"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam." [Surah an Nisaa’: 140]

Rabu, April 15, 2009

Kisah Dulu-dulu...


Bila terjumpa logo lama PAS ni, saya teringat akan cerita lama yang dikisahkan oleh ibu saya sewaktu arwah bapanya menjadi polis dan menjaga satu pusat undi di Pasir Puteh, Kelantan. Tahunnya saya tak pasti tapi berlaku selepas PAS menukar logo parti seperti di atas kepada logo bulan seperti yang digunakan pada hari ini.

Alkisahnya sewaktu pembuangan undi dilakukan, datanglah seorang pengundi buta bersama seorang pengiring untuk memangkah kertas undi. Apa yang menjadi ceritanya adalah kata-kata si buta tersebut.

"Ambo nok PAS. Ambo tokse bule-bite! (Saya nak PAS. Saya tak nak bulan bintang)" begitu kuat si buta bersuara sehingga mengejutkan semua yang ada di dalam tempat pembuangan undi.

Kata-kata itu membuatkan orang-orang yang tadinya kasihan kepada nasib si buta tadi, merasa semakin kasihan kerana sudah nasib si buta tidak dapat membezakan sesuatu yang patut dilihat. Lebih malang lagi bila mata hatinya pun tak nampak juga.


8 comments:

Tok Pambu 16 April 2009 pada 12:21 PG  

PAS dan PKR akan tetap terus unggul selagi kaum cina dan india terus menyokong nya.

UMNO akan tetap terus ditolak oleh kaum cina dan india.

Penyokong UMNO boleh cakap apa saja yang mereka suka terhadap Pakatan Rakyat, tetapi sokongan kaum cina dan india semakin bertambah teguh terhadap Pakatan Rakyat.

TS Muhyiddin Yassin TPM menyatakan UMNO cuma ada masa dua tahun sahaja untuk pulih, jika gagal dipulih dalam masa dua tahun ini, UMNO akan berkubur.

Kepada juak2 UMNO sekelian, berusahalah bersungguh2 pulih kan UMNO jangan terlalu sibuk dengan hal Pakatan Rakyat.

UMNO sedang menghadapi saat2 maut - Pakatan Rakyat sedang menuju kearah kemenangan pada PRU13 akan datang.

PAPA GOMO 16 April 2009 pada 12:36 PG  

SALAM...
HUA..HUA..HUA...
LU BUAT LAWAK LAH BRO...

HE HE HE..
TAPI APA SEKALIPUN IANYA MENDALAM....

HE HE HE...
SALAM..TERUSKAN BERJUANGAN...

KAWAN MINTAK COPY..
SALAM...

PasMuda 16 April 2009 pada 7:27 PG  

Nalapambu,

Jgn asyik nak bermusuh je. Menang sorak, kampung tergadai.

Jika persaingan politik berjalan dengan baik & aman, ekonomi Malaysia juga akan stabil. Bila politik Malaysia penuh permusuhan & ketidakstabilan, ekonomi jatuh. Bila ekonomi jatuh, salahkan kerajaan pulak. Padahal kita pun terlibat mencorakkan turun-naik ekonomi tu.

Mana satu yg didahulukan? Politik atau agama?

Gomo,

Copy aje la. Free je cerita tu... Hehehe...

Tanpa Nama,  17 April 2009 pada 10:40 PG  

SALAM ZIARAH BRO
SY NAK TNYE BOLEH KE SY NK GUNA LOGO BPN YG BARU? KLU BOLEH, MCM MNA SY NK DPTKAN HTML LOGO TERSEBUT?

Mat Yie 17 April 2009 pada 12:34 PTG  

Pasmuda,
saya dah letak logo bpn kat blog,cume tak tahu mcm mana nak amik logo bergerak tu jer..bleh tunjuk ajar?

PasMuda 17 April 2009 pada 10:39 PTG  

Jeffry,

Blog anda nampaknya sudah ok. Cuma kena update senarai ahli BPN. Bila beres semuanya, saya akan maklumkan pd panglima perang cyber. Ada YM? Tolong letakkan add YM anda di blog supaya panglima blh hubungi anda nanti.

Mat yie,

Anda perlu masukkan chatroll BPN dlm blog anda & buat list ahli. Berikan add YM di blog anda.

MK IV 18 April 2009 pada 2:57 PTG  

dah memang sejak azali lagi, PAS dan penyokongnya memang buta, buta mata dan buta hati, orang kampung aku kata buta perut...

limau purut tiga serangkai
buta perut tadak akai...

PasMuda 18 April 2009 pada 4:28 PTG  

Mmg ada yg buta hati & buta perut, tp bukan semuanya begitu. Tp mslhnya yg buta hati & buta perut ni terlalu ramai, termasuklah beberapa pemimpin yg buta perut

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Followers

Parti Islam Se-Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia

Islam Teras Perjuangan

Islam Teras Perjuangan

  ©Template by Dicas Blogger.