ISA Perlu Dihapuskan?
Ramai yang nak akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan. Perlukah kerajaan buat begitu? Dan mengapa kita beria-ia sangat nak ISA dihapuskan?
Dari apa yang aku faham, adanya golongan yang mahu ISA dihapuskan terutamanya daripada pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat adalah disebabkan kepentingan peribadi dan puak-puak berkaitan. Jauh sekali untuk mereka memikirkan kepentingan negara yang tercinta ini.
Ini kerana mereka beranggapan bahawa ISA telah menyekat kebebasan mereka untuk bersuara. Kebebasan bersuara? Suara macam mana? Adakah tindakan kita selama ini yang mehukan 'kebebasan bersuara' itu adalah tindakan yang betul?
Pertama, kita kononnya mahu memperjuangkan sesuatu dengan mengadakan perhimpunan atau perarakan. Apabila pihak polis menghalang keinginan mereka dengan tidak memberikan permit, mereka mula mengganas dan merusuh kepada pihak polis. Kemudian mulalah mereka mencipta alasan 'cliche' kononnya polis yang memulakan tindakan ganas. Penipu! Merekalah yang bertindak ganas. Jika anda sendiri menjadi pihak berkuasa, adakah anda hanya mendiamkan diri dengan tindakan perusuh ini? Sudah tentu tidak!
Kedua, atas nama kebebasan bersuara jugalah munculnya akhbar-akhbar cetak, blog dan berita online di dalam internet yang hampir kebanyakannya dikarang sesedap rasa tanpa bukti dan dicampur fitnah untuk menghentam pihak-pihak tertentu yang tidak sealiran dengan mereka. Jika kita siasat dengan sebenar-benarnya pasti kita akan dapati bahawa kebanyakan berita yang menghentam pihak lawan sebenarnya adalah tidak berasas dan fitnah semata-mata. Sedangkan berita fitnah ini sebenarnya mengundang kegusaran dan perpecahan kepada negara dan bangsa.
Ketiga, atas alasan kebebasan maka muncullah puak-puak yang memperjuangkan sesuatu tanpa mahu memahami pucuk pangkalnya sesuatu perkara. Kebiasaannya puak-puak bangsat ini dianggotai oleh kafir-harbi dan orang-orang Islam yang jahil. Puak-puak bangsat ini suka membuat tunjuk perasaan, sidang akhbar dan komen-komen jahil tentang sesuatu perkara. Jika dulu pernah melibatkan hal poligami sehingga ada juga golongan wanita Muslim yang terlibat, yang melibatkan sidang akhbar sehingga muncul slogan Monogami. Kemudian sewaktu Kerajaan Kelantan menguatkuasakan peraturan menutup aurat dan etika berpakaian di kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu, banyak juga suara sumbang yang mempertikaikan tindakan itu. Kini, fatwa pengharaman pengkid pula yang jadi mangsa dengan sebahagian besar penunjuk perasaan itu adalah kafir-harbi yang bangang tahap dewa...
Atas sebab itulah ISA masih relevan untuk dikenakan terhadap mereka yang menggugat keamanan negara, kaum dan agama. Tapi itu bukanlah bermakna tindakan ISA itu adalah satu-satunya tindakan yang patut diambil. Tindakan di bawah Akta Hasutan juga adalah salah satu tindakan yang sesuai kerana bukan semua tindakan jahat pihak-pihak yang ingin kebebasan itu sesuai dengan ISA.
Adakah ISA akan dihapuskan jika Pakatan Rakyat yang memerintah Malaysia? Tidak mungkin. PR tidak akan menghapuskan ISA kerana mereka juga memerlukan akta ini untuk bertindak ke atas pihak-pihak yang menentang mereka.
Katakanlah PR dapat memerintah negara. Pasti ada tunjuk perasaan terhadap PR. Adakah PR akan menonton tunjuk perasaan tersebut sambil tersenyum riang kerana dapat menggalakkan kebebasan bersuara atau adakah PR akan buat-buat tak tahu? Sudah tentulah PR akan bertindak menangkap mereka...
Buat masa ini PR sibuk memperjuangkan untuk menghapuskan ISA kerana mereka tidak bebas untuk membuat tunjuk perasaan, perhimpunan, memfitnah dan sebagainya yang menggugat keamanan negara. Sekarang ini pun semua yang ditangkap kerana ISA adalah orang yang menimbulkan berita palsu, menggugat keamanan negara, serta mengancam kedaulatan bangsa dan agama.
Perlukah kita memperjuangkan nasib orang ini yang kononnya ditindas oleh kerajaan pemerintah? Apakah perjuangan untuk rakyat dan negara bermakna kita perlu menghancurkan keharmonian negara? Apakah kebebasan yang kita inginkan perlu dilakukan sehingga menggugat sensitiviti agama dan bangsa lain?
Sebenarnya ramai di kalangan penyokong PR yang sakit hati dengan tindakan pemimpin dan penyokong PR yang lain yang selalu mengganggu kestabilan negara dari segi keharmonian, keamanan, agama dan bangsa. Adakah tindakan berdemonstrasi itu memberi kebaikan kepada rakyat? Orang ramai takut nak keluar. Peniaga terpaksa tutup kedai dan menanggung kerugian. Kerosakan berlaku. Sistem ekonomi terganggu. Pelabur tidak mahu masuk kerana tidak mahu menanggung risiko. Ekonomi jatuh. Nilai RM merudum. Adakah ini perjuangan dan kebebasan yang dilaungkan selama ini?
Bagi saya sendiri dan ramai rakan-rakan (yang memang aktif giler) di dalam PAS, kami sebenarnya menyokong ISA dikenakan terhadap individu yang bersalah menggugat keharmonian negara, agama dan bangsa. Cuma tindakan kerajaan mungkin perlu diperbetulkan sama ada menggunakan ISA atau akta hasutan untuk bertindak ke atas penjenayah tersebut, dan janganlah menyalahgunakan kuasa yang ada untuk bertindak sesuka-hati terhadap penentang mereka.
Jika kita sibuk memperjuangkan tahanan ISA dengan alasan isteri dan anak-anak mereka teraniaya, cubalah fikirkan dengan semasak-masaknya. Siapa yang aniaya mereka jika bukan tahanan itu sendiri yang buat sesuatu tanpa mahu berfikir? Tapi sebenarnya kita semua sibuk-sibuk nak membantu isteri dan anak-anak mereka atas dasar kepentingan politik sahaja. Jika kena tahan sekejap sahaja, mungkin tak terasa sangat. Sebulan-dua ditahan, bila keluar menjadi wira politik. Tapi jika kena tahan bertahun-tahun, barulah nampak kebenarannya. Jika tidak, takkanlah ramai yang pernah ditahan ISA terus meninggalkan 'kawan-kawan lama' mereka?
Pada masa ini, terlalu ramai yang perlu ditahan di bawah ISA atau akta hasutan. Ini berlaku disebabkan alasan kebebasan bersuara yang dilaungkan oleh pihak tertentu. Jika anda mahu bebas, pastikanlah orang lain tidak terbeban dengan tindakan anda. Tapi selalunya bila ada yang memperjuangkan kebebasan, ramai jugalah yang akan terbeban atas perjuangan kebebasan itu.
Jika anda betul-betul mahu kebebasan bertindak, bersuara atau hidup bebas tanpa kongkongan, lebih baik keluar dari negara ini ke sebuah tempat yang dirasakan tidak mengongkong. Apa kata semuanya pergi berambus ke Amerika yang selalu diambil contoh kebebasannya itu? Tapi rasanya kalau anda buat fitnah atau tunjuk perasaan sekalipun, ke dalam penjara jugalah hasilnya...