"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam." [Surah an Nisaa’: 140]

Ahad, Disember 21, 2008

PAS Tetap Laksana Hudud Jika Perintah Negara - Husam (???)


Mstar Online - Ahad Disember 21, 2008

PAS tetap laksana hudud jika perintah negara - Husam

KOTA BAHARU: PAS akan tetap laksanakan undang-undang Hudud dan Qisas sebaik saja Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pimpinan negara melalui pilihan raya umum.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mengulangi janji parti itu setelah dicabar oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengenai pelaksanaan hudud berikutan isu itu dilihat tenggelam dan tidak lagi dilaungkan oleh pemimpin PAS selepas pilihan raya umum Mac lalu.

"Kita akan buat," katanya pada wacana perdana bertajuk "Transformasi Politik Malaysia" di Balai Islam di sini malam tadi.

Selain Husam dan Khairy, anggota panel wacana itu termasuk Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari dan dipengerusikan pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Mohammad Agus Yusoff .

Husam bagaimanapun menegaskan, tugas untuk melaksanakan undang-undang hudud tidak seharusnya dipikul oleh parti PAS sahaja kerana tanggungjawab itu harus dipikul oleh semua orang Islam terutamanya pemimpin.

Abdul Aziz pula berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat untuk melaksanakan undang-undang hudud dan qisas jika kerajaan negeri tidak mampu melaksanakannya.

"Kerana undang-undang jenayah itu terletak dalam bidang kuasa kerajaan pusat dan bukan dalam bidang kuasa kerajaan negeri.

"Jika kerajaan negeri Kelantan tidak mampu melaksanakan hudud maka kerajaan pusat harus melaksanakannya," katanya. BERNAMA

* * * * * * * * * * * * * * * * *

P/S : Bila agaknya PAS akan perintah negara? Sekarang ni pun cuma jadi pak turut yang tunduk pada rakan lain dalam PR. Jika kita benar-benar ikhlas nak melaksanakannya, apa salahnya jika kita mulakan di Kelantan ni dulu. InsyaAllah, Allah akan bantu kita. Kita laksanakan dan buktikan kejayaannya. Bukan sekadar cakap kosong saja. Dan jangan suruh UMNO sahaja yang laksanakan hudud tapi takut nak buka mulut pada PKR dan DAP.

Teringat waktu dulu semasa PAS sibuk melaungkan pelaksanaan Hukum Hudud. Semua penyokong PAS pun sanggup kafirkan UMNO sebab UMNO tak setuju laksanakan hudud. Tapi bila aku tangkap anak seorang orang kuat PAS di kampung aku kerana pecah masuk rumah makcik aku dan mencuri, orang kuat PAS tu datang bawa parang marahkan kami sebab tak nak anaknya kena potong tangan oleh kerajaan PAS Kelantan. Fikirkanlah...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Followers

Parti Islam Se-Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia

Islam Teras Perjuangan

Islam Teras Perjuangan

  ©Template by Dicas Blogger.