"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam." [Surah an Nisaa’: 140]

Selasa, Disember 02, 2008

PKR Pun Nak Letak Calon Di Parlimen Kuala Terengganu

Nampaknya PKR semakin kemaruk nak berkuasa apabila dengan tak tahu malunya menyarankan agar PKR Pusat meletakkan calon mereka untuk bertanding kerusi tersebut.

Menurut timbalan pengerusi badan perhubungan PKR Terengganu, Razali Alias, PKR harus diberi peluang kerana semasa PRU 12 yang lalu PKR hanya diberi peluang untuk bertanding di dua kerusi parlimen berbanding 8 kerusi yang ada.

Dah diberi peluang di 2 kerusi parlimen pun masih tak bersyukur. Sepatutnya dia sedar bahawa ramai pengundi Terengganu adalah penyokong PAS. Walaupun ada penyokong PAS yang berperangai samseng macam PKR, tak bermakna PKR harus ambil tempat PAS. Dah diberi tempat sikit-sikit pun cukuplah. Ini tidak, diberi betis nakkan paha pula...

Kata Razali Alias lagi, "Kita mahu mood Permatang Pauh dibawa ke Kuala Terengganu untuk mewujudkan satu gelombang politik di sana bagi menawan kerusi Parlimen itu supaya jatuh ke tangan PKR."

Nampaknya PKR mengharapkan suasana seperti di Permatang Pauh di mana samseng di bawa masuk dan pihak akhbar diserang agar PKR menjadi jaguh sekali lagi. Tak perlulah begitu. Orang Kuala Terengganu pun ramai juga yang samseng. Buktinya, tengoklah pilihanraya yang lepas di bawah kelolaan anak Haji Hadi. Engkau ingat elok sangatkah perangai samseng tu?

Katanya lagi, PKR Terengganu sudah mempunyai tiga calon yang layak untuk bertanding kerusi itu dan bersedia berbincang dengan PAS bagi mendapatkan kerusi itu. "Sebelum ini, Mohamad Sabu (Pas) bertanding kerusi Parlimen itu, kita sama-sama dalam Pakatan Rakyat, harap Pas boleh bertoleransi dalam hal ini."

Tak malu betullah PKR Terengganu ni. Datuk Razali Ismail baru sahaja meninggal dunia. Bukannya nak sedekahkan Al-Fatihah. tapi siap dicarinya 3 orang untuk jadi calon. Nak berbincang dengan PAS untuk dapatkan kerusi tu? Jangan mimpi. PAS tak akan beri. Tok Guru Nik Aziz dah umum PAS akan tetap bertanding.

Semua tempat PKR nak. Selama ni PAS dah banyak ditipu oleh PKR sehingga membenarkan PKR ambil beberapa kerusi Parlimen untuk ditandingi. Hasilnya, kerusi parlimen PKR yang paling banyak dan PAS hanya terkulat-kulat menahan rasa. Nampaknya sekarang ni PAS pun dah tak nak beri sebarang kerusi lagi untuk PKR kerana PAS pun dah mula nampak perangai PKR dan dalam keadaan sekarang, PAS mungkin boleh menang. Jadi, kenapa nak sedekahkan kerusi tu pada PKR?

Anwar pula berkata malu-malu, "Seandainya majlis pimpinan memutuskan calon daripada Pas, kita akan memberi sokongan padu kepada calon itu." Walhal dalam hatinya yang gelap-gelemat tu memang dia teringin sangat nak tambah kerusi parlimen PKR. Maklumlah, sebagai insurans untuk membolehkan dia jadi Perdana Menteri kalau dapat menguasai kerajaan Malaysia.

Mursyidul Am PAS dah buat kenyataan untuk tetap bertanding kerusi parlimen Kuala Terengganu. Cikgu Pa pun dah nyatakan pendirian PAS untuk tetap dengan keputusan untuk bertanding. Maka PKR janganlah nak memandai-mandai pujuk PAS untuk lelong kerusi parlimen Kuala Terengganu kepada PKR. Jangan ingat PKR je yang tamakkan kuasa. PAS pun nak juga...

Aku tertarik dengan kenyataan Tok Mun (Maimun Yusuf, bekas calon Parlimen Kuala Terengganu PRU 12) yang dipetik dari Sinar Harian. Katanya :

Parti-parti politik yang ada sekarang telah bercampur-aduk dan semuanya macam komunis.
Maka kepada semua parti yang terlibat, fikir-fikirkanlah mengapa seorang nenek berkata sedemikian. Mungkinkah disebabkan tindak-tanduk anda selama ini?

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Followers

Parti Islam Se-Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia

Islam Teras Perjuangan

Islam Teras Perjuangan

  ©Template by Dicas Blogger.