"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam." [Surah an Nisaa’: 140]

Isnin, November 03, 2008

Zaid Ibrahim : Seorang Melayu Yang Gagal!

Apa nak jadi dengan si Zaid Ibrahim ni. Dulu tak setuju dengan ISA. Apa, dia ingat PR akan mansuhkan ISA kalau PR ambil alih kerajaan? PR takkan mansuhkan ISA sebab nanti PR pun nak gunakan ISA kepada sesiapa yang menentangnya.

Sekarang Zaid kata Ketuanan Melayu adalah konsep yang gagal. Adakah si Zaid ni bangsa Melayu atau pendatang Siam?


Utusan Malaysia - 1 November 2008

Zaid Ibrahim: Ketuanan Melayu satu konsep gagal

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan ketuanan Melayu sebagai satu konsep yang gagal dan hanya membawa keburukan kepada kemajuan bangsa Melayu di negara ini.

Beliau berkata, konsep itu telah menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar di negara ini.

“Ia menyebabkan kita hilang pertimbangan berkaitan kesamarataan dan keadilan.

“Apabila seorang wanita Cina dilantik mengetuai sebuah agensi kerajaan negeri yang dia telah berkhidmat selama 33 tahun, wujud protes daripada kumpulan Melayu kerana dia ialah seorang yang berbangsa Cina,” katanya ketika berucap pada Persidangan LawAsia 2008 di sini hari ini.

Beliau merujuk kepada pelantikan Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar perbadanan itu.

* * * * * * * * * *

Utusan Malaysia - 2 November 2008
Zaid tidak faham konsep ketuanan Melayu
Oleh ABDUL YAZID ALIAS

SHAH ALAM 1 Nov. - Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib membidas kenyataan Senator Datuk Zaid Ibrahim bahawa konsep ketuanan Melayu bukan sahaja gagal malah membawa keburukan kepada bangsa itu di negara ini.

Beliau menyifatkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu tidak faham dengan konsep berkenaan selain melihat daripada sudut yang sempit dan retorik semata-mata.

Menurutnya, konsep ketuanan Melayu tidak harus disalahtafsirkan sebagai satu slogan semata-mata sebaliknya ia merupakan satu usaha untuk meningkatkan taraf serta maruah orang Melayu selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan berhubung hak keistimewaan orang Melayu.

"Ketuanan Melayu wujud bersama-sama program pelaksanaan sebagai salah satu usaha untuk meletakkan kedudukan orang Melayu menjadi satu bangsa yang berdaya maju, positif serta mempunyai kualiti bukannya slogan atau laungan semata-mata.

"Saya fikir, tak payah kita buat laungan ketuanan Melayu sekiranya anak Melayu tidak ada kekuatan dalam ilmu, ekonomi dan tidak mampu menguasai bidang apa sekalipun kerana ia akan menjadikan ketuanan Melayu itu dilihat sebagai retorik.

"Yang penting, bagaimana anggota masyarakat memainkan peranan termasuk mendidik generasi mereka sebaik-baiknya mengikut Perkara 153 Peruntukan Perlembagaan mengenai hak istimewa orang Melayu," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Bekas Pengawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Selangor di sini hari ini.

Muhammad berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zaid semalam yang mendakwa konsep ketuanan Melayu adalah satu kegagalan yang membawa keburukan kepada kaum itu.

Malah, beliau menyifatkan konsep itu juga telah menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar negara ini.

Selain itu, Zaid yang pernah dikritik kerana membantah tindakan kerajaan menahan tiga individu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum ini turut mengatakan konsep ketuanan Melayu juga menyebabkan kaum itu hilang pertimbangan berkaitan dengan kesamarataan hak dan keadilan di negara ini.

* * * * * * * * * *

Utusan Malaysia - 2 November 2008
NGO Melayu tuntut Zaid minta maaf

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahu bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim meminta maaf berhubung kenyataannya bahawa ketuanan Melayu sebagai satu konsep yang gagal.

Presiden Penaja Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM), Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, Zaid seharusnya merasa malu dengan kenyataannya itu apatah lagi menyifatkan ketuanan Melayu hanya membawa keburukan kepada kemajuan bangsa Melayu di negara ini.

''Selama ini dia menggunakan nama Melayu untuk berada pada kedudukannya sebagai seorang peguam terkenal tetapi sekarang dia mahu bangsanya hancur pula.

''Dia seolah-olah tidak malu dengan kenyataan yang sepatutnya tidak dikeluarkan malah seharusnya berada di barisan hadapan untuk mempertahankan bangsa Melayu. Dia mesti minta maaf kepada bangsanya,'' kata beliau kepada Mingguan Malaysia hari ini.

Zaid ketika berucap pada Persidangan LawAsia 2008 semalam turut menyifatkan konsep ketuanan Melayu menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar di negara ini.

Beliau merujuk kepada pelantikan Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar perbadanan itu baru-baru ini.

Mohd. Khairul Azam yang juga seorang peguam berkata, Zaid perlu menarik balik kenyataannya itu dan kembali berpijak di bumi nyata.

''Beliau perlu sedar bahawa kesenangan yang dinikmatinya hari ini adalah hasil kelebihan sistem ketuanan Melayu yang selama ini banyak membantu orang kita,'' ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, isu itu sepatutnya tidak timbul dan sudah tersasar jauh daripada maksud ketuanan Melayu yang sebenar.

''Orang Melayu berhak untuk menyuruh Zaid diam kerana hak yang ada seharusnya tidak dipertikaikan mana-mana pihak sekalipun.

''Orang Melayu sebagai komuniti terawal dan teramai di negara seharusnya diberi perhatian serta tidak boleh dinafikan hak mereka,'' katanya.

* * * * * * * * * *

Utusan Malaysia - 3 November 2008
Zaid perlu keluar dari rumpun Melayu - Shahidan

KANGAR 2 Nov. - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim menyifatkan kenyataan Senator Datuk Zaid Ibrahim mengenai ketuanan Melayu, sebagai keterlaluan.

"Zaid perlu bertaubat. Jika tidak, Zaid perlu keluar dari rumpun bangsa Melayu," kata Shahidan yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO.

Shahidan berkata, jika bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu terus mempertikai konsep ketuanan Melayu, beliau tidak seharusnya menjadi Melayu lagi kerana sebagai bangsa Melayu, Zaid seharusnya membela Melayu, bukan memburukkan Melayu.

"Beliau sepatutnya memiliki semangat Melayu dan tidak seharusnya mempertikai ketuanan Melayu secara terbuka," kata Shahidan yang ditemui pada penutup Kejohanan Lumba Basikal Terbuka Perlis 2008 dan Kejohanan Lumba Basikal Wanita Piala Presiden di sini hari ini.

Shahidan yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO mahu Zaid memohon maaf kerana selama ini beliau dikenali dengan nama Melayu.

Baru-baru ini, Zaid mendakwa, konsep ketuanan Melayu adalah satu kegagalan yang membawa keburukan kepada kaum itu, malah, beliau menyifatkan konsep itu juga menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar negara.

* * * * * * * * * *

Utusan Malaysia - 4 November 2008
Zaid perlu minta maaf - Syed Hamid

PUTRAJAYA 3 Nov. - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim perlu meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan mengenai ketuanan Melayu yang keterlaluan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata, permohonan maaf itu adalah perlu kerana Zaid telah membangkitkan isu yang membawa banyak masalah kepada pelbagai pihak.

''Yang eloknya kepada bangsanya, dia mintalah maaf dan nyatakan bahawa beliau tidak bermaksud begitu.

''Katakan bahawa itu bukan tujuan beliau untuk melukai atau menyentuh perasaan orang Melayu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Baru-baru ini, Zaid mendakwa, konsep ketuanan Melayu adalah satu kegagalan yang membawa keburukan kepada kaum itu.

Malah beliau menyifatkan konsep itu juga menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar negara.

Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata, walaupun Zaid mempunyai kebebasan untuk bersuara, namun kenyataan yang dikeluarkan itu tidak harus melukai orang Melayu.

''Apabila kita mula bercakap mengenai perkara-perkara belakang, kita akan bangkitkan isu-isu yang membawa banyak masalah.

''Kalau anda cakap tentang konsep ketuanan Melayu merugikan orang Melayu, Zaid sebelum ini pun beruntung kerana jadi Melayu," katanya.

* * * * * * * * * *

Tiba-tiba, ada pula penyokong si Zaid ni...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Followers

Parti Islam Se-Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia

Islam Teras Perjuangan

Islam Teras Perjuangan

  ©Template by Dicas Blogger.