Allah : Milik Umat Islam
Nama Allah telah lama digunakan oleh orang Kristian di Indonesia untuk merujuk kepada Tuhan Bapa. Malah ia menjadi ikutan di sekitar Sabah Sarawak yang menerima kitab Bible versi bahasa Melayu. Dan kini pihak Kristian di Malaysia mahu menggunakan nama Allah dalam semua terbitan mereka di seluruh Malaysia.
Jika Tuan Guru Nik Aziz dan Majlis Ulama PAS mengatakan bahawa tidak salah pihak Kristian menggunakan nama Allah dengan alasan orang Kristian juga mengakui Allah umat Islam sebagai tuhan mereka, adakah kita sudah fikirkan bahawa :
Nik Aziz mengatakan bahawa di dalam Al-Quran ada menceritakan bahawa orang bukan Islam ada menggunakan perkataan Allah sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi. Ya, memang benar. Tetapi semenjak kitab Injil diubahsuai, orang Kristian tidak lagi mengakui Allah yang kita sembah itu sebagai tuhan mereka. Mereka punyai tuhan sendiri iaitu Jesus, Tuhan Bapa dan Tuhan Ibu.
Maka adakah Allah yang kita sembah itu sama dengan tuhan yang orang Kristian sembah? Sudah tentu tidak. Allah yang mereka sebut adalah Tuhan Bapa atau ada yang merujuk kepada Jesus.
Langkah mengharamkan pihak Kristian dari menggunakan nama Allah adalah amat bertepatan untuk mengelakkan kekeliruan dan kecelaruan yang akan melanda umat Islam di Malaysia. Seperti contoh lagu Agnes Monica di atas, jika didengar oleh kanak-kanak yang belum mengerti untuk membezakan mana yang benar dan mana yang salah, maka akan dinyanyikannya. Dan mungkin nanti akan menimbulkan persoalan di benak mereka; "Allah Yesus?"
Dengan peningkatan orang Melayu yang murtad ke agama Kristian dan betapa aktifnya dahwah Kristianisasi di malaysia ini terhadap umat Islam, kita perlu mengambil langkah walau sekecil manapun usaha demi untuk menghalang berlakunya helah untuk mengelirukan minda umat Islam.
Kita pernah mendengar dan melihat bukti penyebaran komik Kristian yang menarik minat kanak-kanak. Juga penyebaran alinjil sebesar surah Yasin. Maka wajarkah kita membiarkan munculnya terbitan baru pihak Kristian yang ingin menyesatkan umat Islam?
Saya merasa kesal kerana ramai pemimpin kita yang sanggup menggadaikan kesucian Islam demi untuk meraih sokongan dan demi kepentingan survival politik masing-masing. Malah dari parti Islam sendiri di mana ada pemimpin dan pengikutnya yang sengaja membutakan hati atau memang hilang arah dalam kehidupan apabila menyokong penggunaan kalimah Allah oleh pihak Kristian yang kita tidak tahu motif sebenar mereka.
Seperti Dr. Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Pas-Kuala Selangor), Khalid Samad (Ahli Parlimen Pas-Shah Alam) dan juga Tuan Guru Nik Aziz yang membela penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian, amatlah mengelirukan umat Islam terutama sekali kerana mereka adalah dari parti Islam terbesar di Malaysia. Namun mujurlah Ustaz Taib Azamudden Mat Taib (Ahli Parlimen Pas-Baling) tidak senada dengan mereka dan kenyataan Ustaz Taib akhirnya memalukan wakil rakyat PAS yang liberal tersebut.
Sebagai umat Islam, kita harus terus berjuang mempertahankan kesucian agam Islam dari dicemari oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Lupakan perbezaan politik kerana hanya ideologi politk yang berbeza sedangkan agama kita tetap sama iaitu Islam. Pertahankanlah sehingga ke titisan darah yang terakhir, kerana tanpa agama Islam maka hancurlah kita.
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. - Surah Al-Baqarah ayat 120
4 comments:
itu yang aku keliru ngan tuan guru nik aziz ni... makin banyak dia bersuara makin keliru jadinya...
Salam Pas Muda..lama tidak kedengaran..setelah saya baca artikel PasMuda yang sebelum ini maka fahamlah saya mengapa PasMuda mendiamkan diri.
Dalam artikel2 saya yang sebelum ini sudah banyak kali saya mengulas tentang penggunaan Khalimah Allah dan Bahasa Malaysia digunakan dalam penerbitan pihak Kristian.
Kita sebagai seorang dewasa pun boleh terkeliru dengan apa sudah dinyatakan olen Dewan Ulama Pas, Tok Guru Nik Aziz, Khalid Samad ( ADUN Shah Alam ), Dr.Zulkifly ( ADUN Kuala SElangor, Anwar sebagai menyokong pihak Kristian menggunakan nama ALLAh..inikan lagi anak-anak muda kita. Saya juga terkejut apabila bekas Mufti Perlis ,Dr.Asri juga menyokong kenyataan Tok Guru Nik Aziz.
Yang paling saya khuatirkan sekali adalah tentang isu murtad. Surat khabar hari ini ada menyatakan yang Siti Aishah ( penang ) berjaya dalam tuntutan untuk menjadi murtad. Peguam belanya pula dari PAS. Saya masih teringat kata-kata Ustaz HAdi tentang isu murtad ini. Murtad hukumannya MATI!
Dan Mufti Perak juga pernah menyatakan bahawa terdapat begitu ramai orang Islam sedang menunggu untuk menjadi murtad? Astarfirullahalazim...Ya Allah selamatkan umat Islam dinegara ini dari kesesatan ( murtad ). Saya berpendapat dengan memberi sokongan kepada pihak Kristian menggunakan nama Allah, sebenarnya itu memberi laluan kepada mereka-mereka( orang Islam ) yang hendak menjadi murtad.
Saya pernah menulis artikel tentang mengapa Anwar disanjung oleh pihak Kristian. Ini berikutan dengan kunjungan balas, wakil Persekutuan Kristian Malaysia mengunjungi Rumah Terbuka Anwar sempena hari raya aidilfitri.
Pertemuan tertutup ini ekoran daripada kunjungan Anwar dan Azizah sebagai tetamu jemputan Majlis Rumah Terbuka Perayaan Christmas, Catholic Archbishop Murphy Pakiam yang dianjurkan oleh Christian Federation of Malaysia pada 25 Disember 2007.
Dalam pertemuan itu Anwar telah berjanji empat perkara utama kepada masyarakat Kristian.
Pertama : Walaupun beliau beragama Islam, tetapi pegangan Islam beliau bukan penghalang kepada pembelaannya untuk membangunkan sebuah negara Malaysia yang bebas dan demokratik serta berpegang teguh kepada Perlembagaan Merdeka.
Kedua : PKR akan menjadi 'orang tengah' untuk menuetralkan sekularisma yang didukung oleh Democratic Action Party(DAP) dengan prinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Manakala dasar PKR secara tegas menolak Negara Islam.
Ketiga : Sekiranya PR membentuk kerajaan, penganut Kristian Malaysia boleh dibenarkan menggunakan perkataan 'Allah' kerana rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium komunikasi.
Keempat : Mahkamah Syariah hanya terhad kepada muslim sahaja khusus dalam Undang-undang Keluarga Islam dan pewarisan tetapi Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa ke atas masyarakat bukan Islam.
Dan pada PRK Permatang Pauh pula pihak Gereja Besar Sabah telah mengutus surat kepada Anwar sebagai sokongan didalam menghadapi pilihanraya?
Syukur alhamdulillah kerana pihak kerajaan masih lagi waras walaupun gempar seketika tidak lama dulu dalam mengharamkan pengunaan Bahasa Malaysia dalam Buletin Gereja dan juga Khalimah Allah. Mudah-mudahan ianya dapat dikekalkan sampai bila-bila. Wallahuallam.
Salam perjuangan
Azizah...
Kami dlm PAS sendiri pun dah semakin keliru dgn Nik Aziz. Kata2nya banyak berdolak-dalik & berubah2. Sedangkan seorang tok guru sepatutnya mempunyai pegangan yang tetap dlm agama, tidak berpihak, tidak berpecah-belah, tidak menghasut, dan tinggi budi pekerti.
Taminsari...
Jika ada kelapangan, saya akan menulis tetapi mungkin tidak kerap.
Saya sering mengikuti blog anda kerana artikel anda memang hebat & bernas.
ASSALAMUALAIKUM SDR MUDA
SAYA AMAT TERSENTUH DGN KESUNGGUHAN SDR UTK MEMPERBETULKAN KEADAAN DAN KEKELIRUAN DLM PAS.
SESUNGGUHNYA TUGAS SDR ITU MULIA DAN AMAT BERAT. APA PUN SY TETAP MENYOKONG PENDIRIAN SDR UTK TERUS MEMUHASABAH DIRI DAN MERUNGKAI SEGALA KEKELIRUAN DIKALANGAN RAKAN2 DLM PARTI SDR.
TERUSKAN DAN BERDOA LAH KEHADRAT ILLAHI SEMUGA PERJUANGAN SDR DIREDHAI ALLAH S.W.T...AMINN
Catat Ulasan