"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam." [Surah an Nisaa’: 140]

Selasa, April 08, 2008

Kerajaan Selangor Ternak Babi


Tiba-tiba kecoh dengan berita kelulusan projek ternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang. Kerajaan Negeri Selangor bermurah hati membuat kebajikan kepada rakyat Selangor dengan menghadiahkan ladang ternakan babi!

Dulu katanya nak berikan air percuma 20 meter padu setiap bulan bermula April 2008. Tapi tiba-tiba ditangguhkan ke bulan Jun 2008. Rakyat terpaksa bersabar sehingga bulan Jun untuk main air puas-puas. Tapi kini rakyat diberi hadiah istimewa yang bertempat di Sepang.

Dengan bangganya Teresa Kok dari DAP mengumumkan 'berita baik' untuk rakyat Selangor tersebut. Mungkin beliau bangga kerana itulah kebajikan pertama yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Tapi kadangkala saya terfikir, siapakah yang menaja kempen Pakatan Rakyat dalam PRU-12 di Selangor? Mungkin tokey babi agaknya...

Projek ternakan babi itu bukanlah kebajikan namanya. Ia cuma menguntungkan atau diguna oleh pihak-pihak tertentu sahaja. Jika semua pihak mendapat manfaat, itulah kebajikan. Tapi rasanya kerajaan negeri dapat manfaat dari projek tu sama ada berbentuk cukai atau 'duit poket'.

Projek ini turut disokong oleh Exco PAS Selangor iaitu Dr. Halimah Ali (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri), Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri) dan Iskandar Abdul Samad(Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan).

Tidak diketahui tujuan sokongan mereka ini. Adakah kerana mahu mendapatkan kepercayaan dan sokongan daripada pengundi Cina atau adakah disebabkan terpaksa mengikut suara ramai dalam Exco Selangor. Mungkin itulah harga yang perlu dibayar untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR. Terpaksa menerima sesuatu yang bertentangan dengan prinsip parti dan Islam.


Adakah disebabkan Selangor maju disebabkan ramai peniaga Cina maka kaum Cina lebih diberi perhatian? Kaum Melayu tidak perlu dipedulikan kerana mereka cuma tahu meminta sahaja? Undi Melayu hanya diperlukan untuk menang pilihanraya sahaja. Lagipun orang Melayu hanya tahu bersorak dan tidak kisah jika kampungnya tergadai.

Selama ini kita tengok orang Melayu yang paling ramai memberontak dan anti kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana korup dan tidak prihatin kepada nasib rakyat. Tapi bila kerajaan yang mereka pilih memijak kepala mereka sendiri, mereka hanya mendiamkan diri. Sudah tersemat dalam diri orang Melayu akan sikap buruk yang mana 'Orang Lain Tak Boleh Buat, Kita Buat tak Apa'. Begitukah?

Selangor sudah mula menjadi negeri berkebajikan dengan memulakan penternakan babi besar-besaran!

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Followers

Parti Islam Se-Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia

Islam Teras Perjuangan

Islam Teras Perjuangan

  ©Template by Dicas Blogger.