"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam." [Surah an Nisaa’: 140]

Isnin, Disember 22, 2008

I-Dance : PAS Tak Nak, DAP Nak Sangat-sangat

Utusan Malaysia - 22 Disember 2008
Protes I-Dance: DAP kutuk Pas

PULAU PINANG 21 Dis. - Pemuda DAP mengutuk tindakan Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang yang mengadakan demonstrasi pada Jumaat lepas sebagai membantah penganjuran pertandingan tarian jalanan 'I-Dance' di negeri ini.

Ketuanya, Loke Siew Fook berkata, tindakan Pemuda Pas itu tidak rasional kerana tarian adalah sebahagian daripada aktiviti riadah yang sihat.

"Saya kesal dengan tindakan itu kerana ia datang dari parti komponen Pakatan Rakyat, tarian adalah sebagai satu bentuk sukan. Harap Pas Pulau Pinang dapat bezakan antara kegiatan sukan dengan kegiatan maksiat," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Jumaat lepas, lebih 200 anggota Pemuda Pas negeri mengadakan demonstrasi di pekarangan Masjid Permatang Janggus dekat sini dengan membawa pelbagai sepanduk mengkritik kepimpinan kerajaan negeri yang menyokong penganjuran pertandingan tarian jalanan I-Dance.

Mereka mendesak kerajaan negeri membatalkan penganjuran pertandingan itu atau meneruskannya tanpa penglibatan remaja Islam.

Difahamkan, I-Dance anjuran Danzity Production mendapat sokongan kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Belia dan Sukan yang bertujuan memperomodi gaya hidup sihat selain mengisi masa lapang remaja.

Pusingan awal pertandingan itu telah diadakan di New World Park, Georgetown semalam manakala pusingan akhir di Queensbay Mall pada 27 Dis ini.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

P/S : Susah jadinya bila parti dalam PR tak seia-sekata. Jika PAS memberi alasan kemungkinan I-Dance menyebabkan maksiat di kalangan remaja, DAP pula kata ianya sebagai aktiviti sukan.

Tapi yang paling susahnya bila Tuan Guru Nik Aziz pernah katakan sebelum ni; ''Sekarang ini kaum lain di Pulau Pinang semakin memahami Islam kerana Ketua Menterinya, Lim Guan Eng gemar menggunakan ketokohan pemimpin Islam silam dalam ucapannya, jadi lebih baik isu tidak dipanjangkan.'' merujuk kepada isu papan tanda jalan berbahasa Cina. Jadi di mana rasionalnya kefahaman Islam dalam penganjuran I-Dance?

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Followers

Parti Islam Se-Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia

Islam Teras Perjuangan

Islam Teras Perjuangan

  ©Template by Dicas Blogger.