Perlaksanaan Hudud Mungkin Lambat?
Entah apa maksud kata-kata Husam bila mengatakan perlaksanaan hudud mungkin lambat. Sedangkan sejak kebelakangan ini Hudud dan Qisas didiamkan semata-mata untuk bergabung dengan DAP dan PKR seta menjaga hati rakan pakatan itu. Nampaknya PAS lebih risaukan kemarahan DAP dan PKR berbanding keinginan penyokong yang mahu melihat hukum Hudud dan Qisas direalisasikan oleh PAS.
"Pasal hudud kita bincang, kalau tidak boleh terima lagi, kita tangguhkan lagi," kata Husam.
Tangguh sampai bila?
Mungkinkah hukum Hudud dan Qisas dapat dilaksanakan di peringkat pusat jika PR berjaya membentuk kerajaan? Jawapannya sudah tenti TIDAK. Dengan bantahan yang kuat daripada DAP yang kononnya mahu menjaga hak asasi manusia dan disokong pula oleh PKR, hasrat PAS memang terkubur. Jika selama ini bertekad untuk menegakkan hukum Allah tetapi cepat-cepat tunduk bila disergah DAP.
Di manakah kesungguhan sebenar PAS untuk melaksanakan Hudud dan Qisas? Ini kerana bantahan DAP dan PKR bukanlah alasan untuk menangguhkan pelaksanaannya. PAS masih memiliki kuasa mutlak di Kelantan dan Kedah. PAS mampu memulakannya di kedua-dua negeri tersebut.
Tetapi persoalannya adakah PAS ikhlas untuk melaksanakan Hudud dan Qisas untuk mengerjakan perintah Allah atau adakah Hudud dan Qisas ini hanyalah umpan politik untuk memancing penyokong? Hanya para pemimpin PAS yang tahu jawapan bagi persoalan ini.
PAS kini haruslah bertegas untuk melaksanakan segala matlamat perjuangan parti dan tidak lagi hanya menjadi pengikut di dalam Pakatan Rakyat. Jika diteruskan hanya menjadi ekor dalam PR dan takut kepada rakan PR, maka maruah PAS akan tercalar dan tidak dihormati kawan mahupun lawan.
Namun PAS masih bertuah kerana kita masih mempunyai penyokong yang setia walau apapun kesilapan yang dilakukan. Penyokong di Kelantan masih tetap bersama PAS. Tetapi kebanyakan penyokong muda nampaknya lebih sukakan parti politik yang berani dan bebas. Jika PAS masih meneruskan dengan sandiwara politik yang penuh dolak-dalik, mungkin para penyokong muda akan lari kepada PKR.
Sudah sampai masanya untuk PAS berubah kembali kepada perlembagaan dan dasar perjuangan asal. Berubah menjadi yang terbaik seiring dengan Islam serta Al-Quran dan Sunnah. Perlu lebih berani untuk menegakkan perjuangan dan tidak tunduk kepada DAP dan PKR.
"DAP tidak bersetuju dan membantah cadangan itu," kata Lim Guan Eng yang dianggap faham Islam oleh PAS, merujuk kepada cadangan perlaksanaan Hudud dan Qisas.