"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam." [Surah an Nisaa’: 140]

Isnin, Disember 22, 2008

Tok Guru Kata LGE Fahami Islam?

Utusan Malaysia - 21 Disember 2008
Nik Aziz pertahan papan tanda tulisan Cina


PASIR PUTEH 20 Nov. - Kerajaan Pas Kelantan hari ini mempertahankan keputusan Pulau Pinang menggunakan papan tanda jalan dalam tulisan Cina walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempersoalkan sikap sesetengah pihak yang membantah cadangan tersebut sehingga menimbulkan kontroversi.

Menurutnya, sesuatu yang menghairankan apabila cadangan tersebut dibangkang sedangkan pada masa sama rakyat negara ini dibenarkan berkomunikasi dalam bahasa Cina malah bersekolah di aliran Cina.

''Bahasa dan tulisan itu saling berkait malah Islam memahami bahasa itu adalah nikmat tetapi pelik pula apabila cadangan menulis papan tanda dalam bahasa Cina dibantah.

''Namun pada masa sama, rakyatnya dibenarkan bertutur dalam bahasa Cina, bersekolah Cina, membenarkan surat khabar Cina diedarkan malah sesetengah rancangan di radio juga menggunakan bahasa sama," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan bangunan makmal Pengajian al-Quran dan Hadis (MQH) di Masjid Majidiah, Wakaf Berangan di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz berharap isu tersebut dapat diatasi kerana ia hanya merenggangkan hubungan sesama kaum di negara ini.

''Sekarang ini kaum lain di Pulau Pinang semakin memahami Islam kerana Ketua Menterinya, Lim Guan Eng gemar menggunakan ketokohan pemimpin Islam silam dalam ucapannya, jadi lebih baik isu tidak dipanjangkan'' katanya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
P/S : Kalau Lim Guan Eng guna ketokohan pemimpin Islam dalam ucapan atau kata nak ikut ketokohan pemimpin Islam pun, sepatutnya tiada insiden yang mencabar agama Islam dan bangsa Melayu. Isu papan tanda bahasa Cina memang bukan masalah besar tapi ianya mencabar akta bahasa kebangsaan. Sekarang ni penganjuran I-Dance pula. PAS Pulau Pinang buat protes untuk bantah I-Dance. Adakah Tok Guru akan sokong Lim Guan Eng yang kononnya faham Islam tu teruskan anjur I-Dance?

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Followers

Parti Islam Se-Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia

Islam Teras Perjuangan

Islam Teras Perjuangan

  ©Template by Dicas Blogger.