"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam." [Surah an Nisaa’: 140]

Khamis, Februari 26, 2009

Isu Elizabeth Wong

Berita terkini, hiburan sensasi. Begitulah isu gambar Elizabeth Wong yang kini tersebar secara MMS atau dalam internet. Sana-sini orang sibuk mencari gambar tersebut. Ada yang kata teringin nak tengok, nak buat koleksi, dan macam-macam lagi.

Saya tidak berhajat untuk memaparkan gambar-gambar Elizabeth Wong yang dikatakan separuh bogel atau dalam posisi intim. Dan saya memang tak berhajat untuk mencari gambar tersebut. Biarlah orang lain yang cari dan tunjukkan dalam blog mereka.


Isu gambar Elizabeth yang dikatakan dirakam sebelum PRU12 memang mengejutkan kerana ia melibatkan pemimpin PKR yang kini menjadi ADUN merangkap exco kerajaan negeri Selangor. Maka timbullah pelbagai tanggapan sama ada daripada pihak Pakatan Rakyat atau masyarakat yang lain.

Isu ini tidaklah besar sangat kerana Elizabeth Wong adalah orang Cina dan bukan beragama Islam. Tetapi yang menjadikan kes ini besar dan bermasalah adalah kerana beliau adalah wakil rakyat PR yang mana suka menuding kesalahan sendiri kepada pihak lain. Dan sememangnya hampir semua pihak dalam PR sehati sejiwa menyokong Elizabeth Wong dan menuduh BN mendalangi penyebaran gambar tersebut.

Tuduhan Anwar Ibrahim kepada pihak BN memang dijangka. Latahan beliau yang sebenarnya dibuat-buat itu bagaikan menyembunyikan sesuatu. Adakah isu ini telah dirancang untuk mengalih perhatian rakyat terhadap kes liwatnya atau sengaja untuk membuatkan BN kelihatan jahat di mata rakyat. Jawapan daripada pihak DAP senada dengan Anwar Ibrahim dan ini amat difahami kerana mereka sedang membodek Anwar. Komen daripada pihak PAS pula tidak sekata antara satu sama lain dan ada getaran keraguan dalam kenyataan mereka.

Saya hairan melihatkan kebanyakan penyokong PR yang terus sahaja menurut kata pemimpin PR tanpa mahu berfikir (atau mungkin sudah tidak mampu berfikir). Mereka cepat menuding kepada pihak yang dituduh pemimpin mereka kurang dari sesaat selepas pemimpin mereka membuat tuduhan.

Lebih mengecewakan bila mereka membela hak Elizabeth Wong untuk berkelakuan menyalahi moral dengan alasan itu adalah hak peribadi dan dilakukan di dalam rumah. Mereka tidak melihat isu perhubungan bebas itu sebagai satu kesalahan selagi dibuat dalam premis tertutup.


Lihatlah makcik-makcik yang menyokong Elizabeth Wong ketika sidang akhbar tempoh hari. Mereka sedarkah apa yang mereka lakukan? Mereka sedarkah apa tanggapan yang mereka timbulkan bila bersungguh-sungguh membela Elizabeth Wong?


Saya mengutuk tindakan menyebarkan gambar-gambar yang mengaibkan tersebut kerana ini memalukan Elizabeth Wong. Sebagai orang Islam, hanya itu yang boleh kita bersimpati kepada beliau. Tetapi dari segi moral, kita tidak boleh bersimpati kerana beliau melakukan kesalahan moral yang berat. Beliau sendiri akui bahawa ia berkemungkinan besar dilakukan oleh bekas teman lelakinya yang tidur di rumahnya (atau mungkin buat benda lain?) dan beliau ada melakukan posisi intim.

Adakah penyebaran gambar mengaibkan tersebut boleh dikaitkan dengan konspirasi politik? Sudah tentu tidak kerana perlakuan tersebut berlaku sebelum orang mengenali Elizabeth Wong sebagai wakil rakyat. Jika gambar tersebut tersebar pada ketika itu, tiada siapa pun yang akan ambil peduli kerana tiada siapa yang kenal Elizabeth Wong.

Kita ambil contoh berita yang pernah disiarkan dalam Kosmo bertarikh 17 Februari 2009 dengan tajuk 'Seks Di Bilik X-ray'. Dalam kes ini, pasangan suami isteri tersebut melakukan hubungan seks di sebuah klinik dan dirakam menggunakan telefon bimbit berkamera pada tahun lepas. Malangnya pada sekitar bulan Oktober atau November 2008, telefon bimbit tersebut telah hilang dan wanita tersebut telah membuatlaporan polis kerana takut rakaman tersebut tersebar. Malangnya, orang yang 'mendapat' telefon bimbit tersebut telah mengedarkan video klip tersebut.

Adakah rakaman mereka tersebar kerana mereka orang terkenal?

Dalam kes Elizabeth Wong, kita boleh mengandaikan bahawa teman lelaki beliau telah merakam gambar tersebut menggunakan telefon bimbit berkamera untuk dibuat kenang-kenangan. Mungkin telefon bimbit teman lelaki Elizabeth telah hilang dan gambarnya menerima nasib seperti pasangan malang tersebut. Sama ada orang yang 'menjumpai' telefon berkenaan kenal atau tidak identiti orang di dalam gambar tersebut, gambar tersebut akan tetap diedarkan melalui kawan-kawan atau internet.

Tapi jika penyebaran gambar tersebut adalah satu perbuatan konspirasi politik, saya tidak nampak ianya dibuat oleh pihak musuh politik. Kemungkinan besar penyebaran gambar tersebut dibuat dengan sengaja sebagai propaganda untuk menjatuhkan musuh politik mereka. Teman lelaki Elizabeth Wong menghilangkan diri pada waktu yang sama gambar tersebut tersebar, dan Anwar Ibrahim cepat menuding jari kepada BN. Amat disyaki...

Jika anda tidak mampu berfikir dengan logik dan masih mahu menyalahkan pihak lain, anda cuba letakkan diri anda dalam situasi ini. Katakanlah, anda seorang perempuan dan merakamkan gambar separuh bogel anda di dalam telefon bimbit berkamera. Bila telefon bimbit tersebut hilang atau dicuri, adakah gambar tersebut tidak akan tersebar disebabkan anda tidak dikenali atau rupa paras anda hodoh? Tidak kira bagaimana sekalipun, gambar tersebut akan tersebar. Jika anda tidak percaya, cubalah buat...

Dalam mana-mana agama sekalipun, tiada yang membenarkan zina. Ia adalah perbuatan terkutuk dan dikeji. Apalagi kita sebagai umat Islam tidak boleh berkompromi dengan perbuatan zina, berkesedudukan atau apa saja yang berkaitan dengannya; walaupun ia dilakukan oleh orang beragama lain.

Namun yang menimbulkan keraguan, adakah perkara ini melibatkan rancangan Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan BN? Adakah perkara ini dirancang untuk mengalih perhatian rakyat terhadap kes liwat Anwar? Atau adakah perkara ini dirancang sebagai propaganda kejahatan BN?

Helmi Malek, bekas teman lelaki Elizabeth Wong yang juga ahli PKR, kini berada di negara jiran dan tidak dapat dikesan. Nampaknya sama seperti semua orang yang berkaitan dengan Anwar Ibrahim, iaitu menghilangkan diri selepas membuat sumpah berkanun, laporan palsu atau berkaitan sesuatu isu. Elizabeth Wong pun sudah keluar negara dengan alasan untuk mencari ketenangan. ADUN Bukit Semambu pun melarikan diri ke luar negara juga. Orang PKR diajar untuk lari? Banyak betul duit korang semua lari ke luar negara.

Dan PAS sendiri ada 2 versi reaksi berkenaan isu ini. Di satu pihak yang melibatkan Ustaz Nik Aziz dan Husam Musa, mengutuk penyebaran gambar tersebut dan turut sama menyalahkan pihak lawan (BN) yang dituduh melakukan penyebaran gambar tersebut. Pada masa yang sama, mereka beserta para pengikut mereka mahu Elizabeth terus kekal sebagai ADUN Bukit Lanjan.

Satu pihak lagi di dalam PAS mahukan Elizabeth Wong meletak jawatan dan digugurkan kerana perlakuan tidak bermoralnya menjejaskan nama baik PR dan merosakkan agama. Jika anda ahli PAS, pihak yang manakah anda sokong?

Elizabeth Wong sudah pun pergi menenangkan jiwa di luar negara, tetapi kita yang masih di sini tetap dengan tuduh-menuduh. PR tuduh BN, BN nafikan, blogger buat teori. Sudahlah, jangan nak gaduh-gaduh lagi. Cuba kita tumpukan perhatian pada agama, bangsa dan negara. Masih banyak untuk diperjuangkan.

3 comments:

PAPA GOMO 27 Februari 2009 pada 1:29 PG  

SALAM BRO...
KESIAN SI MAKCIK MAKCIK KAT BELAKANG ELI TU...

YANG PEGANG SPANDUK!!!
KATANYA PENCABULAN HAK WANITA.

HE HE HE....
ELI YANG DICABUL HELMI???
ATAU
HELMI DI CABUL ELI???

HUA..HUA...
BANGANG BETUL PUAK PAKATAN RAKYAT NI...
NI DAH ADA TANDA-TANDA NAK MENGHALALKAN BERKESEDUDUKAN DAN MENGALAKAN SEKS BEBAS.

UNTUNG PAKATAN ADA RATU PORN!!!

JOM...
KARPAL.???? http://gomo-no1.blogspot.com/2009/02/karpal-singh-anak-haramjadah.html

PasMuda 27 Februari 2009 pada 8:20 PG  

Bila kena org lain, mereka riuh berhabis-habisan.

Bila kena org sendiri, mereka kata; "Tak apa sebab dia buat dalam tempat tertutup atau rumah sendiri. Tak ganggu orang lain. Hak kebebasan peribadi."

Org lain mereka suruh hukum. Org sendiri mereka suruh bercuti ke luar negara.

P/S : Makcik yg pegang sepanduk tu tak faham maksud 'pencabulan hak wanita' agaknya, gomo...

.@blogger.com 27 Februari 2009 pada 10:41 PG  

Salam Gomo dan PasMuda,
Yang kita meluat adalah setiap kali masalah berlaku kepada PR maka mereka terus menuduh BN/UMNO. perkara itu dah jadi macam standard; bila kecoh salah UMNO, bela kecoh salah BN. Mungkin sekali dua orang akan percaya tetapi jika setiap kali orang akan bosan dan akan mencari apa sebenarnya dan kini terbukti bahawa tuduihan itu hanya untuk alih perhatian. pemimpin peringkat tinggi dalam PR dan PKR serta PAS dan DAP mengetahuinya kerana mereka bijak berpolitik yang bodoh dan jadi mangsa adala pkt bawahan yg sentiaSA di perbodohkan

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Followers

Parti Islam Se-Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia

Islam Teras Perjuangan

Islam Teras Perjuangan

  ©Template by Dicas Blogger.