Mercedes - Camry. Apa Pendapat Anda?
Sejak saya tinggal di Selangor ni, ramai juga sahabat-sahabat lama dari jemaah PAS masa zaman IPT dulu yang menghubungi saya. Malah ada juga yang sanggup datang ke tempatkerja saya semata-mata untuk bertemu. Maklumlah, sudah lama tak bertemu. Lagipun jika saya yang mahu cari mereka, bukannya saya mahir sangat dengan jalan-jalan di KL dan Selangor ni.
Tengahari tadi, seorang sahabat yang dipanggil Yan datang mengajak saya minum di warung. Tapi disebabkan warung atau kedai makan yang ada di sekitar tempat kerja saya itu penuh, akhirnya kami masuk makan di KFC.
Kami banyak berbicara hal-hal lama dan hal peribadi sebelum tiba-tiba Yan mengajukan soalan yang amat memenatkan otak untuk difikir. Biasalah, berkaitan politik juga. Politik ni dah jadi macam agama pula. Sensitif untuk dibincangkan.
Soalannya : Bila Kerajaan Negeri Terengganu beli Mercedes Benz untuk kegunaan Exco, semua pihak (kerajaan pusat, rakyat, pemimpin PR, penyokong PR) bising dan menuduh Kerajaan Negeri Terengganu membazirkan wang rakyat. Tapi bila Kerajaan Negeri Perak dan Selangor di bawah PR yang beli Toyota Camry, kerajaan pusat tak bising dan penyokong PR bela keputusan beli kereta tu. Kenapa?
Panjang betul soalannya. Disebabkan soalan terlalu panjang, saya terpaksa mengambil masa yang lama untuk memikirkannya. Lagipun ini soalan politik. Isu antara kerajaan BN dengan Pakatan Rakyat dah jadi macam isu agama. Salah cakap, ramai yang marah...
Sewaktu Kerajaan Negeri Terengganu membeli Mercedes Benz untuk kegunaan MB dan exco, seluruh Malaysia marah dan mengutuk tindakan tersebut. Di pihak kerajaan BN, mereka berpendapat bahawa tindakan ini melanggar pekeliling yang dikeluarkan agar menggunakan kenderaan tempatan sebagai kenderaan rasmi.
Dari pihak Pakatan Rakyat (pemimpin, penyokong, blogger dsb.), semuanya mengutuk tindakan tersebut sebagai membazirkan duit rakyat, untuk bermewah-mewah, dan sebagainya. Para pemimpin PR menjadikan isu ini sebagai satu pengisian utama ceramah mereka dan sebagai modal untuk membuatkan rakyat benci kepada BN. Penyokong pula bercerita di kedai kopi dan yang suka mengutuk pula memang menjadikan isu ini sebagai bahan kutukan utama terhadap BN. Blogger PR pula seperti yang kita sedia maklum memang menjadikan isu ini sebagai hidangan dan santapan utama pembaca, ditambah dengan rencah makian dan kutukan.
Para penyokong BN sendiri pun kesal dengan pembelian kenderaan mewah tersebut kerana berpendapat banyak lagi perkara yang boleh dilakukan untuk kebaikan rakyat.
Akhirnya akibat tekanan daripada pihak Kerajaan Pusat sendiri, Kerajaan Negeri Terengganu menggunakan semula Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi. Mercedes Benz tersebut terpaksa disimpan untuk kegunaan tetamu kenamaan sahaja.
Apa cerita dengan Toyota Camry yang dibeli Kerajaan Negeri Perak dan Selangor? Ada bising-bising?
Tentulah ada yang bising-bising dan marah dengan tindakan tersebut. Tapi, siapa yang marah? Yang marah cumalah pemimpin BN (secara individu), penyokong BN dan para blogger penyokong BN. Kalau orang dari PR, tak pula dengar suara marah mereka seperti mana orang BN marah Kerajaan Negeri Terengganu beli Mercedes Benz.
Mungkin saya seorang sahaja orang PAS yang marah sebab diorang cakap tak serupa bikin. BN beli, dikatakan membazir wang rakyat. PR beli dikatakan kerana Proton Perdana mudah rosak dan tidak berkualiti. Semua penyokong jadi pak turut. Walhal dulu pun MB Terengganu beri alasan macam itu juga, tapi semua orang tak mahu terima.
Kadang-kadang kita mahu beri komen pun susah kerana isu politik antara BN dan PR ni dah jadi macam isu agama pula. Bila diusik, maka jadilah isu sensitif. BN usik PR, semua orang PR marah dan maki-hamun BN. PR usik BN, semua orang BN marah dan maki-hamun PR.
Saya cuma berpendapat bahawa kerajaan BN malas mahu campur hal pembelian Toyota Camry tersebut kerana tidak mahu terjadi isu atau perbalahan. Biarlah Perak dan Selangor nak buat apa pun. PR memang bertuah kerana para penyokong PR memang kaki turut apa sahaja yang pemimpin PR buat dan akan sentiasa sokong walaupun pemimpin PR tak jaga pun kebajikan mereka.
Apa pendapat anda?
1 comments:
salam saudaraku..
Kerana Camry, negeri Perak hilang..
Tapi orang kita dalam PR alpa.. dapat nikmat sedikit, dah mula bermewah2..
PR hilang di perak bukan disumpah kereta V6..tapi di sumpah oleh rakyat..
Cuma YB PR aje yang tak dapat menerima hakikat kehilangan Perak.. sampai menggunakan perkataan 'rakyat' dan 'hak rakyat' sebagai penyedap rasa..
Terengganu.. tak kisah lah.. depa banyak duit.. huhuhuh. Tengok pula mereka di pihak mana..
Dengan kehilangan Perak.. jadikan negeri lain lebih Berkebajikan.. jadikan kehilangan itu sebagai rujukan dan tauladan yang mana kita (PR), jangan alpa dari tugas2 Kerajaan Berkebajikan..
Sikit2 guna rakyat..sikit2 guna rakyat.. padahal semua tu periok nasi YB.. Rakyat Perak tak rugi pun Berkerajaan baru.. Macam kita di Kelantan... betul x?
wassalam
Catat Ulasan