"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam." [Surah an Nisaa’: 140]

Isnin, Mac 17, 2008

Ini tidak sepatutnya berlaku...




Islam mengajar umatnya akan keharmonian dan perpaduan dengan penuh keindahan beragama. Namun kadangkala situasi aman itu diburukkan dengan tindakan segelintir manusia yang bertindak mengikut batasan di luar nilai-nilai hidup murni.

Tindakan rusuhan hanya menyebabkan terhakisnya keharmonian masyarakat. Apa yang nak ditunjukkan? Jihad menentang kezaliman? Siapa yang zalim?

Tindakan menahan bas yang didakwa membawa pengundi hantu sebenarnya tindakan pengecut yang dihantui takut mengalami kekalahan. Biasanya dakwaan mengenai bas membawa pengundi hantu adalah tidak berasas berdasarkan pengalaman saya sendiri mengikut 'orang-orang kuat PAS' menjalankan kerja-kerja sebegini.

Telah beberapa kali mengikut mereka memeriksa bas yang didakwa membawa pengundi hantu. Tetapi bila diperiksa, didapati mereka memang pengundi tempatan yang pulang untuk mengundi. Namun untuk menutup kelemahan sendiri, orang-orang yang memeriksa bas tersebut kemudiannya menghebahkan bahawa bas tersebut memang membawa pengundi hantu. Malangnya ramai yang percaya dakwaan tersebut tanpa usul periksa.

Ingatlah, kita bukan sekadar berdosa kepada orang yang diganggu ketenteramannya malah turut berdosa kepada Allah kerana menyebarkan fitnah. Kerana pengalaman sebeginilah saya sukar mempercayai dakwaan jika tidak melihat buktinya.

Kalau dah buat salah di sisi undang-undang, tidak salah jika polis mengambil tindakan. Patuhlah pada undang-undang. Jangan nanti orang-orang kita pula yang jadi orang utan yang tak reti agama...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Followers

Parti Islam Se-Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia

Islam Teras Perjuangan

Islam Teras Perjuangan

  ©Template by Dicas Blogger.