"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam." [Surah an Nisaa’: 140]

Isnin, Disember 29, 2008

Tahun Baru Hijrah, Azam Baru Kita

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430 H. Tahun baru Islam hadir lebih awal dari tahun baru masehi.Alhamdulillah, semalam kehadiran Awal Muharam disambut dengan bacaan Surah Yasin dan doa. Kebanyakan yang hadir adalah golongan tua. Alhamdulillah, ramai juga golongan mudayang hadir. Tapi sambutan tahun baru masehi esok lusa ni orang buat pesta pulak. Maka ramailah anak muda kita yang akan berbondong-bondong ke pesta-pesta dan konsert-konsert untuk meraikannya. Diharapkan agar anda tidak begitu.

Dengan kehadiran tahun baru 1430 Hijrah ini, sama-samalah kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana kita dapat bersama-sama menikmati keindahan hidup ini dibawah naungan-Nya. Binalah azam yang baik dan berusahalah mencapainya. Selain azam untuk meningkatkan kejayaan dan kekayaan diri sendiri, jangan lupa berazam untuk agama, bangsa dan negara kita yang tercinta ini.

Sempena menyambut tahun baru Hijrah ini aku ingin mengambil kesempatan untuk menyeru kepada para muslimin dan muslimat di seluruh negara untuk bersatu mempertahankan agama, bangsa dan negara tanpa mengira perbezaan ideologi politik. Dengan situasi sekarang di mana agama kita dihina, bangsa kita diperlekehkan dan negara kita dikucar-kacirkan; kita wajar bersatu-padu dan bergabung tenaga untuk mengangkat kembali maruah dan martabat agama dan bangsa serta melindungi negara kita dari anasir luaran dan dalaman.

Cukuplah jika selama ini kita hanya berdiam diri melihat adanya pihak agama lain menghina agama kita seperti yang banyak didedahkan baru-baru ini. Jangan hanya meletakkan tanggungjawab tersebut kepada pihak tertentu. Walau bagaimana berbeza ideologi politik kita, tanggungjawab membela maruah dan kesucian agama Islam terletak atas bahu kita.

Berkenaan Ketuanan Melayu pula, kita harus faham ia bukanlah bermakna Melayu mahu menjadi tuan kepada bangsa lain di Malaysia ini. Ia adalah pegangan bangsa Melayu untuk berjaya dan menuju masa depan yang lebih baik. Kita hidup harmoni di Malaysia ini dan saling memerlukan antara satu sama lain. Namun janganlah sengaja mahu menjahanamkan bangsa Melayu kerana di tanahair inilah asalnya bangsa Melayu dan hormatilah penduduk asal yang memberikan ruang kepada bangsa lain untuk sama-sama hidup selesa di bawah satu bumbung.

Negara kita juga perlu dipertahankan. Anasir jahat bukan sahaja datangnya dari luar tetapi ia bermula dari dalam. Tindakan pihak tertentu membuat fitnah ke atas pemimpin kerajaan pusat telah menyebabkan situasi ekonominegara berada dalam tahap krisis yang teruk. Malah khabar pertukaran kerajaan juga menyebabkan pelaburan asing dalam negara jatuh kerana para pelabur takut mengambil risiko.

Malah tindakan menganjurkan perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan tidak wajar diikuti kerana ia menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat. Rakyat takut untuk keluar rumah, para peniaga terpaksa tutup kedai dan perniagaan mereka terjejas teruk, kerosakan harta benda awam akan menyebabkan kerugian wang negara (yang juga wang rakyat). Berpolitiklah dengan matang dan rasional, dan ia akan membuktikan anda sebagai seorang manusia.

Dan akhir sekali harapan saya terhadap Bloggers Pembela Negara agar semakin kukuh dan disegani kawan dan lawan. Moga matlamat kita untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara akan diberkati Allah.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430 Hijrah.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Followers

Parti Islam Se-Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia

Islam Teras Perjuangan

Islam Teras Perjuangan

  ©Template by Dicas Blogger.