"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam." [Surah an Nisaa’: 140]

Rabu, Ogos 27, 2008

Ke Mana Arah Tuju PAS Kini?

Perubahan senario politik kini semakin membimbangkan bila melihatkan parti-parti tertentu hilang matlamat dan prinsip perjuangan hanya semata-mata kerana merebut kuasa untuk memerintah. Terlalu banyak perkara haram yang telah dihalalkan mereka demi untuk merestui tindakan parti mereka.

PKR kini dilihat hanya memperjuangkan Anwar Ibrahim untuk dijadikan Perdana Menteri melalui pembelian ahli parlimen BN. Namun hal PKR ini tidaklah saya pedulikan sangat kerana sejak awal penubuhannya dulu pun bukanlah untuk rakyat tetapi untuk Anwar Ibrahim. Jika dulu ia ditubuhkan oleh anak-beranak dan sahabat-handai Anwar Ibrahim tetapi kini sahabat-handai telah lari meninggalkan PKR. Tinggallah anak-beranak yang masih teguh bersama PKR dan kini makin kuat keranan si ayah telah kembali bersama mereka. Maka anak-beranak inilah yang akan menguasai anak-anak angkat mereka iaitu pengikut setia mereka.

DAP yang memperjuangkan Malaysian Malaysia juga diketuai oleh anak-beranak tetapi mereka tidaklah dominan seperti PKR. Sahabat-handai DAP amat setia bersama dan sukar berpecah. Walaupun memenangi banyak kerusi DUN, tetapi terpaksa akur kepada kehendak Sultan yang mahukan orang Melayu sebagai Menteri Besar. Terlepaslah peluang mereka untuk menguasai Selangor dan Perak. Namun mereka masih beruntung kerana suara mereka amat kuat dalam sidang DUN.

Yang menjadi persoalan kepada diri saya kini adalah bagaimana dengan perjuangan PAS? Sudah lebih 11 tahun saya bersama PAS, sejak saya masih belum boleh mengundi lagi. PAS semakin jauh dari prinsip asal perjuangannya. Jika dulu prinsip Islam amat kuat dipegangnya, kini nampaknya PAS boleh berkompromi dengan kilang arak di Selangor serta kelab malam yang banyak di Kedah, Perak dan Selangor. Karpal Singh mempersoalkan kuasa Raja Melayu pun PAS kurang bersuara.

Islam yang menjadi teras kepada PAS bagaikan diambil mudah dengan mengambil bahagian-bahagian Islam yang menyebelahi mereka. Jika dulu Haji Hadi mengeluarkan fatwa haram bekerjasama dengan bukan Islam sehinggakan UMNO dilabelkan kafir, kini beliau boleh berpeluk mesra dengan Lim Kit Siang dan membawa PAS bersatu dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Teringat kepada keadaan di mana wabak JE melanda Negeri Sembilan. PM kita, Pak Lah melawat ke ladang babi untuk memperjelaskan tindakan kerajaan memusnahkan babi untuk tujuan keselamatan orang ramai. Tetapi akhbar kita menyiarkan berita 'PAK LAH BELA BABI'. Namun bila Tuan Guru Nik Aziz melawat para penternak babi tersebut untuk mendengar suara mereka, dikatakan Tuan Guru prihatin pula. Sahabat-sahabat saya dalam Jemaah PAS tertawa gelihati dengan artikel tersebut dan menyatakan dalam nada separuh serius dan separuh lawak, "Kalau Pak Lah pergi dengan tujuan memperjelaskan keadaan dikatakan sebagai bela babi, Tuan Guru yang pergi dengar aduan penternak tu pula lebih teruk lagi. Mungkin boleh dikatakan sebagai tokey babi,".

Terlalu banyak tindakan PAS kini yang terikut-ikut sikap buruk PKR. Fitnah-memfitnah dan mengaibkan parti lawan tanpa batasan, merusuh sehingga menimbulkan kebimbangan kepada orang ramai, serta membahayakan orang parti lawan. Tindakan ini disokong oleh pemimpin PAS. Adakah ini diajar dalam Islam?

Kini para pemimpin PAS dilihat begitu taksub kepada Anwar Ibrahim yang bijak berhujah tetapi takut bersumpah untuk membuktikan kebenaran. Entah di mana silapnya sehingga pemimpin kita ini tunduk bagai pak turut kepada Anwar Ibrahim yang sikapnya tidak selari dengan prinsip perjuangan PAS. Sebilangan pemimpin PAS yang tidak tahu berfikir ini sanggup menurut Anwar Ibrahim dalam perhimpunan haram yang mampu memburukkan nama baik parti PAS hanya kerana taksub kepada Anwar Ibrahim (atau mungkin sudah dijanjikan sesuatu).

Saya ingin menyeru semua pemimpin dan penyokong PAS untuk kembali berfikir (kerana selama ini kurang berfikir) akan tujuan parti kita. Kita ingin mendaulatkan Islam. Kita ingin melihat Islam kekal sebagai agama rasmi negara kita. Kita mahu menguatkan akidah umat Islam di Malaysia agar kembali ke jalan Allah. Tetapi janganlah menjadi pak turut membabi-buta kepada orang yang akan menjejaskan kekukuhan agama Islam dan hak keistimewaan bangsa kita di tanahair tercinta ini.

Jika kita ingin memperjuangkan seseorang, biarlah kita memperjuangkan orang PAS sahaja dan juga orang baik-baik. Bukan memperbodohkan diri asal sahaja kita boleh menentang kerajaan pemerintah. Biarkan PKR sahaja yang memperjuangkan Anwar Ibrahim...

Pemimpin PAS sebagai calon Perdana Menteri
jika Pakatan Rakyat dapat memerintah Malaysia...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Followers

Parti Islam Se-Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia

Islam Teras Perjuangan

Islam Teras Perjuangan

  ©Template by Dicas Blogger.