"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam." [Surah an Nisaa’: 140]

Selasa, April 21, 2009

PRK DUN Penanti Pulak?

Sejak tamatnya Pilihanraya Umum 12 pada 8 Mac 2008, nampaknya terlalu banyak PRK yang telah diadakan. Bermula di Parlimen Permatang Pauh, kemudian di Parlimen Kuala Terengganu dan seterusnya secara serentak di Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai. Dan kini akan diadakan pula Pilihanraya Kecil di DUN Penanti.

Para petugas parti yang sentiasa terlibat dengan PRK ni sebenarnya dah penat sangat. Bukannya kena kerja sehari atau 2 hari untuk menghadap PRK tu. 2-3 minggu! Dan kadangkala lebih, seperti di Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Sanggup tinggalkan keluarga demi untuk parti, sedangkan pertarungan politik ni hanyalah muslihat pihak tertentu.

Ada rakan-rakan dalam PAS yang mengatakan mereka sebenarnya dah malas nak menghadap PRK lagi. Jika PAS yang bertanding, tak kisahlah jika kena bersengkang mata, berpeluh berpanas, dan panjat pokok atau tiang untuk gantung poster. Tapi jika PKR yang bertanding, takkanlah orang PAS juga yang sibuk bertungkus-lumus? Orang PKR hanya pergi sorak-sorak parti lawan sahaja? Itulah kata rakan-rakan saya. Saya pun tak pasti dengan kenyataan ini kerana saya belum pernah dan sememangnya tidak mahu melibatkan diri dengan tugas pilihanraya luar dari kawasan saya sendiri.

Korang ingat senang ke nak panjat sana sini gantung bendera?

Mujur juga DAP belum terlibat dengan sebarang PRK. Jika tidak, rasanya ramai petugas yang berat hati untuk buat kerja kerana tidak mahu dianggap sebagai kuli DAP. Kecuali yang tak pandai guna kepala otak tu, memanglah semangat lebih-lebih hinggakan sanggup gantung bendera DAP di kereta sendiri walhal dia penyokong kuat PAS.

Semakin banyak PRK, maka semakin robeklah perpaduan Melayu. Semakin ramailah yang bergaduh dan bermusuhan. Setiap kali PRK, timbullah provokasi dan fitnah. Timbul juga fatwa yang bukan-bukan. Belum dikira lagi prinsip 'halalku wal harammu' yang selalu disorak-sorak antara satu sama lain.


Parti politik yang bertanding sudah semestinya menghabiskan banyak duit. Apa kisah, memang mereka banyak duit. Sampai berjuta-juta dihabiskan untuk setiap pilihanraya. Kalau menang, seronoklah. Tapi kalau kalah, memang sakit kepala.

Kita tengoklah apa yang akan berlaku di DUN Penanti pula. Siapa yang akan bertanding. Dengarnya Anwar nak letak bini dia jadi calon. Yelah, takkanlah Presiden PKR tak ada kerusi DUN atau Parlimen. Dulu gatal-gatal sangat nak beri pada lakinya tu. BN pula, sama ada nak letak calon atau tidak.

Terlalu banyak buang masa dengan PRK. Jika PRK disebabkan kematian penyandangnya seperti di Parlimen Kuala Terengganu, Parlimen Bukit Gantang dan DUN Batang Ai, tak mengapalah. Tapi kalau disebabkan meletak jawatan atau nak beri laluan kepada orang lain, memang menyusahkan negara dan rakyat. Ini pula disebabkan nak sambung belajar. Lain kali kalau rasa naksambung belajar, janganlah gatal-gatal jadi calon. Sambil jadi TKM 1 pun boleh belajar jarak jauh juga.

Kemungkinan PRK yang terjadi seperti akibat perletakan jawatan atau pemecatan adalah disebabkan permainan politik pihak tertentu. Dalam kes di Penanti ini, memang Fairus dikatakan terlibat dengan korupsi tetapi mengapa begitu cepat nakdisuruh letak jawatan? Padahal ramai juga pemimpin PKR yang terlibat dengan rasuah dan salahguna kuasa tetapi dipertahankan bermati-matian? Elizabeth Wong yang terlibat dengan masalah moral pun masih boleh bertugas dan jadi role model khususnya kepada penduduk Bukit Lanjan dan Selangor keseluruhannya.

Apa muslihat PRK kali ini? Sanggup nak berhabiskan berjuta-juta ringgit untuk kempen. Bila PRK, orang asyik buat dosa sahaja. Bergaduh, provok sana sini, fitnah dan macam-macam lagi. Semua jentera BN dan PR dihantar ke sana untuk pesta gaduh. Hal rakyat dan negara yang lainnya akan terabai.


Kemungkinan PRK ini adalah permainan Anwar. Antara tujuannya adalah untuk :
  1. membuatkan BN terlupa kepada rakyat dan negara, serta mengabaikan kepentingan kawasan lain yang lebih penting hanya semata-mata untuk menghadap sebuah kawasan pilihanraya.
  2. jika PR menang, akan disalakkan bahawa rakyat menolak parti pemerintah (BN). Ini akan menjatuhkan moral orang-orang BN dan menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan pemimpin BN.
  3. dengan kemenangan PR juga, akan menaikkan imej Anwar dan mampu menutup pandangan rakyat terhadap kes mahkamah yang dihadapinya kini.
  4. jika BN menang, maka akan disalakkan pula bahawa BN menggunakan cara kotor untuk menang sama ada penipuan pengiraan undi atau membawa masuk pengundi hantu.
  5. waktu pilihanraya adalah masa untuk menabur fitnah dan memburukkan parti lawan dan kepimpinannya.

Maka, wajarkan parti lawan (BN) untuk bertanding di Penanti?
  1. jika BN bertanding di Penanti, semua jentera akan dikerahkan ke sana. Rakyat dan lain-lain kawasan di luar Penanti harus menanti beberapa lama sebelum pemimpin BN kembali mengambil berat hal mereka.
  2. jika BN tidak bertanding, akan disalakkan bahawa BN adalah pengecut dan tidak dapat menerima hakikat akan kalah. Mungkin juga akan dikatakan BN sebagai tidak pedulikan orang Penanti.
  3. banyak wang ringgit dan tenaga yang akan tercurah.

Jika PR menang sekalipun, tidak menjadi apa-apa kerana Penanti memang milik PR. Tetapi jika BN bertanding dan menang di Penanti, maka BN akan dapat bonus dengan kelebihan 1 kerusi DUN di Pulau Pinang. Lebih-lebih lagi BN perlu seimbangkan dengan terlepasnya Parlimen Kuala Terengganu ke tangan PAS.

Bagaimana? BN nak bertanding atau tidak?

4 comments:

PAPA GOMO 21 April 2009 pada 10:39 PTG  

SALAM BRO..
ARTIKEL YANG MENARIK..
HE HE HE...
EMMM AKU SETUJU JIKA ANWAR SEMEMANGNYA ADA NIAT DI SEBALIK APA YANG BERLAKU PADA MASA INI..

EMMM PADA AKU BN HARUS BERTANDING PADA PILIHANRAYA KECIL PENANTI INI

PAPA GOMO 21 April 2009 pada 10:39 PTG  

NYAH OH NYAH http://gomo-no1.blogspot.com/2009/04/kisah-mak-nyah-di-ibu-kota-malaysiakini.html

PasMuda 21 April 2009 pada 11:42 PTG  

Rajin Gomo jengah blog aku ni.

Tengkiu...

Melayu Bersatu 6 Mei 2009 pada 6:11 PTG  

Assalamualaikum buat PasMuda dan semua!

Saya rasa cukup tertarik dengan blog saudara ni. Memang cukup berinfomasi dan bernas pandangan saudara terutamanya berkaitan dengan entri ini.

Saya turut bersetuju dengan saudara, PRK ini hanya akan menyumbang kepada pepecahan Melayu yang kini sudah mula semakin menjadi-jadi.

Kalau kita lihat sebelum keluarnya Anuar dari tahanan, kaum Melayu tidak seperti sekarang. Berpuak-puak dan caci mencaci antara satu sama lain. Mungkin ada, tapi bilangannya sedikit. Parti PAS yang saya hormati buat suatu masa dahulu pun tidak seperti sekarang, kerana desakan dan pengaruh Anuar, PAS seakan-akan "dipukau" olehnya. Dasar perjuangan dan dakwah PAS telah berubah sama sekali. Sekarang PAS seakan-akan sangup berbuat apa sahaja demi mendapat kuasa.

Contoh yang paling jelas di Perak, kerana keinginan mendapat kuasa, sanggup berlaku biadap terhadap Sultan. Dulu tak pernah pun terjadi macam ini dan siapa dalang sebenar dalam hal ni? --> ANUAR IBRAHIM <--

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Followers

Parti Islam Se-Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia

Islam Teras Perjuangan

Islam Teras Perjuangan

  ©Template by Dicas Blogger.