"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam." [Surah an Nisaa’: 140]

Rabu, Disember 31, 2008

PRK Belum Mula, Fitnah Dah Jalan Dulu...

Pilihanraya Kecil P36 Kuala Terengganu kini menjadi tumpuan seluruh masyarakat sejak tarikh pilihanraya ditetapkan. Rakyat tertumpu kepada dua parti politik besar iaitu BN dan PAS manakala calon-calon lain dianggap tidak memberi kesan kepada pertempuran dua gergasi politik tanahair.

Maka hampir semua blog politik di Malaysia ini menyelitkan berita dan kempen berkaitan. Ia sesuatu yang positif kerana para pelayar internet mendapat maklumat yang berkaitan dengan banyak dan pelbagai. Banyak kerana berita berkaitan boleh didapati di kebanyakan blog dan laman web. Pelbagai kerana beritanya bercampur-baur antara yang benar dan rekaan.

Menyentuh perihal berita yang pelbagai, nampaknya ada juga fitnah telah mula dijalankan terhadap calon parti lawan. Cerita dikarang panjang berjela dan gambar diubahsuai agar sesuai dengan cerita yang dikarang itu. Dan mangsa pertama fitnah ini adalah calon Barisan Nasional iaitu Datuk Wan Farid.

Banyak blog dan laman web penyokong PR memaparkan gambar Datuk Wan Farid sedang berkaraoke dengan penuh perasaan. Maka timbullah cerita bahawa Datuk Wan Farid berhibur di pusat karaoke sambil enjoy dengan kawan-kawan dan ditemani pelayan wanita (GRO).


Diolah sebegitu cantik dengan menampakkan sedikit susuk tubuh wanita di sebelah Datuk Wan Farid serta latarbelakang yang gelap dan kabur, gambar ini memang boleh menambat keyakinan si akal senteng. Maka bergemalah di serata ceruk kawasan bahawa Datuk Wan Farid ni kaki karaoke dan kaki perempuan. Maka berjayalah strategi untuk menjatuhkan kewibawaan dan kepimpinan calon BN.

Yang tidak adilnya adalah bila kita tidak mahu menyiasat dan mencari jawapan kepada gambar yang penuh kekaburan itu. Maka di sini ditunjukkan satu lagi gambar di tempat dan masa yang sama.


Kelab hiburan mana yang ada budak-budak tu? Laa, rupa-rupanya Datuk Wan Farid bersama keluarga. Bahagia pula rasanya melihatkan mereka berkumpul beramai-ramai dan berhibur sesama sendiri. Begitulah sepatutnya seorang pemimpin. Utamakan keluarga terlebih dahulu...

Dakwaan yang sengaja ditimbulkan untuk menjatuhkan maruah dan moral orang lain amatlah dikeji dan bukanlah sikap seorang Islam. Walau siapapun seseorang itu, kita tiada hak untuk memfitnahnya atau menyebarkan cerita buruk berkenaan dirinya. Nampaknya orang zaman sekarang ni lebih utamakan politik berbanding agama kerana sanggup memfitnah calon lawan.

Hentikanlah tindakan memfitnah dan memburukkan orang lain. Ia bukan budaya kita. Dan sudah tentunya ia diharamkan dalam Islam.

Hadapilah Pilihanraya Kecil P36 Kuala Terengganu dengan aman dan penuh berhemah. Hentikanlah perbalahan dan kekacauan. Moga Tahun 1430 Hijrah ini memberikan sinar baru dalam diri setiap insan beragama Islam untuk bersatu dan bekerjasama membina agama, bangsa dan negara.

Lebih baik mulut mengunyah keropok lekor, sebab sedap dan mengenyangkan. Kalau mulut tu memfitnah sana-sini, dapat saham neraka pulak.

Sedapnya makan keropok...

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Followers

Parti Islam Se-Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia

Islam Teras Perjuangan

Islam Teras Perjuangan

  ©Template by Dicas Blogger.