Penyokong Dungu Dan Bebal
Malam tadi hujan lebat dan angin ribut berlaku menjelang masuk waktu berbuka puasa. Nampaknya tak ramai orang yang datang berbuka puasa di masjid ni kerana khuatirkan hujan. Bazar Ramadhan di depan masjid ni pun tak ramai pengunjung.
Selepas solat Maghrib berjemaah, hujan masih turun. Para jemaah berkumpul sesama sendiri sambil berbual dan makan nasi berbuka.Pada masa tu aku duduk bersendirian menghadap nasi yang berlaukkan sedikit ikan, kuah dan sayur. Simple tapi menyelerakan sewaktu kehujanan ni.
Kadang-kadang rasa macam nak ketawa pun ada bila melihatkan bungkusan nasi ni sebab mengingatkan aku pada kata-kata Teresa Kok. Sebaik dilepaskan dari tahanan ISA, Teresa Kok turut komplen mengenai makanannya yang lebih teruk dari makanan anjing. Lebih kurang dengan apa yang aku sedang makan sekarang ni. Tapi bila difikir-fikirkan semula, nak marah pun ada. Patutkah dia panggil makanan macam ni sebagai lebih teruk dari makanan anjing?
Masa aku sedang makan tu, sekumpulan pakcik pencen yang duduk berdekatan aku tengah rancak dengan bual politik. Siap berapi-api kata-kata mereka mengutuk kerajaan terutamanya PM. Disebabkan aku sedang makan maka aku cuma pasang telinga mendengar cerita mereka.
"Pak Lah tu memang bodoh. Adakah patut ditahannya Teresa Kok tu dengan ISA. Bukannya mengancam keselamatan negara pun. Ahmad Sabri tu pun patut ditahan ISA juga sebab buat kenyataan berbaur perkauman," lantang sekali suara pakcik berjanggut tu. Panas telinga aku. Adakah patut dia menyebelahi Teresa Kok dan mengutuk Ahmad Sabri? Melayu Islam jenis apa ni?
"BN tengah takut tu. Takut kita (Pakatan Rakyat) naik (memerintah). Sebab tu dia ambil tindakan ISA. Raja Petra tulis berita dalam internet pun ditangkapnya juga. Perempuan Cina sorang lagi tu yang wartawan surat khabar Cina pun kena tahan juga. Apa punya jahat kerajaan ni," pakcik spek mata tu pula menambah. Aku ketawa dalam hati. Pakcik tu tahukah apa yang Raja Petra tulis dalam internet. Bukan berita tapi suara bebasnya. Bukan setakat kutuk kerajaan je, kaum kerabat PAS pun kena kutuk juga. Siap keluar poster menghina Haji Hadi pula. Aku rasa pakcik ni buta internet.
"Anwar nak naik je, terus dicantas. Tak habis-habis fitnah Anwar liwat. Kalau nak liwat pun, tu dia punya hal peribadilah. Takkan cerita dalam bilik pun nak heboh satu dunia. Kalau Anwar jadi perdana menteri, biar diorang pula kena jel," pakcik misai putih tu pun menambah dengan suara tinggi. Terkejut juga aku yang tengah khusyuk makan ni bila terdengar suara dia. Biar betul pakcik ni. Takkanlah tak kisah menyokong seorang pemimpin yang rosak akhlak. Kalau nak diketepikan hal tu semata-mata kerana hal peribadi, mungkin pakcik misai putih tu tak boleh marah kalau anak dia buat 'hal peribadi' sebelum nikah. Pilih pemimpin pun ibadat juga, pakcik...
"Apa cerita si Saiful tu? Hari tu dia dah bersumpah. Anwar pula tak sumpah lagi sampai sekarang. Orang pun dah lupa sikit-sikit hal sumpah tu sebab sibuk dengan cerita nak tukar kerajaan," pakcik tua yang dari tadi hanya mendengar pula bersuara.
"Ahhh! Tipu je tu. Sumpah konon. Sengaja nak jatuhkan Anwar. Sumpah pun macam orang Kristian. Anwar tak payah sumpahlah. Dia tak salah," pakcik misai putih cepat menjawab. Wah! Yakin betul pakcik tu pada Anwar. Nak kata dia penyokong PKR, dah tentulah bukan. Tempat aku ni tak ada PKR. Yang ada cuma UMNO dengan PAS saja. Yang jadi persoalan aku, macam mana dia boleh yakin sangat Anwar tak bersalah? Aku sendiri pun tak nak mengulas apa-apa pasal salahlaku Anwar sebab aku tak tahu.
Begitu hebat Anwar berkata-kata sehinggakan fanatik PAS macam pakcik-pakcik tu boleh percaya pada Anwar tanpa perlu apa-apa bukti pun. Bila Anwar cakap, terus orang percaya. Tapi bila orang lain cakap, nak bukti pula.
Borak-borak kebanyakan orang PAs kini lebih menjurus kepada Anwar. Orang PAS dah jadi macam orang PKR. Bila bercakap sikit, keluar nama Anwar. Apa yang Anwar cakap, itulah yang mereka cerita. Tok Guru Nik Aziz dan Haji Hadi dah tak glemer lagi. Kalau ditanya pendapat mereka, "Siapakah layak jadi PM kerajaan baru nanti?". Dengan pantas mereka pasti menjawab, ANWAR. Nampaknya Tok Guru berdua dah tak layak jadi pemimpin lagi. Harap-harap Anwar tak jadi mursyidul am PAS pula nanti...
Buka laman web PAS atau Harakah, banyak cerita Anwar. Buka laman blog pemimpin PAS, banyak menjulang ANwar juga. Memang dah nazak PAS sekarang ni. Tanpa sedar, pengaruh Anwar dah mula memakan PAS. Kebanyakan orang PAS lebih sayangkan Anwar berbanding pemimpin sendiri. Orang PAS lebih ikut ideologi dan cita-cita Anwar berbanding perjuangan PAS sendiri.
"Harga minyak pun entah bila nak turun. Naik harga sampai 70 sen. Bila turun, 15 sen je. Sepatutnya boleh turun banyak lagi. Kerajaan memang makan duit rakyat. Makan duit haram!" Aku terdengar pakcik spek mata tu berkata.
Aku perlahan-lahan bangun untuk basuh tangan sambil menutup bekas makanan aku.
"Pakcik dah ambik duit rebat petrol di pejabat pos?" aku bertanya selamba. Pakcik-pakcik pencen tu terkejut dengar pertanyaan aku yang menyampuk tiba-tiba.
"Dah. Mesti ambik. Siapa tak nak duit?" pakcik misai putih menjawab pantas. Yang lainnya mengangguk-angguk beberapa kali.
"Kalau rebat tu dimansuhkan, kerajaan boleh turunkan harga minyak tu banyak-banyak. Tak boleh mansuh sekarang. Pakcik je yang nak duit? Orang lain belum dapat lagi. Bagilah peluang orang lain merasa duit rebat juga. Kalau mansuh sekarang, tak adillah untuk orang lain. Lagipun yang dapat rebat ni pun orang-orang miskin macam kita. Orang kaya tak dapat," saya berkata. Sebelum mereka sempat membalas kata-kata saya, saya cepat-cepat sambung lagi...
"Takkanlah asyik cerita pasal Anwar je. Tok guru tak layak jadi pemimpin ke? Kalau semua orang PAS jadi macam pakcik, lingkuplah PAS," aku terus berlalu dari situ.
Masa aku basuh tangan, aku lihat pakcik-pakcik pencen tu tengah tengok aku lagi. Aku lambaikan tangan sambil melaung dengan pesan, "Jangan cakap hal politik dalam masjid. Tak baik."