mereka boleh terus bersama berpeluk sakan dalam ikatan Pakatan Rakyat.

PAS memang bertuah kerana mempunyai penyokong yang setia dan menurut kata. Walaupun ceramah kosong tanpa nilai faedah, mereka tetap mendengar dan jadikan panduan. Walau tidak mendapat apa-apa dari parti yang mereka pilih, mereka masih mengundi dan jadikan parti sebagai darah-daging mereka. Tok Guru sekejap cakap lain dan kemudiannya cakap lain, pemimpin yang itu sokong Kristian guna kalimah Allah, pemimpin yang ini selalu maki hamun, pemimpin sana pula suka jadi pak turut pemimpin defacto PKR, dan macam-macam lagi. Tetapi PAS tetap kuat, penyokong tetap menurut, dan orang muda pun nak ikut PAS walaupun perangai tak mencerminkan Islam.

PKR pula banyak hadapi masalah moral dan jenayah. Big boss dengan masalah liwatnya, anak buah yang itu dengan masalah gambar tidurnya yang tersebar, dan ramai anak buahnya yang berkecimpung dalam arena rasuah-merasuah dan salahguna kuasa. Sayap PKR aktif mengadu-domba, memfitnah dan memburukkan orang parti lawan. Tetapi penyokong PKR terus bertambah terutama dari kalangan muda yang berdarah panas dan berminat menjadi kaki pukul PKR.

DAP pula tak nampak banyak masalah dalaman. Jika anak dara tua tu anti tulisan jawi atau mahu azan diperlahankan pun, tidak menjadi maslaah dalam DAP. Walaupun anak-beranak berkuasa dalam parti, tak mengapa sebab yang lain sanggup terus ikut. Apa yang berlaku dan apa yang akan dilakukan tidak mengganggu orang lain kerana dalam DAP 'kita sama kita' sahaja.

Kesimpulannya, BN tidak perlu risau siapa calon yang mereka letakkan di sesuatu tempat asalkan parti mereka kuat dan mendapat kepercayaan majoriti rakyat. Rakyat memilih parti. Jika mereka suka, percaya dan yakin pada BN maka mereka akan pilih BN walau siapapun calonnya. Untuk mencapai tahap ini, parti yang terlibat terutamanya UMNO perlu membersihkan parti dari gejala politik wang dan salahguna kuasa, juga membuang parasit-parasit jahat yang cuma mahu menghisap kekayaan dengan menggunakan kedudukan tertentu. Banyak lagi yang boleh dilakukan dan rasanya mereka akan semakin kuat dengan kepimpinan baru yang berkeyakinan.

Ada sahabat yang menyatakan; PAS, DAP dan PKR boleh menang selagi mereka bergabung di dalam Pakatan Rakyat. Jika salah satu parti keluar dari pakatan, mereka tidak akan merasai apa-apa kemenangan walaupun dengan majoriti 1 undi. Tapi jika pakatan itu hanya membuatkan perjuangan parti terpaksa disimpan dalam gerobok buruk, sia-sialah menjadi pemimpin dan sia-sialah kita menyokong. Terus perjuangkan Islam walau PKR dan DAP menentang kerana itulah hasrat kita, itulah perjuangan kita.

Allahuakbar!!!

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Followers

Parti Islam Se-Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia

Islam Teras Perjuangan

Islam Teras Perjuangan

  ©Template by Dicas Blogger.