"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam." [Surah an Nisaa’: 140]

Khamis, April 02, 2009

Angkuhnya Dia Ni...


"Kita menghormati kebebasan bersuara. Kita akan bercakap apa sahaja isu yang mengenai kepentingan rakyat dan negara selagi perkara yang disentuh itu dibuat dalam batas undang-undang dan berdasarkan fakta," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Asmuni Awi.

Beliau menegaskan PAS tidak akan akur dengan arahan polis yang melarang mana-mana pihak termasuk calon mengeluarkan sebarang kenyataan atau kata-kata yang bersifat menghasut semasa berkempen pada pilihan raya kecil.


P/S : Tak mengapa kalau tak nak akur pada araha polis. Tapi akurlah kepada tegahan dalam Islam. Jangan menghasut atau berkata nista. Kononnya cakap berdasarkan fakta. Bila suruh buktikan, mula kelentong sana-sini pulak. Cuma orang bangang je yang akan percaya. Kalau nak cakap hal agama, dialah yang paling pandai. Orang lain dikatanya jahil. Janganlah jadikan Islam tu sebagai hakmilik PAS kerana Islam tu milik semua. Pas For All sepatutnya ditujukan kepada orang yang baik-baik sahaja. Yang jahat-jahat tu, Jail For All.

Mana yang lebih ikut suruhan Islam;
a. menghasut dan mengeji,
b. tidak menghasut dan tidak mengeji?

Asmuni Awi perlu belajar tentang kebebasan bersuara dalam Islam. Kalau bebas bersuara yang termasuk hasutan, maki-hamun, umpat-keji, dan entah apa lagi. Kalau PAS yang buat macam tu, mana korang nak letakkan Islam?

Jangan cakap tentang kepentingan rakyat dan negara kerana tindakan mereka itu hanya merosakkan rakyat dan negara. Member sebelah tu, Toyota Camry pun belum dipulangkan lagi. Tak malu ke?

1 comments:

Tanpa Nama,  4 April 2009 pada 11:21 PG  

SALAM SDR
SIFAT ANGKUH TU DH SEBATI DLM DIRI SEGELINTIR PEMIMPIN PAS. MAKA TAK HAIRAN LA BELIA2 PAS MENGIKUT JEJAK LANGKAH MEREKA..UMPAMA MENGAJAR IBU KETAMMENGAJAR ANAKNYA BERJLN LURUS

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Followers

Parti Islam Se-Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia

Islam Teras Perjuangan

Islam Teras Perjuangan

  ©Template by Dicas Blogger.