"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam." [Surah an Nisaa’: 140]

Selasa, November 18, 2008

Tok Guru Nik Aziz Menegur...


NGO bukan Islam tidak layak pertikai Majlis Fatwa - Nik Aziz
Utusan Malaysia

KOTA BHARU 17 Nov. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam tidak layak mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perlakuan pengkid.

Tegas beliau, mereka yang secara terang-terangan menentang fatwa itu tidak berhak dan tidak layak untuk mempersoalkan tentang keputusan majlis itu yang berlandaskan ketetapan agama.

Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyalahkan umat Islam sendiri yang telah mengabaikan ajaran dan tuntutan agama sebagai punca utama menimbulkan keberanian golongan itu mencabar sensitiviti agama.

''NGO bukan Islam itu tidak akan bersikap seperti 'kaduk naik junjung' sekiranya kerajaan dan umat Islam sendiri berpegang dengan ajaran bersandarkan kepada al-Quran dan hadis.

''Macam mana dia (NGO) nak takut dan patuh kepada fatwa itu jika umat Islam sendiri tidak menerima al-Quran dan hadis sebagai pegangan hidup.

''Bagaimanapun, saya tetap berpendapat, NGO itu tidak layak dan berhak mencampuri kepentingan umat Islam,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan restoran London Fish Tales di pasar raya besar Tesco di sini hari ini.

* * * * * * * * * *

Jangan lawan Allah pertikai fatwa haram "pengkid"
Mstar Online - Isnin November 17, 2008

KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan peringatan keras kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya tidak mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perlakuan wanita menyamai lelaki atau "pengkid".

Menteri Besar Kelantan itu turut menyifatkan pihak terbabit cuba melawan perintah Tuhan dan mencabuli asas syariat Islam.

"Majlis Fatwa ni keluarkan hukum berlandaskan Al-Quran dan Hadis dan Al-Quran itu datang daripada Allah. Allah yang cipta manusia dan alam dan dia tentukan hukum untuk manusia.

"Siapa kita ni sampai nak lawan dia (Allah). Handal sangat kita nak lawan Allah?," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan restoran London Fish Tales di sini hari ini.

Beliau mengulas NGO bukan Islam mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perlakuan wanita menyamai lelaki atau "pengkid".

Baru-baru ini, NGO tersebut, Katagender dan FoodnotBombs mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) bagi membantah keputusan majlis itu mengharamkan perlakuan 'pengkid'.

Pada 23 Oktober lalu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau "pengkid" kerana gejala tersebut di kalangan remaja perempuan Islam di negara ini semakin membimbangkan.

Nik Abdul Aziz berkata beliau meminta mana-mana pihak tanpa mengira NGO Islam atau bukan Islam agar tidak campur tangan mengenai fatwa yang telah dikeluarkan. Malahan beliau kesal dengan orang perempuan Islam yang tidak mengamalkan Islam dalam kehidupan mereka sehingga terlibat dalam gejala pengkid itu. "Mereka merupakan benih. Apabila orang Islam tidak hidup mengikut cara Islam jadi orang bukan Islam mula berani kata depan kita," katanya. BERNAMA


P/S : Sekali Tok Guru tegur, dua-dua kena. Kanan kena, kiri pun kena. Kalau nak harapkan Anwar Ibrahim, takkan ditegurnya sebab itukan kebebasan yang dia perjuangkan. Kita sebagai umat Islam perlu mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan kita. Yang bukan Islam, jangan persoalkan agama Islam!

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Followers

Parti Islam Se-Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia

Islam Teras Perjuangan

Islam Teras Perjuangan

  ©Template by Dicas Blogger.